Wednesday, August 25, 2010

Di sebalik nama Ateh dan Ucil.

Nama yang indah sememangnya amat diinginkan setiap orang.Yalah, terasa bangga jika dipanggil dengan nama yang indah dan sedap didengar.  Dan bukan senang untuk ibubapa mencari nama yang sesuai untuk anak-anaknya.  Kadangkala berbulan-bulan mencari satu nama.  Ada jugak keluarga yang mencadangkan nama untuk bayi yang bakal dilahirkan.  Nak jadi cerita tu, ada yang bermasam muka jika nama yang dipilih tidak digunakan. Pencarian nama anak-anak merupakan permulaan perjalanan hidup seorang anak.  Bak kata orang nama memainkan peranan yang penting dalam sahsiah anak-anak. Ianya turut merupakan doa (secara tidak langsung) dari orang yang memanggil kita.  Agreed??

Alkisah hendak dijadikan cerita, nama timangan Ateh danUcil turut mempunyai cerita yang tersendiri. Nama asal mereka dicari dan dipilih sendiri oleh kami berdua berdasarkan ayat dan pengertian yang terdapat pada nama tersebut.  Tak payah nak diceritakanlah k.  Ianya straight forward Danish Fakhri dan Danish Ieman.

Ateh.. Nama timangan yang diberikan untuk Danish Fakhri.  Jauh perbezaannya kan, tapi itulah nama timangan yang diberikan kepada budak hensem ini.



Nama Ateh diberikan oleh datuk Keli (my father inlaw). Sejak merah tapak kaki lagi, beliau dipanggil Puteh oleh datuknya.  Tertanya-tanya juga kami berdua suami isteri,mengapa beliau dipanggil Puteh.  Lantas kami tanyakan kepada datuknya, selamba je dia menjawab, sebab dia putih dari sepupu-sepupunya yang lain.  Itu je???  Ok, sahut kami berdua..   Memang  Ateh dari kecil berkulit cerah (nasib baik, x diberiknya nama cerah).  Hahahaha... Setelah balik ke Samarahan, kami masih memanggilnya Puteh tapi last-last kami tukarkan kepada Ateh je, simple.

Empunya nama yang agresif, Ucil nama timangan diberi.  Cerita tentang nama Ucil ni agak panjang ckit.  Dari kecil lagi kami bercadang nak bagi nickname EE atau iman direct je kat Ucil ni.  Tapi sesuatu yang sebaliknya terjadi kepadanya sewaktu usia menjangkau 1 bulan lebih.  Masa tu dia dan mummynya masih kat Sri Aman.


Dalam usia yang semuda itu, Ucil memang agak sensitif dah.  Merengek je...  Petang-petang masuk je waktu maghrib, dia akan menangis semahu-mahunya tanpa bersebab. Tangisannya cuma akan reda jika dia tertidur keletihan akibat menangis yang agak lama.  Berbagai cara dicuba untuk memujuknya namun tidak berjaya membuatnya diam, macam Ahmad Albab daaaa...  Dari awal kelahirannya lagi sudah dapat kurasakan beliau akan menjadi gangguan makhluk halus.  Tapi kupujuk hati dengan menyuruh datuknya membawa ucil  ke hospital untuk overrule any medical condition.

Sampai kt hospital, setelah diperiksa oleh MO, tiadaapa-apa masalah pada diri Ucil.. Sahlah sudah,bukan urg lain empunya angkara.  Dari kejauhan aku hanya mampu berdoa.  Tidak kurang juga usaha yang dilakukan oleh kedua ibu bapa mertuaku, cuba berubat cara kampung.  Beberapa org cerdik pandai di kampung datang cuba merawat Ucil.  Adalah seorang dari mereka meminta agar nama Ucil ditukar. Aduh... tukar nama. Banyak keja tu.. So ditukarlah nama panggilan beliau sahaja dari Iman kepada Ucil.

Ingatkan ditukar nama pun baik tapi semakin menjadi pula gangguan tu.  Akhirnya Ucil dibawa balik ke rumah kami.  Yalah, nak cuba angin di rumah sendiri pulak.  Selang berberapa hari kat rumah, Ucil ok, Alhamdulillah.  Sehinggalah pada malam Jumaat yang seterusnya, Berjaya jugak benda alah tu memecah masuk ke rumahku.  Bermula sekali lagi kisah tangisan Ucil pada waktu maghrib.  Ucil Cuma berhenti menangis apabila dibawa masuk ke bilik. Di kawasan luar bilik, MasyaAllah, terasa kehadiran 'mereka' begitu ramai sekali.   Sehinggalah Pakcu isteriku dipanggil bagi membuang benda tu.  Ayat pertama Pakcu isteriku, "Hebat Ucil tuk kelak, ada Pendekar Berselendang Merah maok ngannya".  " Kmk urang sik maok, hebat macam ni pun, kmk sik maok nya terus macam tuk" sindir isteriku. Atas usaha beliau, Ucil cuma dapat bertahan 2 3 hari sahaja.

Dalam hatiku berdetak, memang hebat juga benda tu, tapi dia lupa Allah lebih Berkuasa.  Sehingga suatu hari, sewaktu maghrib, aku berbisik dengan isteriku, aku akan berkasar jugak dengan 'mereka'.  Dengan pertolongan seorang sahabat baik, setelah melakukan rawatan secara batin, Ucil semakin pulih sehingga ke hari ini,   Alhamdulillah.

Nah.. Begitulah bagaimana Ateh dan Ucil mendapat nama timangan mereka.

p/s
Anak-anakku..
Walau apapun yang terjadi pada kalian,
patah sayap, bertongkat paruh pun abah sanggup
demi kesejahteraan kalian..

With luv from abbeqs..

Anugerah Terindah ^_^

Tuesday, August 24, 2010

Roh di bulan Ramadhan




Aku teringat pada satu cerita kawanku mengenai roh di bulan Ramadhan..sungguh menarik, dan aku kira tidak rugi andainya aku kongsikan bersama kalian.  Dia dapat cerita ni time berjemaah di masjid.  Moga kita sama-sama mendapat iktibar daripada apa yang ingin aku sampaikan.

Bismillahirrahmanirrahim..

Menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh mahfuz memohon kepada Allah s.w.t untuk kembali ke bumi.  Ada yang dibenarkan pulang, dan ada yang sebaliknya.  Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat ataupun ada penajamin-penjamin yang mendoakan mereka.  Manakala roh yang tidak dibenarkan pulang adalah kerana kesalahan semasa hayat mereka, dan mereka akan terus dipenjarkan di Luh Mahfuz.

Roh yang dibenarkan pulang akan melakukan perkara yang pertama iaitu..pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka.  Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak-anak mereka, ke rumah orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka beserta harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah yakni doa untuk bekalan mereka.  Hal ini berlarutan hingga tibanya Aidilfitri di mana mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad mereka dan pulang dengan bekalan yang diberikan oleh mereka yang masih hidup. 

Di sini ingin aku memberitahu betapa hikmahnya kasih sayang Allah.  Alangkah bahagianya seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan orang-orang yang masih hidup.  Oleh itu, jangan biarkan mereka yang telah pergi mengadapNya sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita kerana sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak-anak yang soleh dan solehah, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.

Itulah cerita yang hendak aku sampaikan.  Mungkin ada bahasa aku yang tonggang terbalik, tapi aku harap aku dapat menyampaikan apa yang tersirat di sebaliknya.  Tidak perlu kita hanya mengingati mereka di bulan Ramadhan, namun sentiasa mendokan mereka sepanjang masa.

Tiab-tiba aku terkenangkan arwah datuk yang meninggal di bulan puasa tahun lepas.  Moga dia berada bersama orang-orang yang beriman. 
Tidak lupa pula aku mendoakan kesihatan kepada kedua orang tuaku, dan kedua  mertuaku.  Moga sihat selalu dan dipanjangkan usia.  Amin.

Anugerah Terindah ^_^

Monday, August 23, 2010

shopping raya..

wajah happy nak g shopping..



Semalam, my hubby ajak aku dan anak-anak pegi membeli belah untuk persiapan raya.  Satu tabiat laki aku ni, dia tak suka berasak-asak time orang ramai.  Baik pegi sekarang katanya, tapi aku yang bingung..sebabnya duit gaji tak masuk lagi.  Tapi oleh sebab hubby aku yang ajak, maknanya aku goyang tangan le..hehehe.
Fakhri gembira je sebab dari dulu lagi dia dah sibuk bertanya kenapa bulan puasa ni takde pegi jalan-jalan.  Aku bukan apa, nanti Ieman merengek nak makan, takkan aku nak masuk ke food court pulak. Teringat time aku pregnant Ieman dulu, aku teringin nak berbuka dengan kfc, so aku beli tengahari sebab Fakhri nak makan.  Masuk je aku dalam kfc dengan perut memboyot, aku order menu. Tapi yang tak sedapnya, mata orang sekeliling memerhatikan aku.  Seorang ibu yang mengandung, bertudung membeli kfc.  Rasa nak aku jerit je kat semua orang dalam tu yang aku juga berpuasa.  Tapi lantaklah, itu hak diaorang nak kata apa.  

Fakhri sibuk membelek baju kegemarannya..

Beralih pada kisah aku shopping ni, lokasi yang aku pilih adalah Spring.  Entahla, aku sukakan Spring bebanding dengn mana-mana kompleks membeli-belah yang lain.  Mungkin sebab ia dekat dengan rumah aku kot.  Kami terus ke tingkat pakaian kanak-kanak sebab itu keutamaan kami.  Aku biarkan Fakri memilih bajunya sendiri.  Atleast aku tahu minatnya.  Sedangkan Ieman leka duduk bermain di dalam strollernya.  Dia dan suamiku memilih baju Ieman tapi last-last mata aku jugak yang diharapkan.  Hubby aku mula pergi ke tempat perkakas rumah.  Mmmm..Mesti ada yang dia nak ni, getus hatiku.  Tak lama selepas itu, kuperhatikan dia mula memanggil aku.  Sah..dia nak beli vacuum cleaner.  Aku hanya mengangguk.  

Fakhri buat lawak pulak..

Waktu aku sibuk-sibuk memilih pakaian Fakhri, dia memanggil aku sambil berkata.."mummy, dah jumpa baju".  Sekali aku terpandang, dia memegang sepasang baju kurung.  Mmm..buat lawak Fakhri ni.  Dia hanya tersenyum.  Aku bertanya "nak ke", dia menggeleng. Saje le tu, nak perli aku kot sebab aku takde anak girl. Takpe le kan. Kami bahagia dengan mereka berdua.  Akhirnya, aku jumpa juga pakaian untuk Fakhri dan Ieman.  Pastu aku sempat gak menyambar tempat letak kuih untuk tahun ni.  Hubby hanya tersenyum..ada makna senyuman tu.  Aku tau benda tu semua banyak dah dalam almari.  Pelbagai corak dan warna.  Tapi, dah aku berkenan dengan yang itu pulak..hehehehe.  Nanti aku tunjuk ye..surprise..
Ieman pulak, asyik bermain dengan patung diluar kedai.  Dia tidak berapa gemar memilih baju.  Tambahan pula, dia belum tahu lagi baju mana yang dia nak.  Semuanya ditanganku untuk membuat keputusan.  Aku belikan baju yang seakan-akan sama kaler dengan abangnya.  Mereka berdua tersenyum.  Setujule tu.  

Ieman dengan aktivitinya sendiri.

Hubby siap bertanya aku nak beli apa.  Nak baju, aku menggeleng.  Nak kasut, aku menggeleng.  Pastu aku menunjuk ke satu tempat.  Nak tau..hehehe. Kat bawah ni ada pic tempat tu.  Tempat yang menjadi kegemaranku selalu...hehehehe..daaaa..

habib jewels..hehehehe

Kami balik dalam kepenatan, namun puas.  Thank you mr hubby..luv u so much..Sampai je di rumah, ketiga-tiga mereka terus tidur.  Dan aku, meneruskan rutin harian, menyediakan juadah berbuka untuk petang itu.

Anugerah Terindah ^_^

Wednesday, August 18, 2010

Nafsu atau kehendak??

Hari ke 8 puasa..aku masih bertahan tanpa meninggalkan sehari pun.  Alhamdulillah.  Fakhri..cukup sampai matahari tegak di kepala sahaja dia dapat bertahan.  Selepas itu, dia mula merengek meminta air.  Apatah lagi bila si Ieman mula mengacahnya dengan makanan di tangan.  Namun aku bersyukur, dalam usia semuda itu Fakhri telah mula melakukan ibadat puasa.  Aku sendiri dulu pun masih tidak dapat menahan lapar ketika usia itu.
Hari ke 8 ini juga aku mampu bertahan untuk tidak menjenguk bazar ramadhan yang selalu menjadi sebutan orang.  Bukan aku tidak mahu turut memeriahkan tapi aku tidak mahu tergoda dengan makanan-makanan di situ.  Aku sudah penat dan jemu bila kualiti makanan yang dibeli tidak seperti yang diharapkan.  Sudahnya, makanan itu akan masuk ke tong sampah.

Dah berapa hari ni aku masak je apa yang aku tpikir nak masak. Tomyam, tauhu sumbat, popia goreng, kuih koci, kuih melaka, karipap daging, kueteow goreng, sardin roll antara menu yang aku sediakan dengan air tangan sendiri.  Memang happy tengok suami dan anak-anak makan masakan kita.  Yelah, dahla aku letak inti banyak banyak, besa dan gerenti sedap. hehehehe.

Tengok je le makanan yang aku sediakan sendiri ni.  Walaupun mungkin bagi orang lain rupanya atidak menarik, tapi rasanya sodappppp!!!! Tak perlu aku nak hias-hias makanan ni sebab nanti masuk perut gak.

Tu ayat suami aku la..jangankan nak menghias makanan, kalau aku buat sup tulang ke, sup daging ke yang aku bubuh daun sup dan daun bawang, dia dah kata 'makanan berhias'. mmmm...

 ni bahan tomyam aku..hubby tengah beli ayam time ni, so takde pic ayam. hehehe

 vege yang aku suka dalam tomyam

 haa..ni tauhu sumbat untuk berbuka..montel je aku buat.

 kueteow kerang..hitam je kan. tapi sedap tau. licinnn..hehehe

karipap daging dan popia goreng.  Inti nya memang pure daging. nyum nyum..

Ada baiknye jugak kalau kita masak sendiri ni.  Jimat belanja, kualitinya kita tahu.  Dan yang penting, mudah nak buat.  Walaupun aku balik pukul 5 petang, tapi aku sempat lagi menyediakan juadah berbuka untuk keluarga tersayang.  Hati pun gembira bila melihat mereka gembira makan.

Selamat berbuka..

Anugerah Terindah ^_^

Monday, August 16, 2010

singapore..chicken rice la..

Pink..best kan pelamin pink.  Memang seronok bila si jejak juga bersetuju untuk menggunakan tema kaler ni sebab kebanyakan si jejaka ni tidak berapa berminat dengan kaler PINK.
Ni sebelum PUASA, ade anak kawan my hubby kawin.  Dengan anak Dato'..woww..tapi dah nama cinta suma tu tak penting kan??
Aku lupak lak nak pubish post ni.  Takpe, time bulan pose ni aku post je lah.  Tapi ingat, ni sebelum pose ye, mane ada orang nak buat majlis kawin time bulan pose.  Kalau nak save budget, bolehle. hihiihi.  Tapi takut takde tetamu nak datang pulak.

Ni diaorang punya door gift.  Pink jugak. hehehe.  Anak aku ingat dalam tu ada gula-gula.  Tapi potpouri je.  Boleh buat hiasan kan.

Ni satu lagi gift.  Tengok je diaorang punya kreativiti.  Cantik kan, sayang pulak nak minum air ni.

Tapi pastu anak-anak aku ajak pegi tempat kegemaran diaorang pulak.  Perut aku pun masih lapar sebab kat majlis tadi tak dapat nak makan banyak.  hehehe. kontrol ayu.
Tanya kat diaorang nak makan kat mane, jawapannya tak lain tak bukan SINGAPORE CHICKEN RICE.
Huhuhu..aku lebih sukakan secret recipe ke, kluang station ke, tapi takpelah demi selera anak-anak.

Tengok je le si Ieman ni, memilih menu.  Memang tak sah kalau dia tak diberikan carta menu tu.  Last-last mintak roasted chicken rice jugak.

Abang sedang asyik memilih.  Tengah memilih ke mengeja tu? hahaha.

Ini le favourite kedua beradik..roasted chicken rice.

Dan sudah semestinya harus disertai dengan kailan oyster.  Kalau tak, tak sah.

Aku tak order tu, aku makan salad chicken rice tapi lupa lak nak amik pic dia sebab aku dah habiskan awal dah. hahaha.  Bila dah habis baru aku teringat pic nasik aku takde.  Tapi kalau nasik ayam ni memang my family suka singapore chicken rice.  Sedap berbanding yang tempat lain.
Keluar dari tempat tu, mata aku masih melilau menjeling ke arah secret recipe..durian cheese cakes n spagetti meatball..i'll will come..after fasting la.

Anugerah Terindah ^_^

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan..alhamdulillah..




Ramadhan menjelma lagi.  Alhamdulillah..Saat yang ditunggu-tunggu oleh setiap umat Islam untuk menunaikan ibadah tersebut.  Ada yang tersenyum dan tak mustahil ada juga yang mengeluh.  Tapi tidak perlulah aku membuka aib orang lain di bulan yang mulia ini.  Moga setiap orang menginsafi kesilapan diri sendiri sementara masih ada peluang. 

Pagi tadi seawal jam 3 pagi aku bangun untuk menyediakan juadah untuk bersahur.  Makanan lebih semalam turut aku panaskan.  Suami ku siap buat ikan pari panggang untuk bersahur ni.  Yummy.. Aku sempat menjenguk jiran sebelah.  Masih gelap keadaan rumahnya.  Mungkin dia bersahur lewat sedikit kot, getus hatiku.  Tak apalah.  Ieman dan Fakhri masih lena tidur sementara aku menyediakan lauk.

Selesai sudah lauk ku sediakan di atas meja, aku kejutkan Fakhri untuk bersahur sekali.  Walaupun baru berusia 6 tahun, aku mahu dia turut berpuasa dan merasai kehebatan bulan Ramadhan.  Aku tidak menjanjikan apa-apa padanya sepertimana yang biasa orang lakukan untuk menggesa anak berpuasa kerana aku mahu dia berpuasa dengan keikhlasan hatinya sendiri. Itu yang penting. Kejujuran dan keikhlasan.

Fakhri tidak banyak kerenah sewaktu aku mengejutkannya.  Sekali je aku panggil namanya, dia terus membuka mata dan bangun.  Terus duduk di meja makan.  Aku suruh dia menggosok gigi dan membasuh muka dahulu.  Tapi, dia merengek tidak mahu makan nasi dan meminta aku membuatkan mee sup untuknya.  Aku hanya tersenyum.  Aku buatkan maggi sup untuknya.  Yelah, mana aku nak dapatkan mee sup di waktu ini.  Habis je mee sup tu dia segera mintak aku buatkan air kegemarannya..RIBENA..dan terus masuk bilik. Dia lantas berkata bimbangkan adiknya tidur keseorangan.  Mmm..abang yang baik.

Aku masih leka mengemas sisa lauk pauk sementara hubby aku menonton tv.  Spa Q..best gak tengok time ni.  Tapi mata aku masih mahu memejamkan mata.  Lantas akau berbaring sementara menunggu azan subuh berkumandang.

Seperti biasa Fakhri bangun untuk turun ke sekolah.  Selesai berkemas mengenakan baju uniform tadikanya, selamba je dia mintak Ribena lagi padaku.  Aik, aku lantas mengingatkan dia bahawa dia berpuasa.  Dia lantas menjawab "untuk sekali ni je".  Geli hati ku mendengar jawapannya.  Aku lantas menerangkan padanya sekali lagi tentang ibadah puasa.  Oooo..katanya menjawab.  Dia terus mengambil beg sekolahnya.

Aku hanya berharap dia mampu bertahan hingga masuk waktu berbuka.  Walaupun kesian aku melihatnya, tapi aku harus mendisiplinkan nya untuk menunaikan ibadah wajib tersebut.  Aku berdoa moga dia sentiasa terlindung di bawah rahmatNya.  Amin

Anugerah Terindah ^_^

Saturday, August 7, 2010

Jumaat Yang Indah

Hari ini hari Jumaat.  Cuaca hari ini cerah.  Hahaha.  Iutlah ayat yang biasa kita buat time sekolah dulu.  hari ni hubby aku tak keja.  Sebabnye sepatutnya dia dan geng-geng pergi ke laut untuk mengail, tapi terpaksa dibatalkan di saat akhir.  Sedih je muka tuan punya badan.  aku pulak yang jeles sebab dia dapat lambat bangun bersama Ieman, sedangkan aku..pegi keja..hmmmm.

Fakhrie pun asyik bertanya kenapa babahnya tidak pergi ke ofis.  dan seperti biasa aku akan menjelaskan satu persatu padanya.  Bukannya apa, dia tidak akan berpuas hati dengan jawapan yang terlalu ringkas.

Hari Jumaat, Fakhrie akan balik awal dari sekolah.  Sepanjang perjalanan pulang dari sekolah dia asyik bertanya babahnya masih ada di rumah atau telah keluar.  Aku pun tidak tahu hendak memberi jawapan kerana aku pun tidak tahu.  Setibanya kami berdua di rumah, ku lihat kereta suamiku ada di garaj.  Mmm.. dia menonton tv bersama dengan Ieman.  Fakhrie tersenyum.  Aku tahu apa yang bermain di benak fikiran nya.  Dia bimbang kalau-kalau babahnya akan keluar bersama Ieman tanpanya.
Waktu hampir zohor dan ku lihat suamiku sedang bersiap-siap untuk bersembahyang Jumaat di Masjid Maktap Perguruan Tun Abdul Razak kerana itu yang paling hampir dengan kawasan perumahan kami.

Fakhri hanya memandang dan sekaligus bertanya sebab dia jarang melihat babahnya bercuti pada hari Jumaat.  Suamiku lantas mengajaknya berjemaah di masjid itu sekali.   Ceria aje mukanya.  Tapi yang lucunya si Ieman pun menangis hendak mengambil baju melayu nya di dalam almari kerana dia hendak bersembahyang sekali.  Aku terpaksa memujuknya dengan memberikannya juga baju melayu dan aku bawa dia ronda-ronda sekejap.

wajah  Fakhrie yang bersedia untuk bersembahyang Jumaat bersama babahnya.

Ieman turut ambil kesempatan untuk menunaikan ibadah. heheheh

balik dari sembahyang, aku masakkan dia menu special..bagi aku lah..hehehe
honey chicken..

Anugerah Terindah ^_^

Related Posts with Thumbnails
Copyright© All Rights Reserved Danishsondblog.blogspot.com