Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan..alhamdulillah..




Ramadhan menjelma lagi.  Alhamdulillah..Saat yang ditunggu-tunggu oleh setiap umat Islam untuk menunaikan ibadah tersebut.  Ada yang tersenyum dan tak mustahil ada juga yang mengeluh.  Tapi tidak perlulah aku membuka aib orang lain di bulan yang mulia ini.  Moga setiap orang menginsafi kesilapan diri sendiri sementara masih ada peluang. 

Pagi tadi seawal jam 3 pagi aku bangun untuk menyediakan juadah untuk bersahur.  Makanan lebih semalam turut aku panaskan.  Suami ku siap buat ikan pari panggang untuk bersahur ni.  Yummy.. Aku sempat menjenguk jiran sebelah.  Masih gelap keadaan rumahnya.  Mungkin dia bersahur lewat sedikit kot, getus hatiku.  Tak apalah.  Ieman dan Fakhri masih lena tidur sementara aku menyediakan lauk.

Selesai sudah lauk ku sediakan di atas meja, aku kejutkan Fakhri untuk bersahur sekali.  Walaupun baru berusia 6 tahun, aku mahu dia turut berpuasa dan merasai kehebatan bulan Ramadhan.  Aku tidak menjanjikan apa-apa padanya sepertimana yang biasa orang lakukan untuk menggesa anak berpuasa kerana aku mahu dia berpuasa dengan keikhlasan hatinya sendiri. Itu yang penting. Kejujuran dan keikhlasan.

Fakhri tidak banyak kerenah sewaktu aku mengejutkannya.  Sekali je aku panggil namanya, dia terus membuka mata dan bangun.  Terus duduk di meja makan.  Aku suruh dia menggosok gigi dan membasuh muka dahulu.  Tapi, dia merengek tidak mahu makan nasi dan meminta aku membuatkan mee sup untuknya.  Aku hanya tersenyum.  Aku buatkan maggi sup untuknya.  Yelah, mana aku nak dapatkan mee sup di waktu ini.  Habis je mee sup tu dia segera mintak aku buatkan air kegemarannya..RIBENA..dan terus masuk bilik. Dia lantas berkata bimbangkan adiknya tidur keseorangan.  Mmm..abang yang baik.

Aku masih leka mengemas sisa lauk pauk sementara hubby aku menonton tv.  Spa Q..best gak tengok time ni.  Tapi mata aku masih mahu memejamkan mata.  Lantas akau berbaring sementara menunggu azan subuh berkumandang.

Seperti biasa Fakhri bangun untuk turun ke sekolah.  Selesai berkemas mengenakan baju uniform tadikanya, selamba je dia mintak Ribena lagi padaku.  Aik, aku lantas mengingatkan dia bahawa dia berpuasa.  Dia lantas menjawab "untuk sekali ni je".  Geli hati ku mendengar jawapannya.  Aku lantas menerangkan padanya sekali lagi tentang ibadah puasa.  Oooo..katanya menjawab.  Dia terus mengambil beg sekolahnya.

Aku hanya berharap dia mampu bertahan hingga masuk waktu berbuka.  Walaupun kesian aku melihatnya, tapi aku harus mendisiplinkan nya untuk menunaikan ibadah wajib tersebut.  Aku berdoa moga dia sentiasa terlindung di bawah rahmatNya.  Amin

Anugerah Terindah ^_^

1 comment:

eida said...

harap-harap dia dapat puasa penuh hari ni..

Related Posts with Thumbnails
Copyright© All Rights Reserved Danishsondblog.blogspot.com