Tuesday, July 5, 2011

Mari Berpesta!!

Hujung minggu ni tadi, aku dan anak-anak balik ke kampung.  Yelah, anak aku dapat balik awal ari jumaat tu, so aku pecut terus balik kampung.  Hubby pulak bawak team footballnya ke Sarikei.  Lupa lak nak bagitau, si Fakhrie baru amik buku laporan ari jumaat tu.  Alhamdulillah..dia dapat tempat kedua untuk ujian penggal.  Very proud of him.
  
Mmmmm..nilah pintu gerbang yang akan menyambut kedatangan setiap kali kitaorang balik ke kampung. Hehehehe.  Kecewa sikitla sebab aku tak dapat bawak kamera DSLR aku tu sebab hubby cakap dia nak bawak pego ke Sarikei.  Melepas la aku nak amik scene menarik time pesta ni..terpaksalah aku amik guna Blackberry ni je..tak cantikla bila edit..huhuhuhuhu.

Aku jalan awal pagi dah tengok bendalah ni dah sepanjang pasar. Aduhh..kepala aku mula pening.  Aku bukannya suka sangat pegi tempat crowded camni.  Cuma kesian tengok si Fakhrie and Ieman je, tu aku jenguk gak pesta ni.  Memang terlampau banyak orang kat sini.  Asalkan si Fakhrie and Ieman happy, takpleah.  Kitaorang redah jugakla kemeriahan ni.  Segala macam benda yang dijual.  Aku tak sempat nak amik gambar.  Hehehehe.  Ieman mula merengek kepanasan. Mmmm...satu alasan untuk aku beredar dari pesta yang meriah tu.  Tapi sebelim tu, mereka berdua mesti nak aku belikan sesuatu.  Memang tak berbaloi mainan yang dua beradik ni nak..


Mmmmm..tengokla tu, sorang sebiji belon tu.  Tapi tak sampai ke petang belin si Fakhrie dah 'cedera' dah.  Hahahahaha.  Datuknya belikan lagi pulak tu.  Aduhhh..

 Aku ada satu tempat je suka pegi kalau balik kampung ni.  Pasar Tamu..  Memang best tengok sayuran, kuih-muih dan tangkapan kat sini.  Apatah lagi aku dan hubby suka pegi awal pagi merempit.  Hehehehehe.  Memang best, dahla murah.  Memang aku selalu borong punya. 

Ni pulak makanan yang aku mesti carik kalau ada pesta benak.. Lemantak..dalamnya ada inti udang tau..sodapnya tak terkata...carikla kat kampung aku.  Tu pun kalau jumpa.  Hehehehehehe.


Anugerah Terindah ^_^

No comments:

Related Posts with Thumbnails
Copyright© All Rights Reserved Danishsondblog.blogspot.com