Sabtu yang lepas, excited je aku bangun nak kejutkan fakhrie sebab dia awal-awal dah bagitau hari sabtu ada kelas gantian. Aku dengan tidak semena-mena terus percaya coz dia nie pengingat orangnya. Lagipun, jadual kelas gantian tu hubby aku dah bakar sekali bersama dengan surat-surat yang dah lama. Fakhrie siap bagitau cikgu suruh bawak tasbih sebab hari tu nanti cikgu nak ajar sembahyang. Mmmm..bagus nie, hatiku berkata.
Kali pertama aku kejutkan masih tidak bergerak tubuhnya yang diselimuti comforter buatan auntie lia nya(promo nie..hahaha). Kali ke 3 aku kejutkan dia barulah dia bangun sambil menggosok mata. Sekali lagi aku bertanya padanya, betul ke hari ni sekolah. Dan dia lantas mengangguk. Sekali lagi dia mengingatkan aku akan tasbih yang akan dibawanya pada hari itu. Suamiku mempunyai 3 tasbih dan dia memilih tasbih yang diperbuat dari kayu. Tasbih itu adalah peninggalan arwah datuk suamiku. Tiba-tiba teringatkan nya..arwah selalu menyuruh Fakhrie menghafal surah tiap kali kami balik ke kampung. Dan dia akan tersenyum bangga bila anak sulungku itu berjaya menghafal surah Kursi walaupun baru berusia 5 tahun pada ketika itu.
Mmm..terharu bila terkenangkan arwah datuk.. Berbalik pada kisah anakku si Fakhrie ni. Aku bekalkan dia dengan dua keping roti sandwich berinti tuna kegemarannya, nugget daging dan air jus mangga. Sambil menyanyi aku dan Fakhrie masuk ke dalam kereta sementara adiknya Ieman masih lena tidur di pangkuan babahnya.
Sepanjang perjalanan ke sekolahnya aku sedikit hairan kerana tidak ada pulak aku bertembung dengan kereta-kereta lain yang menghantar anaknya ke sekolah yang sama dengannya. Hairan..detik hatiku. Mungkin aku lewat kot..aku berkata lagi. Kulihat jam pagi itu menunjukkan pukul 7.45pg. Patutlah..aku dah terlewat. Sepatutnya Fakhrie dah masuk ke dalam kelas sembahyang ketika ini. Aku mempercepatkan kereta(aik, betul ke ayatku ni?) namun sampai je di perkarangan sekolah apa yang kuperhatikan sekolahnya lengang tanpa ada seorang manusia pun di situ. Pintu-pintu kelas juga tertutup rapat. Kuperhatikan Fakhrie, dia hanya tertunduk membisu. Tanpa berkata apa-apa aku memandu kereta balik.
Aku tidak salahkan Fakhrie. Kesian dia bangun awal di hujung minggu. Siapa yang patut aku salahkan?? Hubby aku ke, kerana dia yang gatal-gatal tangan bakar jadual tu. Atau Fakhrie, yang tidak mendengar arahan gurunya betul-betul. Atau...AKU..yang langsung tidak mahu bertanya pada gurunya ataupun kawanku yang mempunyai anak satu sekolah dengan Fakhrie. Takpe, yang penting sampai je kat umah aku terus goreng mee untuk aku dan Fakhrie makan. Babah dan Ieman...mmm..masih dibuai mimpi...
1 comment:
cikgu tu yang bersalah, hehehe...
Hari sabtu ni ada urg sekolah.. hahahaha
Post a Comment