Tiap kali balik dari sekolah, aku akan disuruh berhenti di satu gerai di tepi jalan. Dan dia akan berkata "mamu mami..mamu mami..aaaaaaaa".
Dan inilah gerai idaman hatinya..gerai 'cendol pulut mamu'. Abang yang jual tu pun akan tersenyum bila melihat keretaku berhenti di hadapan gerainya. "Biasa aa" katanya selamba. Kadang2 tanpa segan silu dia memberitahu "esok lusa bayarla". Rezeki nie..gertak hatiku tapi melihat wajahnya mulus si penjual cendol itu tidak sampai pula hatiku hendak berhutang hanya kerana 2 gelas cendol mamu.
Beginilah cara dia membuat cendol tersebut. Yang membezakannya, di dalam cendol itu ada segenggam nasi pulut. Selain dari rasa pulut yang sedap itu, ia ditambah pula dengan keenakan rasa cendol yang dicampur dengan santan pekat, air gula melaka dan bahan-bahan campurannya yang lain. Memang berbaloi dengan harganya...rm1.80..hehehehe.
Just see the main ingredients..santan, cendol n air gula..yummy!!! mungkin sebab ini Fakhrie dan Ieman memang tidak pernah jemu walaupun aku membelinya setiap hari. Kadang-kadang Fakhri akan habiskan cendolnya dahulu sebelum menghadap hidangan tengahari.
And..tak lama lagi bulan puasa. Mesti Fakhri merungut tak dapat singgah di gerai mamu balik sekolah. Tapi takpe, waktu berbuka masih boleh aku mengajaknya pegi ke gerai tersebut. Just see this cendol..mmmm..tengahari ni aku mesti singgah..MESTI!!
No comments:
Post a Comment