Bina Peribadi Sewaktu Makan
Bina Peribadi Waktu Makan..
Pakar motivasi bebas Ustaz Sobri Abd. Rani menyarankan agar ibu bapa
menjadikan waktu makan sekeluarga sebagai waktu untuk membetulkan
kehidupan atau membina peribadi anak-anak. Kerana waktu makan adalah
program bersahaja yang besar impaknya dalam hidup. Antara didikan yang
boleh diterapkan kepada anak-anak pada waktu makan:
1. Tunggu orang yang paling tua
...
"Kalau ada ayah, suapan pertama hendaklah dimulakan oleh ayah. Kalau
tidak ada ayah, emak dulu. Rahsia di sebaliknya, bila dikekalkan
begituselama tiga bulan, akan tumbuh di hati anak rasa hormat kepada
yangl ebih tua walaupun di luar pandangan kita. Jadi kalau kita hendak
tahumacam mana anak kita di luar pandangan kita, tengok waktu makan."
2. Baca basmalah dan guna tangan kanan
"Anak kita tidak akan sanggup untuk memasukkan makanan kemulut atau
memegang sesuatu yang bukan haknya. Yang biasa dia ambil masuk ke mulut
dengan nama Allah dan biasa memegang yang halal dengan tangan
kanan.Melalui amalan yang mudah ini, roh kita dimonitor oleh
syariat.Amalan ini tak perlu pada tenaga dan wang ringgit yang banyak
tapi perlu pada kesabaran dan istiqamah."
3. Ambil lauk terdekat dulu
"Bagi cubitan lauk yang pertama, ambil yang paling dekat. Kenapa?
Melatih sabar. Kali kedua jika hendak ambil yang jauh tak mengapa, itu
dikira usaha ikhtiar untuk dapat yang lebih baik.Ia mempengaruhi corak
kehidupan dan corak kita bekerja. "Kalau ayah atau ibu hendak membina
sifat penyayang, ambil lauk yang pertama letak di pinggan anak. Memang
anak akan rasa lain. Kalau dia tak mahu lauk itu tak mengapa tapi kita
memberi tu yang mustahak. Kalau kita buat macam itu, dia juga akan jadi
macam itu pada orang lain. Kita sudah bina masyarakat penyayang di dalam
rumah kita. Malah untuk latih anak cintapada saudaranya yang lain,
itulah waktunya."
4. Kawal suapan
"Bila ambil makanan
untuk suap ke mulut, jangan diangkat suapan seterusnya selagi di dalam
mulut itu belum ditelan.Sesudah ditelan, baru angkat suapan seterusnya
masuk ke mulut. Untuk apa? Melatih jangan tamak dan bersifat qanaah ?
mencukupi apa yang ada.Atau lebih tepat, melatih syukur terhadap apa
yang Allah kurniakan."Ustaz Sobri berkata, "Perkara ini kalau dilatih
betul-betul, ia akan menumbuhkan sifat-sifat mulia di dalam diri. Sebab
makan adalah perkara yang kita benar-benar buat dengan hati, sebab itu
ia mempengaruhi roh."
Taken from Jom Berdakwah Di FB.
Anugerah Terindah ^_^
Copyright© All Rights Reserved Danishsondblog.blogspot.com
1 comment:
betul...untuk mendidik anak2x .biar biasa sampailah mereka besar
Post a Comment