Nama yang indah sememangnya amat diinginkan setiap orang.Yalah, terasa bangga jika dipanggil dengan nama yang indah dan sedap didengar. Dan bukan senang untuk ibubapa mencari nama yang sesuai untuk anak-anaknya. Kadangkala berbulan-bulan mencari satu nama. Ada jugak keluarga yang mencadangkan nama untuk bayi yang bakal dilahirkan. Nak jadi cerita tu, ada yang bermasam muka jika nama yang dipilih tidak digunakan. Pencarian nama anak-anak merupakan permulaan perjalanan hidup seorang anak. Bak kata orang nama memainkan peranan yang penting dalam sahsiah anak-anak. Ianya turut merupakan doa (secara tidak langsung) dari orang yang memanggil kita. Agreed??
Alkisah hendak dijadikan cerita, nama timangan Ateh danUcil turut mempunyai cerita yang tersendiri. Nama asal mereka dicari dan dipilih sendiri oleh kami berdua berdasarkan ayat dan pengertian yang terdapat pada nama tersebut. Tak payah nak diceritakanlah k. Ianya straight forward Danish Fakhri dan Danish Ieman.
Ateh.. Nama timangan yang diberikan untuk Danish Fakhri. Jauh perbezaannya kan, tapi itulah nama timangan yang diberikan kepada budak hensem ini.
Nama Ateh diberikan oleh datuk Keli (my father inlaw). Sejak merah tapak kaki lagi, beliau dipanggil Puteh oleh datuknya. Tertanya-tanya juga kami berdua suami isteri,mengapa beliau dipanggil Puteh. Lantas kami tanyakan kepada datuknya, selamba je dia menjawab, sebab dia putih dari sepupu-sepupunya yang lain. Itu je??? Ok, sahut kami berdua.. Memang Ateh dari kecil berkulit cerah (nasib baik, x diberiknya nama cerah). Hahahaha... Setelah balik ke Samarahan, kami masih memanggilnya Puteh tapi last-last kami tukarkan kepada Ateh je, simple.
Empunya nama yang agresif, Ucil nama timangan diberi. Cerita tentang nama Ucil ni agak panjang ckit. Dari kecil lagi kami bercadang nak bagi nickname EE atau iman direct je kat Ucil ni. Tapi sesuatu yang sebaliknya terjadi kepadanya sewaktu usia menjangkau 1 bulan lebih. Masa tu dia dan mummynya masih kat Sri Aman.
Dalam usia yang semuda itu, Ucil memang agak sensitif dah. Merengek je... Petang-petang masuk je waktu maghrib, dia akan menangis semahu-mahunya tanpa bersebab. Tangisannya cuma akan reda jika dia tertidur keletihan akibat menangis yang agak lama. Berbagai cara dicuba untuk memujuknya namun tidak berjaya membuatnya diam, macam Ahmad Albab daaaa... Dari awal kelahirannya lagi sudah dapat kurasakan beliau akan menjadi gangguan makhluk halus. Tapi kupujuk hati dengan menyuruh datuknya membawa ucil ke hospital untuk overrule any medical condition.
Sampai kt hospital, setelah diperiksa oleh MO, tiadaapa-apa masalah pada diri Ucil.. Sahlah sudah,bukan urg lain empunya angkara. Dari kejauhan aku hanya mampu berdoa. Tidak kurang juga usaha yang dilakukan oleh kedua ibu bapa mertuaku, cuba berubat cara kampung. Beberapa org cerdik pandai di kampung datang cuba merawat Ucil. Adalah seorang dari mereka meminta agar nama Ucil ditukar. Aduh... tukar nama. Banyak keja tu.. So ditukarlah nama panggilan beliau sahaja dari Iman kepada Ucil.
Ingatkan ditukar nama pun baik tapi semakin menjadi pula gangguan tu. Akhirnya Ucil dibawa balik ke rumah kami. Yalah, nak cuba angin di rumah sendiri pulak. Selang berberapa hari kat rumah, Ucil ok, Alhamdulillah. Sehinggalah pada malam Jumaat yang seterusnya, Berjaya jugak benda alah tu memecah masuk ke rumahku. Bermula sekali lagi kisah tangisan Ucil pada waktu maghrib. Ucil Cuma berhenti menangis apabila dibawa masuk ke bilik. Di kawasan luar bilik, MasyaAllah, terasa kehadiran 'mereka' begitu ramai sekali. Sehinggalah Pakcu isteriku dipanggil bagi membuang benda tu. Ayat pertama Pakcu isteriku, "Hebat Ucil tuk kelak, ada Pendekar Berselendang Merah maok ngannya". " Kmk urang sik maok, hebat macam ni pun, kmk sik maok nya terus macam tuk" sindir isteriku. Atas usaha beliau, Ucil cuma dapat bertahan 2 3 hari sahaja.
Dalam hatiku berdetak, memang hebat juga benda tu, tapi dia lupa Allah lebih Berkuasa. Sehingga suatu hari, sewaktu maghrib, aku berbisik dengan isteriku, aku akan berkasar jugak dengan 'mereka'. Dengan pertolongan seorang sahabat baik, setelah melakukan rawatan secara batin, Ucil semakin pulih sehingga ke hari ini, Alhamdulillah.
Nah.. Begitulah bagaimana Ateh dan Ucil mendapat nama timangan mereka.
p/s
Anak-anakku..
Walau apapun yang terjadi pada kalian,
patah sayap, bertongkat paruh pun abah sanggup
demi kesejahteraan kalian..
With luv from abbeqs..
1 comment:
memang masih teringat macam mana ucil time kecik-kecik dulu..tapi demi kasih sayang, kami sanggup buat apa saja wpun berjaga siang dan malam.
Post a Comment