Aku teringat pada satu cerita kawanku mengenai roh di bulan Ramadhan..sungguh menarik, dan aku kira tidak rugi andainya aku kongsikan bersama kalian. Dia dapat cerita ni time berjemaah di masjid. Moga kita sama-sama mendapat iktibar daripada apa yang ingin aku sampaikan.
Bismillahirrahmanirrahim..
Menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh mahfuz memohon kepada Allah s.w.t untuk kembali ke bumi. Ada yang dibenarkan pulang, dan ada yang sebaliknya. Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat ataupun ada penajamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh yang tidak dibenarkan pulang adalah kerana kesalahan semasa hayat mereka, dan mereka akan terus dipenjarkan di Luh Mahfuz.
Roh yang dibenarkan pulang akan melakukan perkara yang pertama iaitu..pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak-anak mereka, ke rumah orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka beserta harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah yakni doa untuk bekalan mereka. Hal ini berlarutan hingga tibanya Aidilfitri di mana mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad mereka dan pulang dengan bekalan yang diberikan oleh mereka yang masih hidup.
Di sini ingin aku memberitahu betapa hikmahnya kasih sayang Allah. Alangkah bahagianya seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan orang-orang yang masih hidup. Oleh itu, jangan biarkan mereka yang telah pergi mengadapNya sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita kerana sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak-anak yang soleh dan solehah, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.
Itulah cerita yang hendak aku sampaikan. Mungkin ada bahasa aku yang tonggang terbalik, tapi aku harap aku dapat menyampaikan apa yang tersirat di sebaliknya. Tidak perlu kita hanya mengingati mereka di bulan Ramadhan, namun sentiasa mendokan mereka sepanjang masa.
Tiab-tiba aku terkenangkan arwah datuk yang meninggal di bulan puasa tahun lepas. Moga dia berada bersama orang-orang yang beriman.
Tidak lupa pula aku mendoakan kesihatan kepada kedua orang tuaku, dan kedua mertuaku. Moga sihat selalu dan dipanjangkan usia. Amin.
No comments:
Post a Comment