Wednesday, November 16, 2011

La Tahzan (Jangan Bersedih)

Dalam kesibukan hari ini, terbukak laman ini, terpaku seketika... One of the best pendakwah i have ever know: Dr Mohd Asri Zainul Abidin.  Ringkas namun amat mendalam.. Subhanallah..



Jika Allah uruskan urusan kita
dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita walaupun sekelip mata..
Dunia dan manusia boleh berbuat apa apa
tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah..
Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas
Kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah SWT
Apa yang orang rasa rugi
Allah akan memberikan keuntungan yang mana.. jalan jalan manusia tidak sangka…
Tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan..
“Lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat-Nya.” (Hamka)
Dan kita pun lupa kadang-kadang untuk bersyukur
di atas pelbagai ranjau hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya
Masihkan kita teringat akan nikmat yg Allah berikan selama ini?
Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru
dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini…
suatu nikmat yang besar
“Yang ada ini sudah harapan kita.” (Hamka)
Bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada
tetapi jangan lupa yang telah ada…
Bersyukurlah wahai diri ini
Ramai orang terpaksa sabar
tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur…
“Ya Allah apa sahaja yang aku alami
daripada nikmat-Mu, daripada kurniaan, daripada sesiapa di kalangan hamba-Mu…
Tidak ada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan
bagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran…”

Kadang-kadang kita lalai... untuk renungan dan iktibar..

With love from abbeqs
Anugerah Terindah ^_^

Tuesday, November 15, 2011

Kelmarin..

Coretan ini kutulis setelah tumpang bersedih atas pemergian seorang anak sahabat, teman seperjuangan, sekampung semalam.  Kematian yang tragis anaknya turut meruntun jiwaku.  Anak yang ditatang bagai minyak yang penuh hilang sekelip mata.  Walau bagaimanapun, ianya ketentuan Illahi, tidak terlewat dan terawal walau sesaatpun. 

Sebagaimana kelahiran, keluar dari jalan lahir rahim suci, sendirian, maka kematian pun ‘terbang’ sendirian, tidak ditemani harta benda yang kita kumpulkan bersusah payah, tak dapat ditemani anak, istri, ayah, bunda, sahabat, dan sebagainya, melainkan hanya berteman amalan-amalan selama di dunia.

Memang kematian kita semua adalah hal yang pasti, ketetapan-Nya yang tidak bisa diganggu gugat, berita tentang sakaratul maut merupakan berita lama, bukan diadakan atau tiba-tiba. Namun peristiwa yang mendahului hal itu, detik dan minitnya serta tempat terjadinya perkara tersebut merupakan misteri-Nya yang memang terjadi tanpa disangka-sangka.  Betapa kecil dan lemahnya kita di hadapan Allah Ta’ala, setiap hari harus melalui beragam peristiwa senario-Nya yang misteri. Ketika ‘panggilan’ ke ribaan-Nya datang, tanpa mengira tatkala sedang tidur, sedang makan, sedang dalam perjalanan, sedang sholat, sedang bersukan, sedang duduk santai, sedang bermain di pantai,  memasak, dan lain sebagainya, detik dipanggil-Nya langsung membuat sang malaikat petugas pencabut nyawa melaksanakan tugas.

Allah mengingatkan kita dalam ayat-Nya, “Katakanlah : ‘Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.“ (QS. Al-Jumu’ah : 8)


 
Ini bukanlah inti yang ingin kukupas di sini... Terlihat wajah sayu sahabat merenung wajah anaknya yang terbujur kaku, aku rasa amat sayu.  Sememangnya aku mampu rasakan apa yang dirasakannya.  Kurenung setiap tingkahnya, terasa semuanya serba tidak menjadi..

Kurasa...
Nalurinya berbisik...

Anakku..
Air mata ini pernah mengalir...
saat kau dilahirkan...
tidak rela aku ianya tumpah lagi di kala kematianmu...

Anakku..
Suara ini dulunya yang mengazankan telingamu..
baru tadi...
aku cuma mampu lafazkan kalimah syahadah di telingamu

Anakku...
Tanganmu yang sering kupimpin dan kutatih
baru tadi...
kurapatkan di dadamu buat kali yang terakhir..

Anakku..
Rambutmu sering ku belai..
dan kau akan merenung mataku
kini...
kau hanya mampu kaku tanpa membalas walau dengan gerak matamu..

Anakku..
Impianku dahulu...
agar kau menjadi anak yang soleh
Ku harapkan aku penggantimu menghadapNya dahulu
Agar engkau yang akan mendoakan aku saat aku pergi mendahuluimu..
Kini doaku menemanimu...

Anakku...
pergilah ke hadapNya..
Aku redha..
Enggan ku menangis lagi
Hanya mampu berbisik di telingamu sekali lagi..
Kuampunkan segala kesalahanmu dunia akhirat..
Kuhalalkan segala yang kuberikan buatmu..

Ya Allah berikan kami bimbingan setiap saat.
Ya Allah, semoga kami berada dalam cahaya Islam ketika hari itu datang, dalam detik-detik taubatan nasuha, dalam keadaan terbaik penutup usia, amiin.
Yaa Allah biha Yaa Allah biha Yaa Allah Bi khusnil khotimah, Allahumma amiin.

Anugerah Terindah ^_^

Monday, November 14, 2011

Bina Peribadi Sewaktu Makan

Bina Peribadi Waktu Makan..

Pakar motivasi bebas Ustaz Sobri Abd. Rani menyarankan agar ibu bapa menjadikan waktu makan sekeluarga sebagai waktu untuk membetulkan kehidupan atau membina peribadi anak-anak. Kerana waktu makan adalah program bersahaja yang besar impaknya dalam hidup. Antara didikan yang boleh diterapkan kepada anak-anak pada waktu makan:

1. Tunggu orang yang paling tua
... "Kalau ada ayah, suapan pertama hendaklah dimulakan oleh ayah. Kalau tidak ada ayah, emak dulu. Rahsia di sebaliknya, bila dikekalkan begituselama tiga bulan, akan tumbuh di hati anak rasa hormat kepada yangl ebih tua walaupun di luar pandangan kita. Jadi kalau kita hendak tahumacam mana anak kita di luar pandangan kita, tengok waktu makan."

2. Baca basmalah dan guna tangan kanan
"Anak kita tidak akan sanggup untuk memasukkan makanan kemulut atau memegang sesuatu yang bukan haknya. Yang biasa dia ambil masuk ke mulut dengan nama Allah dan biasa memegang yang halal dengan tangan kanan.Melalui amalan yang mudah ini, roh kita dimonitor oleh syariat.Amalan ini tak perlu pada tenaga dan wang ringgit yang banyak tapi perlu pada kesabaran dan istiqamah."

3. Ambil lauk terdekat dulu
"Bagi cubitan lauk yang pertama, ambil yang paling dekat. Kenapa? Melatih sabar. Kali kedua jika hendak ambil yang jauh tak mengapa, itu dikira usaha ikhtiar untuk dapat yang lebih baik.Ia mempengaruhi corak kehidupan dan corak kita bekerja. "Kalau ayah atau ibu hendak membina sifat penyayang, ambil lauk yang pertama letak di pinggan anak. Memang anak akan rasa lain. Kalau dia tak mahu lauk itu tak mengapa tapi kita memberi tu yang mustahak. Kalau kita buat macam itu, dia juga akan jadi macam itu pada orang lain. Kita sudah bina masyarakat penyayang di dalam rumah kita. Malah untuk latih anak cintapada saudaranya yang lain, itulah waktunya."

4. Kawal suapan
"Bila ambil makanan untuk suap ke mulut, jangan diangkat suapan seterusnya selagi di dalam mulut itu belum ditelan.Sesudah ditelan, baru angkat suapan seterusnya masuk ke mulut. Untuk apa? Melatih jangan tamak dan bersifat qanaah ? mencukupi apa yang ada.Atau lebih tepat, melatih syukur terhadap apa yang Allah kurniakan."Ustaz Sobri berkata, "Perkara ini kalau dilatih betul-betul, ia akan menumbuhkan sifat-sifat mulia di dalam diri. Sebab makan adalah perkara yang kita benar-benar buat dengan hati, sebab itu ia mempengaruhi roh."
 
Taken from Jom Berdakwah Di FB.

Anugerah Terindah ^_^

Thursday, November 10, 2011

Hati Abah....Anak-anak tak tahu....

Terasa malas pula bekerja hari ini.  Yalah, dekat-dekat nak hujung tahun ni yang paling malas aku buat adalah SKT.. Bukan apa, nak menilai kakitangan bawahan merupakan sesuatu yang aku rimas nak buat.  Tapi apabila dah dipertanggungjawabkan, terpaksalah jugak dilakukan.  Biarlah... aku buat penilaian atas apa yang mereka berikan dalam memastikan semua yang dipertanggungjawabkan terhadap mereka berjalan dengan lancar.  Dalam melakukan penilaian, aku terasa nak share sumting yang aku lupa, sering lupa nak jelaskan kat anak-anak aku....APA YANG ANAK-ANAK AKU TAK TAHU TENTANG APA YANG AKU RASAKAN SEBAGAI SEORANG AYAH.  Jua untuk kita selaku anak kepada seorang ayah.. cer baca...
  
Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya abahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja abah pulang bekerja dengan wajah yang letih abahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian.......
 
Saat kita sakit@demam, abah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".  Tapi tahukah kamu bahawa abah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Abah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa abah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi abah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka abah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,abah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, abah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Abah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Abah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari abah..Abah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat abah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..abah pun tersenyum bahagia..
Apa kita tahu,bahawa abah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Abah menangis kerana abah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu abah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..
Terasa my cute son still masih seperti dulu.... still small n baby..
with luv from Abbeqs..

Anugerah Terindah ^_^

Tuesday, October 18, 2011

Harijadi Danish Fakhrie - 18 October

Hari ini hari kelahiran anakku Danish Fakhrie yang ke 7 tahun.  Syukur Alhamdulillah, perjalanan hidunya stekat ini dilimpahi rahmat dari yang Maha Esa.  Sempena dengan hari yang indah ini, ku ingin titipkan sebuah doa yang rasanya semua ayahbonda doakan saban hari buat anak-anaknya…

Ya Allah…
Berikanlah ketenangan pada aku dan pada diri anakku
Menghadapi satu tahap penting dalam kehidupannya
Kuatkan tubuh anakku … hindarkan dari sakit dan cela
Dan jauhkan hamba ini dari perilaku
yang membuat buah hatiku kesakitan
Fizikal mahupun hatinya …

Ya Allah ampuni hambamu …
Yang malah membebani anakku dengan perintah perintah
Padahal sudah bongkok pundak anakku memikul beban
Yang malah membebani anakku dengan makian-makian
Padahal mereka sekarang impikan ceria, canda dan tawa

Ya Allah sedarkan nurani dan pikiranku …
Terang dan sejukkan hatiku
Kala melepas anakku pergi sekolah
Kala menerima anakku kembali dari sekolah
Sedarkan dalam benakku ya Allah ..
Bahawa anakku pergi berjuang
Bahawa anakku pulang dalam kelelahan

Ampuni hamba ini ya Allah …
Yang menyambut pahlawannya dengan tekanan
Yang menyambut pahlawannya dengan marah
Yang tidak memberi kesempatan pahlawannya
istirahat barang sejenak

Hamba tahu bahwa ilmu itu penting
Namun jangan sampai merosak hubungan aku dengan anakku
Jangan sampai membuat kebencian dalam hati anakku
Sehingga mereka menjadi manusia peragu
Sehingga mereka menjadi manusia penakut
Sehingga mereka menjadi manusia
yang tak punya kepercayaan diri
Sehingga mereka merasa menjadi manusia lemah dan bodoh

Ya Allah …
Karuniakan kata-kata yang sejuk yang keluar dari mulut hamba
Untuk membantu anak hamba yang sedang impikan bantuan
Untuk mendinginkan panasnya mentari yang membakar otaknya
Untuk memberi semangat bahwa anakku perlu berjaya
Untuk memberi pengertian bahwa yang terpenting adalah proses
Untuk memberi keteduhan kala harapan yang tinggi tak tergapai

Ya Allah …
Patrikan hambamu keyakinan
Bahwa anak kami akan melewati hari-hari depannya dengan tenang
Bahwa anak kami akan mampu melewati titian berikutnya
Bahwa anak kami pasti akan menemukan
kejayaan akhir terbaiknya
Bahwa kami dan anak kami siap menerima segala takdirmu
Setelah kami dan anak kami berusaha sekuat mungkin
Apapun keputusanMu Ya Allah …
Kami yakin akan ada hujan hikmah buat kami sekeluarga
Amin


With love from ur abah..













Anugerah Terindah ^_^

Tuesday, October 11, 2011

Santai jak mummy!!

As'kum..pa nak padah tok owh. Boring da juak tok, ilek da juak..hihihi. Patients sekda, komputer rusak. Komputer sigek ya dah di block sidak MOH setegal staff suka ber'facebook'. Mmm..ingat sik ngaco posting blog aku, duhal kenak juak. Isshhhh..terpaksa update makei henpon kesayangan ku tok. Tapi ku rasa Blackberry ku ria best gik. Nektok jadi 2nd phone jak. Sapa maok?? Ku lelong..hihihi. Sekda bah, sayangku ngan blackberry ya.
Mmm..ari tok semangat kit nak keja. Bukan apa, last week aku rembat 5pasang baju kurung. Cantik sangattt!! Yalah k keja tek. Nang best bila ada informer keja kat butik.
Fakhrie n Ieman masih ngan aktiviti masing-masing. Aok eh, esok Fakhrie akan bersukan. Nya nyuruh aku datang amik bahagian juak. Gik lajukah aku berekot? Hehehe..Anak oi, basikal di umah pun memanggil-manggil jak mintak kayuh pun sik diagak. Sikpa, aku diamkan diri jak dengan harapan nya lupak. Mun jakkkkk nya lupak.. Balit sekolah tok gerenti aku kenak soal agik..'Mummy, cikgu suruh kitak ikut larian 100meter..' ya bukan soalan gik Fakhrie, ya dah paksaan..
Ieman, makin cerdit dah mulutnya. Nya dah hafal lagu 'Boboiboy' versi nya mpun..hihihi..lucu nangga nya belagu. Paling best time nya ikut abangnya baca surah tiap malam. Mulut kumat-kamit jak. Tapi nya akan tauk mun abangnya salah baca. Hihihi..
Ok, mummy dah lapar tok. Tepat kol 10pagi. Nak makan apa oo??Quarter pounder cheese macam best jak..heheh.. Ne nak ngan anak berekot tok??

Sent from my iPhone


Anugerah Terindah ^_^

Tuesday, September 20, 2011

All about Eid

Huhh..berkulat dah aku punya blog ni.  Busy le katakan.. Hihihihi.
Ok2..nak cerita ni, puasa Fakhrie tak tamatla..huhuhuhu.  Last day puasa dia kena chicken poc pulak.  Kesian dia..sedih kenangkan duit raya yang tak full.  Tapi aku bagi full jugak, double pulak tu.  Dia nak guna duit tu beli mercun pulak.  Ishhh..awal-awal aku dah simpan.
Tahun ni aku raya kampun mertua dulu, raya ke3 baru balik kampung aku.  Dua-dua tempat tu meriah, yelah dah dua-dua tu kampung.  Nikmatnya kampun kan.
Munggu ni tadi baru lepa buat openhouse.  Member hubby nak datang umah, so aku ringankan tulang sikit buat menu.  
 Ni la menu aku tu..simple je.

 Nyummm...kelupis 

 Bersama kuah kacang extra pedas..i loikeeee!!!

 Ayam masak merah resepi ibu..

 Rendang daging..

 Favourite ramai..kari kambing..hehehehehehe..

 Acar rebung special dari ibu..

Kuah lontong untuk dimakan bersama nasik impit..

Pic nasik hujan panas aku tahun ni lupa puplak hubby nak amik..sebab belum masak..hehehehehe..Tapi tahun ni colour dia meriah dari last year tau..aku buat 5kg, suma licin.  Alhamdulillah.  Kawan-kawan hubby ramai lak yang daatang, tak menang tangan aku..Tapi aku happy sebab dapat jamu diaorang dengan air tangan aku sendiri..

Anyway, terima kasih dari aku and family buat yang sudi datang.  Next year datang lagi  ye..hehehehe

Anugerah Terindah ^_^

Thursday, August 25, 2011

25 Ramadhan

Hari ni dah 25 Ramadhan. Fikiran aku dah melayang kat kampung. Fakhrie pun asyik tanya bila nak raya. Alhamdulillah setakat ni dia belum tinggalkan puasa lagi. Persiapan raya aku dah siapkan awak-awal dah. Taknak kelam kabut di saat akhir. Mmmm..takde apa nak cerita, cuna nak test my new devices ni. Hihi. Tq mr hubby, i love u so much!
And from me and my family....Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin....

Sent from my iPhone


Anugerah Terindah ^_^

Wednesday, August 3, 2011

ramadhan..


Hari ini hari ke 3 puasa. Alhamdulillah Fakhrie tamat puasa 2 hari ni.  Walaupun mukanya nampak letih dan asyik mengadu lapar, aku sengaja buat-buat tak dengar.  Dalam hati aku berdoa agar dia mampu bertahan.  Dan alhamdulillah dia berjaya.  Time berbuka, dialah yang paling excited sekali.  Tapi lebih banyak minum air.  Yelah, aktiviti sehariannya bukan bulan puasa pun memang minum ribena, mana tak terasa dhaganya tu.  Semalam, dia mintak belikan apambalik kesukaannya dan air tebu.  Dan ari ni, awal pagi dah bagitau buatkan dia sirap laici dan karipap.  Beresss..


Anugerah Terindah ^_^

Thursday, July 28, 2011

On his Day!!!


Salah seorang insan yang banyak memberi inspirasi kat aku dalam kerja.  My bos...huhuhuhuhuhu. Ari tok adalah ari nya pencen.  Ari tok juak nya dah di mekah nun menunaikan umrah.  Nya padah nya akan doakan aku dan hubby gi sia juak.  Amin...memang lamak dah masang angan-angan maok pegi ke tanah suci.  Nunggu Ieman besa sikit lok.  
This pic was taken at his retirement dinner.  Bila salam ngan nya, i'm speechless...sedih aku nangga muka urang tua tok.  Nya yang banyak memberi aku nasihat dan tunjuk ajar baik dari segi kerja ataupun kehidupan aku melayari rumahtangga.  Mungkin sebab nya sama umur ngan ayah, aku akur dengan segala nasihatnya.  Perangeinya pun sama ngan ayah aku.  Mungkin sebab aku ni anak ayah, lebih rapat ngan ayah so aku rasa camya.  

Before nya pegi airport, nya and his wife sempat jenguk aku di department.  Sekali gik aku rasa sedih.  Yalah, selama beberapa tahun aku nangga muka urang tua tuk bila masuk keja, dianok pun ada, nangis pun ada..Tapi sik apalah, dah masanya untuk berehat.  Ayah aku pulak akan pencen ujung tahun tok.  At last but not least, happy retirement for both of u, my bos and my dad..Moga sihat-sihat selalu dan dilindungi olehNya. Amin. Honestly i'm adore your kindness and your humble personality.



Anugerah Terindah ^_^

Tuesday, July 12, 2011

Aida..ratu sehari!

 Happy wedding day! Untuk kedua mempelai.. Temanya seharusnya pink sebab empunya diri dah memang the pink goddess kan.  Actually, memang cantik dan aku amat teruja bila berada di dalam majlis itu.  Tak tau nak kata apa, just speechless..cantik sangat..semoga berbahagia selalu dan selamat menempuh alam rumahtangga, a new phase of ur life, buat adik Aidalina dan suami Abu Ubaidah..So, just take a look with some pic that i've taken on that day.  Sori ah, mun amik tanpa kebenaran.  Actually nak bergambar ngan pengantin tapi malu..hihihihi.

 Door gift pun pink..harussss kan aida!..hehehehe


 The menu for that night was marvellous..terlampau kenyang..ada indah sidak ya nyuruh tapau..hahahahaha

 Bagai pinang dibelah dua..

 Lihatlah senyuman pengantin. Rindu ngan gigi swing nya..

Sama-sama manis..

 Time potong kek.  sik sempat nak rasa kek ya..hahahahaha

 Her best friends..Rostika..

Antara teman yang hadir..Ibu Iman dan Ibu Aisha..

Anugerah Terindah ^_^

Tuesday, July 5, 2011

Mari Berpesta!!

Hujung minggu ni tadi, aku dan anak-anak balik ke kampung.  Yelah, anak aku dapat balik awal ari jumaat tu, so aku pecut terus balik kampung.  Hubby pulak bawak team footballnya ke Sarikei.  Lupa lak nak bagitau, si Fakhrie baru amik buku laporan ari jumaat tu.  Alhamdulillah..dia dapat tempat kedua untuk ujian penggal.  Very proud of him.
  
Mmmmm..nilah pintu gerbang yang akan menyambut kedatangan setiap kali kitaorang balik ke kampung. Hehehehe.  Kecewa sikitla sebab aku tak dapat bawak kamera DSLR aku tu sebab hubby cakap dia nak bawak pego ke Sarikei.  Melepas la aku nak amik scene menarik time pesta ni..terpaksalah aku amik guna Blackberry ni je..tak cantikla bila edit..huhuhuhuhu.

Aku jalan awal pagi dah tengok bendalah ni dah sepanjang pasar. Aduhh..kepala aku mula pening.  Aku bukannya suka sangat pegi tempat crowded camni.  Cuma kesian tengok si Fakhrie and Ieman je, tu aku jenguk gak pesta ni.  Memang terlampau banyak orang kat sini.  Asalkan si Fakhrie and Ieman happy, takpleah.  Kitaorang redah jugakla kemeriahan ni.  Segala macam benda yang dijual.  Aku tak sempat nak amik gambar.  Hehehehe.  Ieman mula merengek kepanasan. Mmmm...satu alasan untuk aku beredar dari pesta yang meriah tu.  Tapi sebelim tu, mereka berdua mesti nak aku belikan sesuatu.  Memang tak berbaloi mainan yang dua beradik ni nak..


Mmmmm..tengokla tu, sorang sebiji belon tu.  Tapi tak sampai ke petang belin si Fakhrie dah 'cedera' dah.  Hahahahaha.  Datuknya belikan lagi pulak tu.  Aduhhh..

 Aku ada satu tempat je suka pegi kalau balik kampung ni.  Pasar Tamu..  Memang best tengok sayuran, kuih-muih dan tangkapan kat sini.  Apatah lagi aku dan hubby suka pegi awal pagi merempit.  Hehehehehe.  Memang best, dahla murah.  Memang aku selalu borong punya. 

Ni pulak makanan yang aku mesti carik kalau ada pesta benak.. Lemantak..dalamnya ada inti udang tau..sodapnya tak terkata...carikla kat kampung aku.  Tu pun kalau jumpa.  Hehehehehehe.


Anugerah Terindah ^_^

Tuesday, June 28, 2011

Rindunyerrr!!!!

Rindunyer aku pada si dia..
Rindunyer aku pada si dia..
Hehehehehehehe..
Sabor je lah..
Nanti senyum sampai telinga..



Anugerah Terindah ^_^

Monday, June 20, 2011

Father's Day Special!!!

Happy Father Day to my dearest hubby, Mr Hamka bin Abu Samad from me your gorgeous wife hahahahahhaaha and form your handsome sons Danish Fakhri and Danish Ieman..Ingat sik malam tek Fakhrie malu-malu mok wish kitak???..hehehehehe
Awal pagi dah aku bangun.  Sebenarnya sekda nak polah apa pun, tapi tiba-tiba teringat kulit wantan yang beberapa hari diabaikan.  Sekda masa bah molah ya.  So, aku create resipi aku mpun untuk sarapan di hari spesel ya. Ahhaahaha..Mmmm..apa aku mok berik nama tok oo.. Mi wantan sup tulang jak.  Taraaa..picnya di bawah ya.  Nyaman kohh..sebab ada sup tulang, so aku polah inti wantan makei minced beef.  

 Makan ngan kicap pedas..woooo..bestnya..

 First time aku molah wantan..cute sik upanya..hehehehehe

 Tokla intinya..Favourite anak-anak..aik, menu tok untuk anak kah atau untuk babahnya???

Sik puas ngan ya, hubby embak keluar gi jalan-jalan.  Tempat biasa yang aku suka gilak and sik penin palak sebab sia sejuk, best dan sik berapa banyak urang ialah SPRING.  Sia ada Habib and Tomei bah.  ahahahaha.  Pernah pegi Boulevard beberapa kali, aduhhh..rasa macam kat India Street jak sia sebab rami gilak orang.  Palak aku pun bukan berapa gilak nangga orang yang crowded gilak camya.  Rasa nak muntah pun ada.  
Sigek Spring tok best ialah tempat makannya.  Macam-macam ada sia.  Aku prefer Secret Recipe and anak-anak lebih gemarkan SCR..Last-last hubby embak gi tempat tok.  Aku ekot jaklah, nama dah father day tek nak..

 So, toklah tempatnya..THE MANHATTAN FISH MARKET..Dah namanya fish market, suma menunya fish la.  Bagi peminatikan, bolehla gi sitok.  Aku tok kureng sikit ngan ikan, apatah agik ikan dowry.  Tapi nyaman juak.  Fakhrie mala jak madah nyaman.  Si Ieman diam jak meratah fish and chips nya.  

 Tropical breeze..asa air lemonade..

 Soup of the day..soup pun ada ikan dalamnya.

 Quad delights..bestttt!!!!

 Kim Chim namanya..nyaman tok.  Udangnya pedas-pedas campur dalam salad ya..

 Fish and chipnya..

 Grilled fish with herb rice..nang sihat makanan aku..huahuahuahua..

Tok nang sik masuk nyawa aku..ikannya macam stim tapi bau mint nya aduhhh..tambah gik ngan bau ikan ya. Tapi tokla favourite hubby aku..nyemmmm katanya.  Biasala, selera sorang-sorang nak..

Kuar dari ya sempat gik mataku menjeling kenny rogers yang bertentangan dengan manhattan ya tek..nyemmmm nya.. sia tek dahla mahal, rm100++, sik berapa ekot selera aku.  Tapi yalah tek, hubby bayar nyaman ajaklah. hihihihihihi..

Anugerah Terindah ^_^

Tuesday, June 7, 2011

Jangan mudah terpedaya


Skincare aku dah nak abis dah.  So, gatalla pulak tangan ni nak coba bendalah lain.  Sekarang aku pakai elianto.  Tapi rasa nak guna clinique pulak sekarang.  Tup-tup ada kawan suggestkan guna Mary Kay.  So, aku pun buat research kejap pasal 2 produk ni.  Teringat pulak ngan satu produk yang aku ingin sangat nak pakai.  Sapa tak tau kan..NEW YORK SKIN SOLUTIONS..


Ingin sangat nak wajah jadik macam tu.  Yelah, tiap kali keluar iklan tu, aku ingin sangat nak cuba sms.  Tapi tiba-tiba aku terbaca satu entry blogger ni, terus aku kensel semua harapan aku untuk memiliki produk tu.  Korang pun mesti ternganga bila baca.  So, just click link ni http://eddida.blogspot.com/2008/06/what-lies-beneath-nak-story-sket_15.html and credit tu her sebab kongsi kat kite sume.  Atau, nak lebih puas, baca je yang aku dah copy paste ni.  Senang cerita..hahahaha.  Mohon share entri ni ye.  Thanks...


What Lies Beneath
Nak story sket pengalaman temankan my younger sis pegi New York Skincare Solution (NYSS).My lil sis, Nurul gatal tangan sms ke NYSS for free facial trial and free travel kit. So one of NYSS's staff called her and after some chit chatting and after Nurul confirmed with her that there will be no hidden charges or she doesn't have to sign up with any of the packages, that fella sets an appointment for her last friday at NYSS Mid Valley Megamall.


So here goes, when we arrived there around 1 pm, her name wasn't in the appointment list. So that's fine with us as it was a free facial. Owh...lupa nak bagitau, masa tgh tunggu nak fill up forms tu Nurul bagtau yang dia tu student. We realized that staff dkt situ semua buat muka tak puas hati bila dengar she is a student. Berbalik pada cerita tadi. After she fill up the forms and so on and after we were given some explanation which I can assure you semua tu tipu belaka, the FREE FACIAL treatment started. I thought kalau service dia bagus, I myself pun nak sign up for the treatment. Maklumla NYSS kan masuk paper, tv commercials and so on...



As I were waiting for her to finish, aku tengok, bagus la everybody yang dtg for free treatment semua sign up for the package. Aku pun macam kagum, mesti bagus treatment and service dia. Lepas kagum2 tu dan lepas jln2 kat dlm MV, Nurul pun call bagitau dah siap treatment. So aku pun pegi la. Dia cakap best jugakla facial sebab dia pun mmg x penah buat facial, so pada dia dah best gile la. Sementara tunggu turn utk discan balik muka dia tu, aku bisik2 la kat Nurul, gile la semua consultant dia bila keluar je dari dari consultation room mesti bwk keluar duit at leats pun RM 50. Yang kitorg ni takde plan pun nak amek package apa2 coz kitorg bwk RM 50 je that day. Bila sampai turn kitorg je dia pun scan muka adik aku balik which I know semua tu tipu gak. Bagi penerangan apa ke jadah semua dan bagitau harga package dia which RM 280 per session! My sister needs 20 sessions to make her face looks beautiful.... Wahhhhh...cuba you guy darabkan RM 280 dgn 20 session. Lepas tu ckpla yg mereka akan bagi mask free which cost RM 90, ultrasound free worth RM 50 and so on sampai ckp 1 treatment sebenarnya berharga RM 500! Tapi kalau sign up sekarang RM 280 je. Padahal benda2 yg dia ckp tu dah masuk dalam RM 280 tu je.



RM 280 x 20 = RM 5 600



Dia minta half for the deposit



RM 5 600 / 2 = RM 2 800



Kitorg ckp la too expensive lagipun Nurul student lagi. So let her discuss with our mum first before we sign up. Consultant tu pun bagi lagi satu package for 10 sessions.



RM 280 x 10 = RM 2 800



Deposit half of it



RM 2 800 / 2 = RM 1 400



Kitorg still refuse to sign up. Sebab kitorg takde duit masa tu! Dia pun panggil la sorg lagi consultant, she introduced herself as CARMEN. Dia pok pek pok pek dgn kitorg. Aku pun dah rasa tak selesa coz tgh marah sgt. Aku takut la bleeding sebab dulu penah sekali aku marah org sampai kuar darah. All I care now is to get out of there. Sebab aku betul2 tak puas hati dgn service yang PAKSA - PAKSA org ni. Carmen tu bagi pakej utk 5 session pulak.



RM 280 x 5 = RM 1 400



Deposit half



RM 1 400/2 = RM 700



Kitorg refuse lagi. I stressed out to them let Nurul discuss with our mum first! And then ckp dkt sini kitorg ada rules & regulations. Semua customer who come for free trial MUST sign up for their package! Nurul cakap, your consultant tak cakap pun masa telefon because she already asked about that! Aku lagi angin bila dengar. Aku cakap kitorg x nak sign up apa2 pun. ThenCARMEN tu keluar, masuk sorg lagi. Tak reti nak introduce diri sendiri terus attack my sis and I. She said something like this,



"Siapa yang buat facial tadi? You?" she pointed at me. Aku geleng and ponited to Nurul. She said " You?" Nurul angguk. " Then I will talk to you only. I won't talk to you. You can keep quiet" sambil tangan dia suruh aku diam. Kurang ajar punya org. Dia pok pek pok pek to my sis and reduce the package to 3 session dengan home product which kitorg tau yg dia akan suruh tambah lagi session and pay another price for the product sooner or later. Talking about tactics...



RM 280 x 3 = RM 840



Half of it



RM 840 / 2 = RM 420



Kitorg still refuse sebab kitorg memang TAK NAK! Plus TAK ADA DUIT! My sis cakap kalau bayar monthly maybe dia mampu but with the unreasonable price memang dia tau dia tak mampu. Sekali treatment pun tak mampu. Elaun dia belajar RM 600 sebulan sebab dia nursing student, buku2 lagi and ada few lagi yuran2 nak kena bayar end of this month lagi. She explained to them. And then boleh minah tu cakap, "You pakai akaun apa?" "Maybank" Nurul answered."Then kita boleh deduct from account for deposit". Nurul cakap dalam akaun dia ada RM 50 je. Minah Cina tu ckp "You bayar RM 50 dulu la. Lepas tu you discuss dgn mama you, bayar balance la. You cakap dgn I you ingat your mama akan bagi you buat treatment ka dgn harga mcm ni. I guarantee la your mom takkan bagi". Celaka.



Ini boleh mendatangkan marah. RM 50 adik aku tu pun dia nak kebas.



Aku cakap "kitorg tak minat nak ambil package you. Plus kalau I ada duit skrg ni pun. I won't pay for her here. I rather pay for her at DermaGenesis or Klinik Ayu Jelita. I have experiance pegi buat face and body treatment. You name it. TCA, Pixel, MDB, Lipo semua I pernah try before I got married".



"Parent you bayar ke abg you yg bayar? Kalau pernah buat kenapa muka you tak cantik? Kenapa badan you gemuk?" she said.



Aku balas balik "This is because I'm pregnant!".



Dgn sinisnya dia cakap "You pregnant before you kawin?".



Aku balas "Don't be ridiculous. Of course I'm married. I gemuk because I'm pregnant. I look like this because I'm pregnant. I've got pimples because of my hormones. Everything I buat before I got married. For the wedding. I pergi 2 tempat tu, consultant sana beri masa utk discuss with parent and to think about it. And guess what my parent agreed. So I don't think my parent are so typical about this. Plus the price lebih reasonable and result guaranteed. Dengan you setakat facial treatment, sampai RM 50 pun nak kebas".



Masa tu aku dah pegang perut coz it hurts a little bit. Minah cina tu tanya lagi "You pegi mana?". " DermaGenesis and Ayu Jelita" I replied. Dia tak mau mengalah jugak "Then why don't you bring her there?" " I will. I like the service + the treatment. Kat sana takde PAKSA - PAKSA punye service. Affordable". Dia senyap. "Okay la. you balik discuss wth your mama. Esok you datang bawa your mama. I bagi your mama free facial. Tapi your mom je. Your sister tak boleh" she pointed at me again!



"Okay" my sis replied walaupun dalam hati dah berjanji takkan jejakkan kaki kat dalam New York Skincare Solution lagi. Dengan penuh sakit hati aku berkata dalam hati "I wouldn't recommend you to my friends. Your service sucks!" Kitorg keluar dari premis dia dgn tangan kosong. Mana ada dapat free travel kit tu. Penipu! Walaupun kitorg tau, kitorg MESTI kena kutuk dengan diorg. We don't care. At least kitorg boleh sebarkan kat org lain mcm mana diorg ni menipu pelanggan.



p/s: Thanks tu ida yang sudi share ngan kitaorang pengalaman dia dan adiknye.  Mesti kita suma tak sangka kan. hishhh..  

Anugerah Terindah ^_^

Tuesday, May 31, 2011

cuti lagi!!!!

ari tok best jak keja, sekda banyak patient.  Senang jak aku merewang-rewang.  Hubby cuti, mmm...jelesssss.

Miak sekolah pun cuti.  Sabar ok, sebab esok aku pun cuti.  Hahahahaha. Cuti gawai.  Maok pegi sine esok oo? Tapi yang pastinya memang maok pegi jalan-jalan juak.  Sikpat nak berjalan gawai, jalan di shopping complex jak.  Itu lebih afdal.  Niat di hati nak tukar my Blackberry ni kepada Iphone4.  Jadi ka sik oo..
Heheeeheheee.

 So, to all my friends
.. Happy Gawai Gayu Guru Gerai Nyamai..

Anugerah Terindah ^_^

Friday, May 27, 2011

my sunshine!!


bok dapat video sambutan hari guru sekolah anak-anak saya..hehehehehe. tangga jak.  Mun yang ada silap step ya, itulah kesayangan saya. hahahahahaha.

tq cikgu nye yang amik videonya..

Anugerah Terindah ^_^

Thursday, May 26, 2011

my homemade tacos

nektok mun pegi cne-cne mesti ncarik apa k bekal anak pegi sekolah.  Marek terjumpa satu benda tok kat satu supermarket.  Hehehehehe.  Bukan pernah molah, tapi aku nak coba juak.  Tambah gik reganya nang 'markdown'.  Ku nangga expired date nya gik ada 3 minggu.
  
TACOS namanya.  Easy fill jak.  Dah terang-terang namanya easy fill.  Lekas-lekas aku nanyak Fakhrie nya maok apa ke fillingnya.  Jorosnya madah mesti ada tomato dan sos thousand island and NO sayuran hijau. Mmmmm..aku buat jaklah.  Nama dah tek maok memuaskan ati anak.  Aku buat fillingnya makei minced beef, tomato, kentang dan sos thousand island jak.

  Taraaaa....hehehehehe.  Rupa macam sik nyaman tapi habis dah tacos tok dalam masa sehari.  Yang paling aku suka, tacos tok rasa macam keropok chachos yang aku minat ya. Hihihihihihihihi..

 Tokla tacosnya..

And my simple menu..hihihihi. nyaman koh.

Anugerah Terindah ^_^

Friday, May 20, 2011

konpius eh!!

Kadang-kadang banyak ilak pikir dalam palak nyuruh aku jadi konpius..Mikir hal keja, mikir hal umah, mikir hal sekeliling.  Macam tok dah dekat nak kol 4 aku lom siapkan report yang opis pintak.  Ya upa banyak patient tek, dengan opis tepon gik maok kinek-kinek ya..adohhhhh..

Ada gik surat nyuruh pegi kursus mintak reply ari tok juak.  Ne la gaya kita nak berpikir dolok.  Isshhh..tok mudah nak nyuruh aku berantu. Nasib ku sik jadi Anjasmoro hahahahaha.

Tapi sekpalah, laki nanyak esok jalan ka sik, mun part ya aku sik konpius sebab memang dah tauk jawapannya. Ada sikit bunga dalam taman ati ku tok.  Ada gik kawan sms tek madah butiknya ada sale.  Makin lebar senyum aku ndengarnya.

Okla,aku nak ngira budget k esok jak.  Mok tauk sik,
 aku dah kira budget k raya dah.  Dak kuih, dak baju..hihihihi. yalah, kira ajak.  Benda yang dikira ya lom ada gik..huahuahuahua..

Anugerah Terindah ^_^

Related Posts with Thumbnails
Copyright© All Rights Reserved Danishsondblog.blogspot.com