Wednesday, November 16, 2011

La Tahzan (Jangan Bersedih)

Dalam kesibukan hari ini, terbukak laman ini, terpaku seketika... One of the best pendakwah i have ever know: Dr Mohd Asri Zainul Abidin.  Ringkas namun amat mendalam.. Subhanallah..



Jika Allah uruskan urusan kita
dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita walaupun sekelip mata..
Dunia dan manusia boleh berbuat apa apa
tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah..
Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas
Kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah SWT
Apa yang orang rasa rugi
Allah akan memberikan keuntungan yang mana.. jalan jalan manusia tidak sangka…
Tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan..
“Lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat-Nya.” (Hamka)
Dan kita pun lupa kadang-kadang untuk bersyukur
di atas pelbagai ranjau hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya
Masihkan kita teringat akan nikmat yg Allah berikan selama ini?
Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru
dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini…
suatu nikmat yang besar
“Yang ada ini sudah harapan kita.” (Hamka)
Bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada
tetapi jangan lupa yang telah ada…
Bersyukurlah wahai diri ini
Ramai orang terpaksa sabar
tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur…
“Ya Allah apa sahaja yang aku alami
daripada nikmat-Mu, daripada kurniaan, daripada sesiapa di kalangan hamba-Mu…
Tidak ada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan
bagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran…”

Kadang-kadang kita lalai... untuk renungan dan iktibar..

With love from abbeqs
Anugerah Terindah ^_^

No comments:

Related Posts with Thumbnails
Copyright© All Rights Reserved Danishsondblog.blogspot.com