Thursday, July 22, 2010

Bibik oh Bibik



Awal pagi tadi aku disapa oleh seorang rakan dan lantas bertanya , "ko tau tak mana-mana ada budak nak jaga anak? Pengasuh diaorang aku dah berhentikan la."  Aku hanya tersenyum.  Dan dia mula menceritakan perihal orang gajinya itu.  Apa yang aku dengar dari bebelannya, budak tu baru berusia belasan tahun.  Gaji yang agak lumayan tapi tugas dia hanya..MENJAGA ANAK.  Selain daripada itu, NO.  Mmmmm...
Sebentar tadi aku terdengar jugak radio yang paling hangat bercerita tentang perkara yang sama.  Tajuknya 'seorang pembantu rumah diberikan ganjaran lumayan (rm14ribu @ rm14juta aku tak pasti) dan...dan... sebuah apartment' kerana telah berkhidmat dengan keluarga majikannya selama lebih 20tahun.

Berbalik pada cerita rakanku tadi, dapatle aku bayangkan bagaimana keadaan rakanku itu tiap kali balik daripada kerja. Tv terpasanag, kain baju masih di ampaian, anak-anak belum mandi, adoii.. Dia memberitahu 4bulan budak tu bersama dia dan harapan dia budak tu akan belajar sesuatu atau dapat menolong dia tapi..hampehh..Dia cuma dapat bertahan selama 4bulan itu kerana kesian melihat anak-anaknya tiada orang yang menjaga.  Yang aku tak tahan dengar tu budak tu mintak gaji sebanyak rm500 hanya untuk jaga anak-anaknya sahaja.  Huhh..Kesian jugak aku dengar tapi yelah, aku pun tak tau kat mana nak dapat pengasuh masa sekarang ni.  

Aku ni pasal pengasuh banyak gak pengalaman tapi tak elokla aku nak cerita kat sini panjang lebar.  Pendek-pendek cukupla kan.  Sekadar mengenang..hehehe.  Anakku yang sulung dulu cousin yang jaga.  Alhamdulillah, keluarga sendiri ni senang ckit.  Tapi sebelum cousinku tu ada bibik gak.  Satu perangainye, time gaji aku bagi duit.  Tapi tengah bulan, pinjam duit.  Pastu aku potong dari gaji dia, muka dia masam mencuka.  Mana aku tahan. Pas 2tahun, Fakhri aku hantar kat nursery sebab cousinku dapa tkeja lain masa tu.  Sedihla jugak tengok anak kat nursery tapi lama-lama aku tengok ada kebaikannya anak-anak dihantar ke nursery.  Diaorang lebih cepat belajar berdikari.  Percaya tak, Fakhri dah tak pakai pampers umur 2tahun 3bulan.  Nursery tu jugak ajar dia membaca dan menghafal doa yang simple-simple.  Tapi ada ibubapa tak suka anak-anak ke nursery.  Diaorang kata budak-budak kat situ diberi ubat batuk time diaorang nak tido.  Pernah satu masa aku senyap-senyap jenguk Fakhri kat nursery.  Takde pulak aku tengok perkara yang mencurigakan.  Time Fakhri demam, diaorang minta izin dulu kat aku nak kasi Fakhri makan ubat.  Semuanya bergantung pada persepsi kita sebagai ibubapa.  Siapa yang tak sayang anak kan.

Time Ieman pulak, aku dapat pengasuh yang masih budak belasan tahun.  Yang pertama, masuk umah pas menyapu dia akan tido.  Tido je.  Hmm..2 ari je aku tahan terus aku 'fired' dia.  Yang kedua, asyik dengan telefon bimbitnya aje.  Time bagi Ieman susu sempat lagi bersms.  Aku pun tak tau apa yang dia sms.  Nasib baik ada alasan aku time tu nak berhentikan dia.  And until now, my cousin with me again.  Alhamdulillah.  Terima kasih aku padanya kerana memberi kasih sayang pada anak-anaku dengan tidak berbelah bahagi.  Dia jentik anakku pun tak pernah apatah lagi bila melihat aku meninggikan suara pada putera-puteraku itu.  Kadang-kadang dia akan menitiskan air mata bila melihat anak-anakku dimarahi.  TQ very-very much to you, my cousin for all your love and kindness to my kids.

Anugerah Terindah ^_^

2 comments:

eida said...

macam-macam ragam kan pengasuh ni. Ada yang lucu, ada yang buat kt marah..

Unknown said...

ada sorang tu... siang ketam sampai tinggal isi je... bila ditanya kenapa, katanya HARAM... ada ka????

Related Posts with Thumbnails
Copyright© All Rights Reserved Danishsondblog.blogspot.com