Thursday, November 10, 2011

Hati Abah....Anak-anak tak tahu....

Terasa malas pula bekerja hari ini.  Yalah, dekat-dekat nak hujung tahun ni yang paling malas aku buat adalah SKT.. Bukan apa, nak menilai kakitangan bawahan merupakan sesuatu yang aku rimas nak buat.  Tapi apabila dah dipertanggungjawabkan, terpaksalah jugak dilakukan.  Biarlah... aku buat penilaian atas apa yang mereka berikan dalam memastikan semua yang dipertanggungjawabkan terhadap mereka berjalan dengan lancar.  Dalam melakukan penilaian, aku terasa nak share sumting yang aku lupa, sering lupa nak jelaskan kat anak-anak aku....APA YANG ANAK-ANAK AKU TAK TAHU TENTANG APA YANG AKU RASAKAN SEBAGAI SEORANG AYAH.  Jua untuk kita selaku anak kepada seorang ayah.. cer baca...
  
Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya abahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja abah pulang bekerja dengan wajah yang letih abahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian.......
 
Saat kita sakit@demam, abah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".  Tapi tahukah kamu bahawa abah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Abah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa abah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi abah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka abah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,abah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, abah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Abah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Abah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari abah..Abah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat abah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..abah pun tersenyum bahagia..
Apa kita tahu,bahawa abah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Abah menangis kerana abah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu abah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..
Terasa my cute son still masih seperti dulu.... still small n baby..
with luv from Abbeqs..

Anugerah Terindah ^_^

No comments:

Related Posts with Thumbnails
Copyright© All Rights Reserved Danishsondblog.blogspot.com