Monday, July 26, 2010

sakitnya...

Hari Khamis yang lepas, aku dipanggil Dr Ammarusay, katanya Boss nak aku assist dia buat satu kes AVF(pintasan arteri dan vena) untuk pesakit dialysis. Terdetik di hatiku, sejak akhir akhir ini jarang pulak Dr Teh nak aku assist dia untuk kes AVF. Mungkin hanya tinggal aku sorang je PPP yang ada di jabatan time ni kot. Yang 2 orang lagi tu, tengah menghadiri Kursus Urologi di Hospital Selayang. Aku sukar membantah bila diarahkan untuk membantu Boss, tambahan dalam benakku, mesti kes ini menarik.

Jam 1.45 aku pegilah ke Daycare OT, menyediakan apa yang perlu untuk pembedahan tersebut. Usai semuanya, aku lepak jap kat pantri menunggu pesakit tersebut sampai. Di luar ada seorang budak menunggu bersama emaknya. Aku menunggu hampir 15 minit, at last Misi kt kaunter masuk ke pantri dan tanya, bila nak mulakan kes, selambe ja aku kata, pesakit belum sampai lagi.

Berkerut muka si Misi, lantas menunjuk ke arah budak tersebut dan berkata, "Tu, dari tadi dah menunggu". Laaaa.... Pesakit aku rupanya..

Aku terus menghampiri budak tersebut, menanya apa yang perlu.. Kebanyakannya, si ibu yang bersuara menjawab semua soalanku.
Tergenang air mataku mengenangkan nasib si anak(tak payahlah aku namakan beliau di sini). Dia mempunyai koleksi penyakit yang pelbagai sejak dari kecik lagi. Bermacam-macam pembedahan pernah dilakukan kepada beliau. Terdapat berberapa parut pembedahan di kedua2 tangan dan perutnya. Dari riak wajahnya, aku tau beliau menahan derita yang amat sangat, tapi dia tetap senyum bila aku berseloroh dengannya.

Menunggu Boss sampai, aku pimpin budak tersebut(matanya tidak dapat melihat dengan baik) di katil pembedahan dan cuba untuk menenangkan dia dan ibunya. Sejurus selepas ibunya ku suruh keluar, budak tersebut memanggilku:

"Uncle, operation tuk lamak sik" tanyanya..

Serba salah aku menjawabnya, tadi aku dah periksa kedua-dua tangannya untuk AVF atau BCF tapi, kebanyakan salur darah yang ada di kedua2 tangannya telah collapse, bekas kesan pembedahan VF dan BCF yang terdahulu semuanya dah tidak dapat digunakan lagi...

"Ntahlah dik, kita tenguk dulu k, kalau semuanya ok, tak lamalah tu" Aku menjawab dengan was was.

Sampai sahaja Boss aku kat bilik bedah berkenaan, terus aku bertanya:

"Boss, how we going to do with all the collapse vein and hardened AVF, BCF done before"

Beliau hanya menjawab, "We do our best and just pray"

Ya Allah, betapa besarnya ujian Mu terhadap budak ini, yang belum kenal dengan dunia, belum mengecapi keindahan hidup..

Sepanjang pembedahan, aku hanya diamkan diri, kosentrate dengan apa yang sepatutnya aku lakukan. Dalam pada itu, aku sempat menjeling ke muka budak tersebut, yalah, untuk lihat riak mukanya, kalau-kalau dia dalam kesakitan sbb prosedur menggunakan local anaestesia sahaja. Tapi wajahnya selamba saja, tanpa sebarang reaksi menahan kesakitan.

Sehingga 15 minit, barulah kami terjumpa vena dan arteri yang masih elok. Boss aku pun bersuara:


"Thanks God, These boy always have a very good guardian angel surrounding him. U see, i thought there is no more vein we can use.. God bless him" sambil tersenyum memandang kepadaku.
Aku cuma anggukkan kepala, terus menghulurkan vessel loop untuk beliau.

Guardian angel?? Memang semua budakpun ada guardian angelnya yang tersendiri detik hatiku. Tapi yang bermain di kepalaku adalah, dalam usia yang sebegini, bermacam dugaan telah dihadapi oleh budak ini. Dalam pada itu, beliau masih mampu tersenyum seolah olah pasrah dengan apa yang terjadi. Aku turut mengkagumi kasih sayang ibunya yang terpancar jelas dari riak wajah dan cara sentuhannya dengan anaknya.

Setelah hampir 45 minit, usai prosedur tersebut, setelah kubalut luka pembedahan itu, aku keluar, terus ibunya menghampiriku bertanyakan hal anaknya dengan wajah yang resah. Aku kata semuanya ok, dia amat bernasib baik ujarku. Sambil berterima kasih, sekilas senyuman terpancar di wajah ibunya. Kuiring sekali lagi anaknya untuk bertemu ibunya yang tidak lepas-lepas senyuman di bibirnya. Sebelum menukar pakaian, sempat juga si anak berterima kasih padaku. Apa yang mampu aku sahut, berterima kasihlah kepada Tuhan(sebab dia non muslim).

Sekembalinya dari hospital petang itu, aku teringat kembali hal budak tersebut. Betapa mudanya beliau diuji dengan bermacam-macam kesakitan. Sedangkan kita, sedikit kesakitan cepat menjadikan kita melatah dan sebagainya.

Syukur kepadaMu Ya Allah, kerana mengurniakan rasa sakit. Walaupun semua orang tidak mahu berasa sakit, tetapi rasa sakit itu harus tetap dirasai oleh semua yang bernyawa. Ketika sakit, seringkali ingatannya terhadap Tuhan lebih kuat daripada waktu-waktu dia tidak sakit.

Semasa kita tidak sakit, bukannya kita tidak mengingatiNya tetapi apabila kita mengalami kesakitan, kita lebih kerap mengingatiNya. Adakah itu lumrah manusia? Atau mungkin kerana iman kita yang senipis bawang menyebabkan Allah ingin menguji kita dengan kesakitan?

Mengapa Tuhan mewujudkan rasa sakit? Mungkin sebagai tanda Dia mengasihi kita dan ingin kita lebih dekat kepadaNya. Mungkin juga jika tiada rasa sakit, kita lebih mudah hanyut dalam kegembiraan yang tidak bertepi. Sakit di dunia ini hanya sedikit jika dibandingkan dengan kesakitan yang harus kita tanggung dalam dunia sesudah mati.

Seringkah kita terfikir, jika kesakitan yang kecil pun kita sering merintih dan rasa tidak tertanggung, bagaimanakah nanti jika waktu itu tiba? Sedangkan sebagai manusia pasti tiada yang tidak lepas daripada pelbagai dosa. Kesakitan seringkali membuat manusia lebih banyak mengenangNya serta mengingati nikmat yang telah begitu banyak dilimpahiNya.

Mungkin inilah yang diFirmankannya dalam Surah Al-Ankabut ayat 2-3;
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka(dengan ujian yang sedemikian)nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. " dan

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya......
-Surah Al-Baqarah ayat 286

Bila kesakitan ini lebih mendekatkan aku padamu, kupanjatkan rasa syukur dan aku redha dengan segala ujianMu yang hanya sekecil ini berbanding nikmat yang telah sekian lama Kaukurniakan kepadaku!


Taken from abbeqs FB's notes
Anugerah Terindah ^_^

3 comments:

Unknown said...

sekembalinya ku ke rumah, kukucup dahi kedua-dua anakku, semoga dijauhkan semua kesakitan dari mereka berdua, Amin

eida said...

sakit bagi org yang melihat, sakit lagi bagi budak tu yang menanggungnya.

eida said...

jgn lupa mengucup dahi isteri sekali. hihihihi.

Related Posts with Thumbnails
Copyright© All Rights Reserved Danishsondblog.blogspot.com