Sepertimana yang aku janjikan, aku tunaikan permintaan putera-puteraku itu. Dah jenuh mereka bertanya apa yang aku berikan pada mereka selain dari bermain di taman permainan. Suatu petang, hubby aku bawakan satu bakul yang mereka tidak tahu apa isi di dalamnya. Dengan wajah yang penuh tanda tanya, Fakhrie dan Ieman mengekori babah mereka yang membawa kotak itu.
Bila pintu kotak itu dibuka, Fakhrie terkejut sambil melatah. Berbeza pula dengan Ieman yang bertepuk tangan sambil menari-nari. Hihiihii..
Meowww..kata si Luna. Itulah kucing kesayangan kakak iparku yang baru dibelinya. Si Luna kelihatan agak ketakutan pada mulanya. Mana taknya, lagak anak-anakku seolah-olah macam gergasi yang mencari mangsa. Si Luna berlari ke sana ke mari di kejar oleh Fakhrie dan Ieman. Yang peliknya, Luna lebih suka bermain dengan Ieman berbanding dengan Fakhrie. Dia akan duduk saja bila Ieman bermain dengannya. Aku pun turut geli hati melihat telatah kucing itu. Tapi bila Fakhrie, Luna akan lari bersembunyi di bawah kerusi. Kesian Fakhrie terpaksa meniarap memanggilnya. Mungkin Luna takutkan Fakhrie yang lebih besar dari Ieman kot.
wajah ayu si Luna..
Luna memerhatikan sahaja apa yang dilakukan oleh Ieman.
Luna masih tidak berganjak duduk di hadapan Ieman..
Cute la Luna nie..tapi tak dapat aku nak menjaganya. Tau jelah hero aku 2 orang tu..
Lucu kan.. Luna yang keletihan telah tertidur di dalam bilik aku tanpa menghiraukan keadaan sekelilingnya. Dah letih sangat agaknya. Hehehehe.
Tapi aku tak dapat lama bawak Luna kat rumah. Ibunya..iaitu kakak iparku dah mencarinya. Masa untuk Luna makan dah tiba. So, hubby aku hantar Luna balik ke rumah kakak ipar aku. Fakhrie dan Ieman turut bermasam muka. Tapi takpe, tiap hujung minggu mereka boleh jenguk Luna di rumah kakak iparku itu. Dan aku pun tak perlulah nak bawak mereka pegi ke taman permainan lagi. Fuhh... lega..
No comments:
Post a Comment