Tuesday, December 28, 2010

sori sayang

aduh..dah sebulan aku tak update blog ni..sori sayang, mummy busy sangat.  Babah je yang sempat buat video dalam blog ni.  Tq ek.  Biase lah, dah hujung tahun ni banyak pulak report nak kene hantar..
Sebenarnya tak sabar gak nak tunggu tahun baru menjelma ni..hehehehe..adelah..
tunggu je ek..nanti mummy update blog ni ye..
tataaaa!!!

Anugerah Terindah ^_^

Monday, November 29, 2010

Nasik kerabu mummy


 Taraaa...semalam aku buat nasik kerabu.  Dah lama sangat dah pewarna nasik kerabu tu dalam tupperware aku.  Dan dah berapa kali jugak kawan aku tu tanya bila nak upload pic nasik kerabu aku.  Yelah, penat dia kirim pewarna dari Lahad Datu.  So, semalam time hubby pegi conferen aku buat le nasik ni.  Takde lah susah sangat, cuma yelah..ikut mood gak nak buat suma nie.  Hehehehe.  
Aku carik le sume bahannya kat kedai runcit termasuklah BUDU..wowwww!!! lamanya aku tak makan tu.  Nasib jumpa.  Kalau tak, sekali lagi aku kensel nasik kerabu aku.  Hahahaha.
Buat senang je, cuma perlu masa sikitle.  Fakhria dan Ieman sibuk gak 'menolong'..hehehehe.  Fakhrie siap bertanya boleh ke makan nasik kaler camtu..aku hanya tergelak.  Bila siap, dia orang pertama yang aku suruh rasa.  Sedapppppp!!!! katanya.  Biasala kan, dah namanya air tangan mummy..
So, jom tengok apa yang aku buat sebagai ramuannya..yuhuuuu!!!

 Ni kelapa yang aku buat bersama dengan isis ikan.  Favourite anak-anak aku..sebab tu terpaksa buat kurang pedas.

 Ni sambal santannye..hehehehe

 Ulam-ulaman.  Sebenarnya lagi banyak jenis ulam, lagi best tp aku cuma jumpa daun selom dan bunga kantan je, pastu tauge..

 Telur masin.  Sebijik tu tak lawa sangat.  Macam telur ayam je.  Teringat kat nenek yang sangat pandai membuat telur ni.

 Kari ikan tenggiri.  Aku mesti buat ni kalau nak makan nasik kerabu.  Aih, mana trademarknye?

 Nasik biru..tapi takle biru sangat.  Geli pulak aku tengok nanti.  hehehehe

Jeng-jeng..semuanya aku letak dalam tupperware aku sementara menunggu hubby balik.

Senyum je hubby aku balik tengok menu yang aku sediakan.  Dan senyuman itu yang aku suka kerana ia membuatkan hati semakin berbunga, makan pun berselera..

Anugerah Terindah ^_^

Monday, November 22, 2010

konvokesyen day

uihhh..lamanya tak jenguk blog ni.  Patutle..i cuti. hehehehe.  Balik kampung, tapi yang sadisnyer broadband pulak lupe nak bawak.  Kita bercuti panjang sekaligus cuti raya aji.  
So today kita cerita pasal konvokesyen Fakhrie jelah.  Sehari sebelum aku balik kampung dia konvo.  Teruja aku hari tu sampai aku sempat menempah baju khas untuk konvokesyen dia.  Mana taknye, dia sempat cerita yang dia akan menjadi penyanyi solo untuk persembahan kumpulannya.  Memang mewarisi aku ni..hahahahaha.  Tak percaya, nanti tengok pic dia ye.  Hubby aku tak dapat hadir sebab ada appointment dengan 'si pengembala kambing'..hehehehehe..lucu eh.  Dia pegi amik kambing yang akan dikorbankan untuk hari raya haji tu.

 cutenye dia orang atas stage..hehehehe.

Dialah penyanyi solo..hehehehe..

Aku pun tak tau part mana dia nyanyi solo.  hehehehe.  Bila dia tengok wajah aku kat bawah stage, suaranya makin nyaring dan lantang.  Nak tunjuk kat mummy nya la tu..  Pastu baru diaorang amik sijil.  Yang lucunya, lepas dia dapat je sijil tu, dia terus bagitau aku sijil tu untuk dia mintak keje bila besar nanti.  Hampir terduduk aku mendengarnya. Speechless aku..

 amik sijil dan hadiah

 selepas amik sijil, duduk bersama geng-geng.  entah apa yang diorang cerita aku pun tak tau

nak jugak dia pose agar dia yang menonjol time aku amik pic. hehehehe

Sebenarnya ada pic kambing yang hubby aku sembelih, tapi aku tak sampai hati la tengok kambing tu..takyah le aku cerita pasal raya haji k.  Yang penting, hari raya haji memang meriah bila di kampung.  Menu utama, sudah semestinya kari kambing boer..hehehehe.  Walaupun tak sampai ati tengok kambing disembelih, tapi karinya tetap aku makan.  Siap order roti canai lagi.  Kuang3..

Anugerah Terindah ^_^

Tuesday, November 9, 2010

Ieman dan dragon fruit


Hari ini dapat 'dragon fruit' dari member.  Aku sebenarnya tak reti nak makan buah ni tapi orang dah bagi, aku amik jelah.  Kata orang, rezeki jangan ditolak kan.  Hehehehe.  Aku bawak balik 3 bijik buah naga tu tanpa bayaran pun.  Sampai je kat umah, cousin aku terus kopek n belah isisnya.  Woww!! aku tengok macam menyelerakan jugak le.  So, try seulas..mmm..sedap gak.
Paling suka buah tu Ieman le.  Sebijik tu dia bedal abis dah.  Sampai merah mukanya.  Fakhrie...kurengg sikit..seulas pun tak habis.  So Ieman habiskan le nanti semuanya ye sebab kitaorang tak suke sangat. Hikhikhik.  

 wajah Ieman lepas makan dragon fruit..hehehe.

terliur gak tengok ni..sooo juicy!!

Anugerah Terindah ^_^

Friday, November 5, 2010

Mummy jual karipap


Semalam takde angin takde ribut member opis ni tempah karipap.  Karipap daging lagi tu..  Aduhh..Tap kesian gak tengok muka diaorang yang meraung-raung meminta simpati..hahahahaha...meraung ke?? Takkan le sebab karipap nak meraung kan.

Diaorang nak pagi ni, so petang semalam aku beli le bahan-bahan nye.  Order tu sebanyak rm25 lagi tu.  Aku bukan terrer sangat, so aku tanya hubby kalau dia dapat tolong aku buat.  Dia cakap oraittttttt!!! So, boleh on lah ni.

Aku guna minced beef, kentang, kacang panjang je.  Yelah, dah namanya last minute punya keje.  AKu tunggu hubby balik, dia cakap  masih ada meeting pulak dah.  Tapi cerita 'Chinta' takleh tinggal.  Pas abis cerita tu, baru start buat karipap.  Hehehehehe.  Fakhri n Ieman pun sibuk gak nak buat.  Tapi dah tak macam karipap dah aku tengok apa yang diaorang buat.  Hubby sampai je, terus bertungkus lumus buat karipap tu.  Yelah, aku tak pandai nak lipat tepinya.  Aku serahkan kat dia jelah.  Jam 10.30 malam baru habis masukkan intinya.  Huargggghhhh!! Tak pernah aku tido lewat macam ni.

Pagi tadi bangun awal nak goreng pulak n packing-packing.  Aku bawak panas-panas pegi opis.  Macam singa kelaparan diaorang amik habuan masing-masing.  Alhamdulillah, selesai keje aku...

Anugerah Terindah ^_^

Tuesday, November 2, 2010

Dia ada lagu!!

Ari ni Fakhri bawak balik kertas lagu.  Dia diamanahkan oleh guru sekolahnya untuk membawakan lagu yang berunsurkan islam.  Excited je dia bawak lagu tu sepanjang perjalanan balik dari sekolah. hahahahaha.



 ni le lirik lagunye...hehehehe


Tak sabar pulak aku nak dengar dia menyanyi.  Aku pulak sibuk memanjang dari last week.  Tak sempat nak update blog ni.  Dahla pc buat hal, nak buat SKT(sasaran keja tahunan) lagi, monthly return lagi. adoii..nasib baik ada my blackberry pengisi mas lapang.  Bukak facebook le..hehehehe..dapat release tension jap.  Manalah pegawai IT aku ni??? Dari tadi aku call tak dapat.  Microsoft aku tak jalan oiiii...aku nak buat keje ni..

To my dear son, nyanyi bagus-bagus.  Dapat ikut macam mummy, mewakili sekolah lagi tu..huahuahuahua.  Keep it up boy!!

Anugerah Terindah ^_^

Friday, October 22, 2010

ujung minggu ni buat ape???

My dear sons, ujung minggu ni babah cakap dia pegi mengail..mengail di laut dalam.  Mummy baru je plan nak pegi jalan-jalan.  Pegi spring, duduk-duduk kat secret recipe..tak pun kat tempat favourite babah..old town white coffee..pastu pegi menyambar apa yang patut..hehehehe.

Tapi babah cakap dia dah bayar untuk ikut kawan-kawan pegi mengail.  So, kita nak buat ape?  Hujung minggu yang biasanya dihabiskan di shopping complex mesti buuuusaaaaannn kalau dok di rumah..kan anak-anak mummy..

Takpe, esok ikut mummy je ye..pagi-pagi lagi ikut mummy pegi tempat favourite mummy lak...AKOJAYA..yuuhhuuu!!! Boleh duduk lama sikit kat situ kalau babah takde..dah lama tak menambah koleksi.  pastu kita breakfast kat McD ye anak-anak...hehehehehe..

 kite g akojaya ye..walaupun bukan tempat favourite korang..kuang3..

Pas breakfast kat McD, kita balik je lah..huhuhuhu.  Mummy nak belek buku resepi.  Majalah Rasa yang paling sesuai walaupun tu majalah bulan puasa punya. Banyak resepi berfaedah dan senang.  Sambil menghabiskan masa menunggu babah balik mengail, kite masak-masak..hehehehehe.


 Haaaa..mummy dah jumpa menu yang kite akan try ujung minggu ni.  Tak pedas..sesuai ngan selera korang dan apa yang penting...senangggg sangat!!! Takleh lama sangat tengok majalah ni, ujung minggu nanti kita sambung tatapan kita ye...nanti babah dapat rasa gak..

ayam tandoori maggi

Babahnya jangan lupe bawak sunblock ye..nanti golap pulak abang sayang...hehehehe

Anugerah Terindah ^_^

Thursday, October 21, 2010

His sport car!!

 Haaaa..tokla hadiah kesayangan Fakhri ariya.  Sport car!! (aiseh..apasal tiba-tiba berbahasa ibunda lak ni?) hehehehe.  Apapun this present always in his wardrobe.  Nak tau kenape?  Biasalah Ieman...pemusnah harta benda.  Tak pasal-pasal keta dia ni akan jadi beca lak kalau Ieman yang main.  Huuuhuhu..kesian Ieman..

Ni pulak jan Ben10 yang mak ngah dia bagi.  Yang ni dia kasik Ieman main.  Siap ada bunyi and api lagi.  Ieman..terima apa yang ada..

Anugerah Terindah ^_^

Tuesday, October 19, 2010

Happy Birthday to you!!




Happy birthday to you...itulah ungkapan dari dari kami sekeluarga untuk putera kesayanganku, Danish Fakhri.  Semalam, genaplah umurnya 6 tahun.  Cepatnye masa berlalu, dalam tak sedar anak aku dah bujang dah.  heheheheehe.


So, aku ngan my hubby amik kesempatan gak buat simple birthday party for him.  Mula-mula nak tempah kek from secret recipe, pastu hubby tukar fikiran pulak.  Katanya budak-budak bukannya peduli sangat kat kek, yang penting hadiahnya.  Dalam hati aku sedikit mengeluh.  Yelah, mak budak yang nak makan kek tu, bukannya budak.  So, hubby beli kek kat kedai kek kawannya, ada diskaun le.  Mango cheese flavour.  Sedappp!!!


Ieman pun sibuk gak nak tiup lilin tu.  Berkali-kali babahnya pasangkan api lilin tu nak bagi dia tiup.  Abangnya mengalah je..mmm..sampai kitaorang lapar nak makan barulah Ieman berhenti dengan aktiviitnya tu.  Datuknya dari kampung pun datang gak nak memeriahkan parti tu.  Aku turut gembira kerana tersa kemeriahannya.  Itulah kebiasaannya.  Datuk dan neneknya pasti akan datang tiap kali tiba hari ulangtahun mereka.  Tq mum and dad!

wajah happy putere-putera aku

Fakhrie pun tersenyum lebar je bila babahnya membawa kotak hadiah yang sungguh besar.  Dia terus tidak menghiraukan menu yang aku buat.  Ieman turut mengekori dari belakang.  Wrapper Ben10 menghiasi hadiahnya itu.  Fakhrie tersenyum je sambil membuka hadiahnya.  Wowwwwwww!!! Aku turut terkejut bila suaranya amat nyaring menjerit kegembiraan.  Sebuah remote control sport car di depan matanya.  Kereta yang dia selalu inginkan bila berada di pasaraya akhirnya menjadi miliknya.  Ciuman diberikan kepada aku dan babahnya.  Ieman turut menjerit kegembiraan.  Entah apa yang bermain di fikirannya aku pun tidak tahu.  Namun dia hanya sekadar memandang.  Mungkin tahu itu bukan miliknya.  Namun si abang lantas menarik tangan adiknya untuk melihat bersama hadiah tersebut.

tersenyum simpul Fakhrie bersama hadiahnya.

Menu petang tu aku masak simple je.  Aku buat mushroom bihun, grilled honey chicken, caramel puding, selebihnya aku goreng je fries, rebus kacang n buah.  Biasalah menu untuk budak-budak.  Nak buat laksa sarawak, pedas..nak buat laksa penag pun pedas gak..so ikutle selera budak-budak kan..

Fries segera..hehehehe


takkan tak tau ni kot..watermelon..


caramel pudding..yummy!!


kacang kuda.


simple dishes for my boys..

Aik, mana pic bihun and grilled chicken aku ni??  Sapa punya keja yang kacau canon aku.. Fakhrie!!!..




Anugerah Terindah ^_^

Monday, October 11, 2010

Dilemma

Birthday Fakhri akan muncul tak lama lagi.  Dan aku sebagai mummy nya, excited sangat.  Bukan apepun, excited nak sediakan menu dan excited nak suruh babah dia carikan hadiah..heeeheee.  Biasanya aku akan sediakan menu simple je, jemput saudara terdekat je biar Fakhri terhibur sikit dengan kehadiran orang yang turut sama meraikan birthday dia.  Hadiah...last year dah belikan dia PSP.  Tahun ni, tak tau lagi nak belikan apa untuknya.  Dia sebenarnya tak kisah ada hadiah ke tak, aku je yang kesian tengok muka dia kalau takde hadiah.  Dia tak pernah mintak apapun. So, my lovely baby Danish Fakhri, tunggu je ye...hehehehe.

seriusnye wajah birthday boy aku ni..ni pic ketika di putrajaya..

ni cupcakes untuk birthday Fakhri last year..cartoon kegemaran tu.

last year punye pic..Fakhri 5 tahun.

Anugerah Terindah ^_^

Wednesday, October 6, 2010

terbang ke kayangan

Tiba-tiba teringat ahad ni 10.10.10 angkasawan negara kita akan melangsungkan perkahwinannya bersama tunangan tersayang.  Tiba-tiba teringat gak ngan time kite dulu-dulu.  Ingin gak nak terbang macam tu..ahakssss.. Tapi apa-apapun, syukur alhamdulillah, aku bersyukur sangat dengan kebahagiaan yang aku miliki.  

Inilah kebahagiaan yang bakal dimiliki oleh angkasawan negara kita..Dato DR Syed Muzaffar dan Dr Halina.  Credit kpd  candidsyndrome atas pic ni.  Nice pic.

To mr hubby, thanks for being a part of my life..and always be on my side whenever i need..  I love u so much..

Anugerah Terindah ^_^

Harga segelas susu.

Sudah berberapa jam si pengembara berjalan kaki memerhatikan pemandangan indah musim bunga di kawasan perkampungan itu, menyaksikan bunga-bunga yang mekar, unggas dan serangga yang berterbangan ke sana ke mari, halaman rumah yang cantik dihiasi kuntuman bunga amat menarik perhatian pengembara muda itu.

Tetapi perjalanan yang jauh dan matahari yang sedang terik menyebabkan pemuda yang cintakan keindahan alam itu mula terasa keletihan.  Tekaknya kering, sedangkan pengembaraannya masih panjang lagi.  

Lantas pemuda itu memutuskan untuk pergi ke sebuah rumah kecil di sebuah ladang di tepi jalan yang sedang disusurinya itu.  Seorang budak perempuan membuka pintu rumah yang diketuknya tadi.  Wajahnya comel sekali.

 Dania Zulaikha: sekadar gambar hiasan

Pemuda itu menceritakan yang dirinya kehausan, dia berharap budak perempuan itu dapat memberikannya segelas air.  Budak perempuan itu bergegas ke dapur dan sebentar kemudian kembali mendapatkan pemuda tersebut.

Dia bukannya membawa segelas air, sebaliknya segelas susu kerana dia tahu pemuda tersebut bukan sekadar dahaga tetapi juga memerlukan tenaga untuk meneruskan pengembaraannya.


"Berapa harga susu ini?" tanya pemuda itu selepas menghabiskan susu tersebut.

"oh, percuma! Tak perlu bayar.  Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa saja kebaikan yang kita lakukan" Jawab budak perempuan itu.

Pengembara muda itu tersentuh hatinya dengan jawapan tersebut.
"Kalau begitu, saya hanya dapat mengucapkan terima kasih sahaja"  kata pemuda berkenaan, disambut dengan senyuman dan anggukan budak perempuan tersebut.

Sifat mulia budak perempuan itu memberikan kesan yang mendalam kepada pemuda tersebut.  Kejujuran dan keengganannya menerima sebarang bayaran, walaupun dirinya sendiri hidup dalam kedaifan sering bermain di fikiran pemuda berkenaan.

Tahun berganti, budak perempuan tersebut kini berusia 20an, diserang oleh penyakit kronik.  Dia dihantar ke sebuah hospital yang terkenal di tengah kota untuk dirawat oleh seorang doktor pakar dan seterusnya menjalani pembedahan.  Seorang doktor dipanggil untuk menangani kes budak tersebut.

Sejurus melihat wajah gadis dan alamat kediamannya, doktor tersebut segera terkenangkan saat dia meneguk segelas susu suatu ketika dahulu.  Tidak lain tidak bukan, inilah budak perempuan yang pernah memberikannya segelas susu dan kemudian berkata "Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa saja kebaikan yang kita lakukan".  Kini masanya untuk membalas jasa.  Doktor tersebut melakukan segala yang terdaya untuk menyelamatkan gadis tersebut.  Si gadis ditempatkan di wad untuk sekian lama.  Pembedahan dijalankan dan penyakit gadis berkenaan berjaya diubati.

Kini bayaran perlu dikenakan kepadanya.  Bil rawatan ditunjukkan kepada doktor berkenaan untuk pengesahan. Doktor tersebut menyelaknya sehelai demi sehelai.  Dia memerhatikan setiap angka yang tercatat pada bil tersebut, kemudian menulis sesuatu di bucu helaian yang terakhirnya.  Setelah itu, bil berkenaan dihantar ke alamat yang tertera, iaitu sebuah rumah kecil di pinggir ladang.

Gadis tersebut menggeletar sebaik menerima bil tersebut.  Helaian demi helaian dibeleknya.  Ternyata jumlahnya terlalu besar.  Tidak mampu untuk dia membayarnya.  Walau si gadis bekerja sepanjang hayat sekalipun, belum tentu dia dapat membayar bil yang dikenakan.

Jumlah-jumlah yang menakutkan terus terpapar, sehinggalah ke helaian yang terakhir apabila si gadis tersebut membaca catatan ringkas di bucunya.  Tulisan tersebut berbunyi...

"Sudah dibayar dengan segelas susu"
-Dr Howard Kelly-


Kisah ini merupakan sebuah kisah benar(diterjemahkan) yang terjadi pada seorang doktor.  Ianya terjadi kepada Dr Howard Kelly (1858-1943) yang merupakan salah seorang pengasas University John Hopkins, United State.  

with luv from abbeqs
Anugerah Terindah ^_^

Tuesday, October 5, 2010

Qualification test

Semalam Fakhrie kena menduduki ujian bagi membolehkan dia ditawarkan masuk ke sekolah agama tahun hadapan.  Aku yang seawal 6 pagi telah bangun kerana beria-ia hendak menghantarnya menduduki ujian tersebut.  Yang selalu aku banggakan, dia pun bangun awal walaupun hujung minggu.  Pasal sekolah, aku memang tidak pernah risaukan Fakhrie kerana dia tidak akan meninggalkan sekolah walaupun demam.

Fakhrie di hari peperiksaan

SKA Ibnu Qhaldun..Tempat Fakhrie menghadapi peperiksaan selama satu jam setengah.  Tersenyum dirinya apabila keretaku memasuki perkarangan sekolah tersebut.  Sekolah itu masih baru, dibuka pada tahun 2006 dan menempatkan pelajar dari tahun 1 hingga tahun 5 sahaja.  Jika Fakhrie terpilih memasuki sekolah tersebut, aku bersyukur.  Namun andainya dia tidak berjaya, aku tidak harus meletakkan silap dan salah dibahunya kerana dia telah berusaha sedaya upaya.  Masih banyak lagi sekolah-sekolah lain yang sama bagus seperti sekolah itu cuma mungkin bukan sekolah agama.
Selama satu jam setengah jugalah kami para ibu bapa mendengar taklimat dari guru besar sekolah tersebut bagi mengelakkan kami berdiri di pintu kelas memerhatikan anak-anak yang sedang menjawab soalan.  

wajah confident anak aku..hehehehe.

Setelah habis masa yang ditetapkan, Fakhri lantas keluar dari kelas.  Aku yang gelisah dari tadi betanya bagaimana soalan ujiannya.  Dengan tersenyum dia menjawayang soalannya dapat dia selesaikan dalam masa yang telah diberi tanpa meninggalkan satu soalan tanpa jawapan pun.  Aduhhh...Antara percaya atau tidak aku tersenyum.  Macam-macam aku soal padanya sewaktu kami berlalu dari sekolah itu tapi dengan selamba dia berkata..."jangan risau mummy, dapat jawab semuanya"..tidak sepatah jawapan yang mampu keluar dari mulut mongel aku ni.  hehehe

Apa yang aku harapkan, dia benar-benar dapat menjawab soalan itu dengan betul agar dapat terpilih memasuki sekolah tersebut walaupun namanya sudah sedia tersenarai di 2 buah sekolah lain untuk tahun hadapan.

Anugerah Terindah ^_^

Wednesday, September 29, 2010

gambar yang tertinggal

inilah gambar openhouse yang aku baru upload..hehehe

 sebelum tetamu datang..elok lagi tersusun..

 my biscuits and cakes..hehehe

haaa..nasik hujan panas, kari kambing, mushroom oyster, sate, soto with it ingredients

 Ieman..with is girlfriends..hahahaha
Fakhrie..dengan dunia legonya.

Anugerah Terindah ^_^

Tuesday, September 28, 2010

saje je..


Aku camni ke..hehehehe..

Anugerah Terindah ^_^

Tak Bergambar...

Takde pic nak upload.  Masih dalam kamera, malas nak edit.  Ni suma keje laki aku le..

Nak cerita dia jadi gak buat open house untuk kawan-kawan dia.  Mula-mula nak guna katering.  Aku tanya le nak menu apa, dia kata macam biasa...kari kambing, kari ayam, sayur,..bla bla bla.  So akucadangkan tak payah guna katering, biar aku yang masak.  Matanya terus je membulat..(dapat bayangkan tak? hehehe)..aku tau tu, dia tak confident kebolehan aku memasak ni.  Aku bagitau le yang aku nak buat soto jugak.  So menu aku soto, kari kambing, kari daging, mushroom oyster sauce, nasik hujan panas, sate dan kuah sate.  Dia ternganga dah.  aku hanya tersenyum.

Sehari sebelum nak buat tu, dia belikan semua bahan-bahan yang aku perlukan.  
Aku siap import mak dari kampung untuk menolong.  Aku pernah buat nasik hujan panas time student dulu, so takde yang susah sangat.  Soto tu aku mintak resepi dari kakak angkat aku.  Thankzzzz yaaa!!!...cuma bahan dia aku ubah sikit.  Soto tu nama dia soto banjar.  Bukan setakat guna nasik himpit je, siap guna, isi ayam, tauhu goreng, telur rebus, kentang goreng , bergedil(aku tak sempat buat)..kicapnye, pergghhh..pedassss...tu yang best tu.  Sup nya sudah semestinya rahsia aku dan kakak angkat aku tu.

Nasik tu cantik je kaler aku buat...isshhh..maner gambar ni...
Hari yang hubby aku tunggu pun tiba.  Dia siap berdiri di depan pintu menunggu tetamu.  Bukannya tak pernah buat openhouse, cuma kali ni dia excited sikit.  Start 11pagi-5ptg dia jemput kawan-kawan dia.  Nak tau, kami berdua dah sempat nak duduk melayan tetamu.  Makan pun tak sempat.  Terlalu ramai orang yang datang hingga aku tak menang tangan.  Huuhhhh..yang sempat aku dengar, kawan-kawan dia bagitau lauk pauk yang tersedia sedap.  Hubby melirik sambil tersenyum memandang aku.  They all likes the soto....yahooo.. bolehle aku buat bisnes katering lepas ni..

Anyway, thanks pada kawan-kawan hubby aku yang datang and sorry pada kawan-kawan aku..tak sempat nak jemput..tu pun lauk aku licinnnn..aku dan hubby hanya semapt rasa kuah sup je..hehehehehe


Anugerah Terindah ^_^

Wednesday, September 22, 2010

Penghujung raya

Ari ni dah 12 syawal..aku pun dah masuk keja.  Tapi bahang raya masih terasa kat mana-mana.  Openhouse sana, openhouse sini.  Hubby aku pun sama turut berbisik kat aku yang dia nak buat openhouse.  Aku tersenyum je..dah paham dah tu..

Raya tahun ni aku rasa meriah sikit.  Ramai saudara, sahabat handai datang ke rumah.  Mungkin sebab cuti aku panjang kot, so langkah aku pun dapat panjang gak.  Fakhrie dan Ieman pun seronok beraya sakan.  Penuh jugak poket babah diaorang sebagai tabung untuk duit raya.  Biasanya pas abis raya aku akan simpan duit tu masuk akaun diaorang.  Aku tak suka nak membelanjakan duit tu untuk diaorang beli barang yang diaorang nak.  Bagi aku, simpan lagi bagus.  Ada jugak untuk kegunaan diaorang sendiri di kemudian hari.

Balik kampung mertua pun sama jugak kemeriahannya.  Orang-orang kampung masih segak bergaya dengan baju melayu beserta sampin dan yang perempuannya berbaju kurung.  Kalau tahun-tahun lepas aku perhatikan raya ke 3 orang dah berbaju t-shirt je.  Takde dah baju melayu tu.  Alhamdulillah..terasa kemeriahannya.  So, kat sini aku tunjukkan je lah pic-pic Fakhrie dan Ieman time beraya..

 Fakhrie dan Ieman beserta sepupu mereka bergambar bersama nenek dan datuk.  Ieman tengah meragam..

Fakhrie bersama sepupunya yang paling rapat..teman seperjuangan. hehehehe. Awg Dzukran Zahiruddin.

on the way nak g umah atuk aku sebelah mak. ponat adoii..bawak Ieman dengan kasut hill di atas jalan batu..




kalau Fakhri rapat ngan abangnya, ieman pulak rapat ngan adiknya..Dyg Dania Zulaikha



Ieman di buaian milik auntie nya..

Anugerah Terindah ^_^

Related Posts with Thumbnails
Copyright© All Rights Reserved Danishsondblog.blogspot.com