Saturday, August 7, 2010

Jumaat Yang Indah

Hari ini hari Jumaat.  Cuaca hari ini cerah.  Hahaha.  Iutlah ayat yang biasa kita buat time sekolah dulu.  hari ni hubby aku tak keja.  Sebabnye sepatutnya dia dan geng-geng pergi ke laut untuk mengail, tapi terpaksa dibatalkan di saat akhir.  Sedih je muka tuan punya badan.  aku pulak yang jeles sebab dia dapat lambat bangun bersama Ieman, sedangkan aku..pegi keja..hmmmm.

Fakhrie pun asyik bertanya kenapa babahnya tidak pergi ke ofis.  dan seperti biasa aku akan menjelaskan satu persatu padanya.  Bukannya apa, dia tidak akan berpuas hati dengan jawapan yang terlalu ringkas.

Hari Jumaat, Fakhrie akan balik awal dari sekolah.  Sepanjang perjalanan pulang dari sekolah dia asyik bertanya babahnya masih ada di rumah atau telah keluar.  Aku pun tidak tahu hendak memberi jawapan kerana aku pun tidak tahu.  Setibanya kami berdua di rumah, ku lihat kereta suamiku ada di garaj.  Mmm.. dia menonton tv bersama dengan Ieman.  Fakhrie tersenyum.  Aku tahu apa yang bermain di benak fikiran nya.  Dia bimbang kalau-kalau babahnya akan keluar bersama Ieman tanpanya.
Waktu hampir zohor dan ku lihat suamiku sedang bersiap-siap untuk bersembahyang Jumaat di Masjid Maktap Perguruan Tun Abdul Razak kerana itu yang paling hampir dengan kawasan perumahan kami.

Fakhri hanya memandang dan sekaligus bertanya sebab dia jarang melihat babahnya bercuti pada hari Jumaat.  Suamiku lantas mengajaknya berjemaah di masjid itu sekali.   Ceria aje mukanya.  Tapi yang lucunya si Ieman pun menangis hendak mengambil baju melayu nya di dalam almari kerana dia hendak bersembahyang sekali.  Aku terpaksa memujuknya dengan memberikannya juga baju melayu dan aku bawa dia ronda-ronda sekejap.

wajah  Fakhrie yang bersedia untuk bersembahyang Jumaat bersama babahnya.

Ieman turut ambil kesempatan untuk menunaikan ibadah. heheheh

balik dari sembahyang, aku masakkan dia menu special..bagi aku lah..hehehe
honey chicken..

Anugerah Terindah ^_^

No comments:

Related Posts with Thumbnails
Copyright© All Rights Reserved Danishsondblog.blogspot.com