Friday, July 30, 2010

suatu petang..

Cuaca redup-redup macam sekarang ni memang sesuai untuk melakukan aktiviti petang.  So, aku amik kesempatan untuk bawa 2 orang hero aku jalan-jalan waktu petang.  Happy je muka apatah lagi bila mereka lihat kereta aku membelok ke satu taman permainan.  Orang pun tak banyak kat situ.  Aku ni tak suka sangat kalau banyak sanagat orang kat taman permainan.

Tengok le..abangnya dengan aktiviti nya.  Si adik dengan aktivitinya sendiri.  Yang penting, diaorang happy..

gembiranya mereka..aku yang penat kejar..

senyuman dari si abang.  Tu pun setelah aku penat kejar baru dia nak bergambar.

Asyik bermain..tapi kat situ je.  Dia tak berani pg tempat lain. hehehe

aktiviti memanjat pulak.

Lastly, yang payahnya time aku nak bawak diaorang balik. Dua-dua menangis.  Adoii..terpaksa aku janjikan sesuatu yang lebih baik untuk mereka.  Nak tau?  Tungguuu....



Anugerah Terindah ^_^

Wednesday, July 28, 2010

Sweet la




Time nak raya ni maca-macam je online shopping yang dapat aku tengok.  Sesekali ingin jugak nak membeli-belah secara online untuk anak-anak.  So aku serve internet, facebook jumpa satu rakan ni yang tengah hot promosikan barangan untuk baby and anak-anak.  Tapi sedih gak..sebab kebanyakannya yang cantik baju-baju untuk budak pompuan..tengok je le baju-baju kat bawah ni..mmmm...sedis..




burberry dress..uihhh aku pun tak merasa pakai baju camni kecik-kecik dulu



ni pulak ingatkan baju budak lelaki, rupanya pompuan jugak.  Adoi..ni Burberry body shirt..for girl..

cuma yang macam ni je kot yang dapat aku belek-belek untuk budak lelaki.  Carters pyjamas.
Apa-apapun kalau you all berkenan, pegi je kat hotbaby shoppe untuk tengok detail all this things.  Memang menawan mata especially yang ada girls..

Anugerah Terindah ^_^

Monday, July 26, 2010

sakitnya...

Hari Khamis yang lepas, aku dipanggil Dr Ammarusay, katanya Boss nak aku assist dia buat satu kes AVF(pintasan arteri dan vena) untuk pesakit dialysis. Terdetik di hatiku, sejak akhir akhir ini jarang pulak Dr Teh nak aku assist dia untuk kes AVF. Mungkin hanya tinggal aku sorang je PPP yang ada di jabatan time ni kot. Yang 2 orang lagi tu, tengah menghadiri Kursus Urologi di Hospital Selayang. Aku sukar membantah bila diarahkan untuk membantu Boss, tambahan dalam benakku, mesti kes ini menarik.

Jam 1.45 aku pegilah ke Daycare OT, menyediakan apa yang perlu untuk pembedahan tersebut. Usai semuanya, aku lepak jap kat pantri menunggu pesakit tersebut sampai. Di luar ada seorang budak menunggu bersama emaknya. Aku menunggu hampir 15 minit, at last Misi kt kaunter masuk ke pantri dan tanya, bila nak mulakan kes, selambe ja aku kata, pesakit belum sampai lagi.

Berkerut muka si Misi, lantas menunjuk ke arah budak tersebut dan berkata, "Tu, dari tadi dah menunggu". Laaaa.... Pesakit aku rupanya..

Aku terus menghampiri budak tersebut, menanya apa yang perlu.. Kebanyakannya, si ibu yang bersuara menjawab semua soalanku.
Tergenang air mataku mengenangkan nasib si anak(tak payahlah aku namakan beliau di sini). Dia mempunyai koleksi penyakit yang pelbagai sejak dari kecik lagi. Bermacam-macam pembedahan pernah dilakukan kepada beliau. Terdapat berberapa parut pembedahan di kedua2 tangan dan perutnya. Dari riak wajahnya, aku tau beliau menahan derita yang amat sangat, tapi dia tetap senyum bila aku berseloroh dengannya.

Menunggu Boss sampai, aku pimpin budak tersebut(matanya tidak dapat melihat dengan baik) di katil pembedahan dan cuba untuk menenangkan dia dan ibunya. Sejurus selepas ibunya ku suruh keluar, budak tersebut memanggilku:

"Uncle, operation tuk lamak sik" tanyanya..

Serba salah aku menjawabnya, tadi aku dah periksa kedua-dua tangannya untuk AVF atau BCF tapi, kebanyakan salur darah yang ada di kedua2 tangannya telah collapse, bekas kesan pembedahan VF dan BCF yang terdahulu semuanya dah tidak dapat digunakan lagi...

"Ntahlah dik, kita tenguk dulu k, kalau semuanya ok, tak lamalah tu" Aku menjawab dengan was was.

Sampai sahaja Boss aku kat bilik bedah berkenaan, terus aku bertanya:

"Boss, how we going to do with all the collapse vein and hardened AVF, BCF done before"

Beliau hanya menjawab, "We do our best and just pray"

Ya Allah, betapa besarnya ujian Mu terhadap budak ini, yang belum kenal dengan dunia, belum mengecapi keindahan hidup..

Sepanjang pembedahan, aku hanya diamkan diri, kosentrate dengan apa yang sepatutnya aku lakukan. Dalam pada itu, aku sempat menjeling ke muka budak tersebut, yalah, untuk lihat riak mukanya, kalau-kalau dia dalam kesakitan sbb prosedur menggunakan local anaestesia sahaja. Tapi wajahnya selamba saja, tanpa sebarang reaksi menahan kesakitan.

Sehingga 15 minit, barulah kami terjumpa vena dan arteri yang masih elok. Boss aku pun bersuara:


"Thanks God, These boy always have a very good guardian angel surrounding him. U see, i thought there is no more vein we can use.. God bless him" sambil tersenyum memandang kepadaku.
Aku cuma anggukkan kepala, terus menghulurkan vessel loop untuk beliau.

Guardian angel?? Memang semua budakpun ada guardian angelnya yang tersendiri detik hatiku. Tapi yang bermain di kepalaku adalah, dalam usia yang sebegini, bermacam dugaan telah dihadapi oleh budak ini. Dalam pada itu, beliau masih mampu tersenyum seolah olah pasrah dengan apa yang terjadi. Aku turut mengkagumi kasih sayang ibunya yang terpancar jelas dari riak wajah dan cara sentuhannya dengan anaknya.

Setelah hampir 45 minit, usai prosedur tersebut, setelah kubalut luka pembedahan itu, aku keluar, terus ibunya menghampiriku bertanyakan hal anaknya dengan wajah yang resah. Aku kata semuanya ok, dia amat bernasib baik ujarku. Sambil berterima kasih, sekilas senyuman terpancar di wajah ibunya. Kuiring sekali lagi anaknya untuk bertemu ibunya yang tidak lepas-lepas senyuman di bibirnya. Sebelum menukar pakaian, sempat juga si anak berterima kasih padaku. Apa yang mampu aku sahut, berterima kasihlah kepada Tuhan(sebab dia non muslim).

Sekembalinya dari hospital petang itu, aku teringat kembali hal budak tersebut. Betapa mudanya beliau diuji dengan bermacam-macam kesakitan. Sedangkan kita, sedikit kesakitan cepat menjadikan kita melatah dan sebagainya.

Syukur kepadaMu Ya Allah, kerana mengurniakan rasa sakit. Walaupun semua orang tidak mahu berasa sakit, tetapi rasa sakit itu harus tetap dirasai oleh semua yang bernyawa. Ketika sakit, seringkali ingatannya terhadap Tuhan lebih kuat daripada waktu-waktu dia tidak sakit.

Semasa kita tidak sakit, bukannya kita tidak mengingatiNya tetapi apabila kita mengalami kesakitan, kita lebih kerap mengingatiNya. Adakah itu lumrah manusia? Atau mungkin kerana iman kita yang senipis bawang menyebabkan Allah ingin menguji kita dengan kesakitan?

Mengapa Tuhan mewujudkan rasa sakit? Mungkin sebagai tanda Dia mengasihi kita dan ingin kita lebih dekat kepadaNya. Mungkin juga jika tiada rasa sakit, kita lebih mudah hanyut dalam kegembiraan yang tidak bertepi. Sakit di dunia ini hanya sedikit jika dibandingkan dengan kesakitan yang harus kita tanggung dalam dunia sesudah mati.

Seringkah kita terfikir, jika kesakitan yang kecil pun kita sering merintih dan rasa tidak tertanggung, bagaimanakah nanti jika waktu itu tiba? Sedangkan sebagai manusia pasti tiada yang tidak lepas daripada pelbagai dosa. Kesakitan seringkali membuat manusia lebih banyak mengenangNya serta mengingati nikmat yang telah begitu banyak dilimpahiNya.

Mungkin inilah yang diFirmankannya dalam Surah Al-Ankabut ayat 2-3;
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka(dengan ujian yang sedemikian)nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. " dan

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya......
-Surah Al-Baqarah ayat 286

Bila kesakitan ini lebih mendekatkan aku padamu, kupanjatkan rasa syukur dan aku redha dengan segala ujianMu yang hanya sekecil ini berbanding nikmat yang telah sekian lama Kaukurniakan kepadaku!


Taken from abbeqs FB's notes
Anugerah Terindah ^_^

Thursday, July 22, 2010

Bibik oh Bibik



Awal pagi tadi aku disapa oleh seorang rakan dan lantas bertanya , "ko tau tak mana-mana ada budak nak jaga anak? Pengasuh diaorang aku dah berhentikan la."  Aku hanya tersenyum.  Dan dia mula menceritakan perihal orang gajinya itu.  Apa yang aku dengar dari bebelannya, budak tu baru berusia belasan tahun.  Gaji yang agak lumayan tapi tugas dia hanya..MENJAGA ANAK.  Selain daripada itu, NO.  Mmmmm...
Sebentar tadi aku terdengar jugak radio yang paling hangat bercerita tentang perkara yang sama.  Tajuknya 'seorang pembantu rumah diberikan ganjaran lumayan (rm14ribu @ rm14juta aku tak pasti) dan...dan... sebuah apartment' kerana telah berkhidmat dengan keluarga majikannya selama lebih 20tahun.

Berbalik pada cerita rakanku tadi, dapatle aku bayangkan bagaimana keadaan rakanku itu tiap kali balik daripada kerja. Tv terpasanag, kain baju masih di ampaian, anak-anak belum mandi, adoii.. Dia memberitahu 4bulan budak tu bersama dia dan harapan dia budak tu akan belajar sesuatu atau dapat menolong dia tapi..hampehh..Dia cuma dapat bertahan selama 4bulan itu kerana kesian melihat anak-anaknya tiada orang yang menjaga.  Yang aku tak tahan dengar tu budak tu mintak gaji sebanyak rm500 hanya untuk jaga anak-anaknya sahaja.  Huhh..Kesian jugak aku dengar tapi yelah, aku pun tak tau kat mana nak dapat pengasuh masa sekarang ni.  

Aku ni pasal pengasuh banyak gak pengalaman tapi tak elokla aku nak cerita kat sini panjang lebar.  Pendek-pendek cukupla kan.  Sekadar mengenang..hehehe.  Anakku yang sulung dulu cousin yang jaga.  Alhamdulillah, keluarga sendiri ni senang ckit.  Tapi sebelum cousinku tu ada bibik gak.  Satu perangainye, time gaji aku bagi duit.  Tapi tengah bulan, pinjam duit.  Pastu aku potong dari gaji dia, muka dia masam mencuka.  Mana aku tahan. Pas 2tahun, Fakhri aku hantar kat nursery sebab cousinku dapa tkeja lain masa tu.  Sedihla jugak tengok anak kat nursery tapi lama-lama aku tengok ada kebaikannya anak-anak dihantar ke nursery.  Diaorang lebih cepat belajar berdikari.  Percaya tak, Fakhri dah tak pakai pampers umur 2tahun 3bulan.  Nursery tu jugak ajar dia membaca dan menghafal doa yang simple-simple.  Tapi ada ibubapa tak suka anak-anak ke nursery.  Diaorang kata budak-budak kat situ diberi ubat batuk time diaorang nak tido.  Pernah satu masa aku senyap-senyap jenguk Fakhri kat nursery.  Takde pulak aku tengok perkara yang mencurigakan.  Time Fakhri demam, diaorang minta izin dulu kat aku nak kasi Fakhri makan ubat.  Semuanya bergantung pada persepsi kita sebagai ibubapa.  Siapa yang tak sayang anak kan.

Time Ieman pulak, aku dapat pengasuh yang masih budak belasan tahun.  Yang pertama, masuk umah pas menyapu dia akan tido.  Tido je.  Hmm..2 ari je aku tahan terus aku 'fired' dia.  Yang kedua, asyik dengan telefon bimbitnya aje.  Time bagi Ieman susu sempat lagi bersms.  Aku pun tak tau apa yang dia sms.  Nasib baik ada alasan aku time tu nak berhentikan dia.  And until now, my cousin with me again.  Alhamdulillah.  Terima kasih aku padanya kerana memberi kasih sayang pada anak-anaku dengan tidak berbelah bahagi.  Dia jentik anakku pun tak pernah apatah lagi bila melihat aku meninggikan suara pada putera-puteraku itu.  Kadang-kadang dia akan menitiskan air mata bila melihat anak-anakku dimarahi.  TQ very-very much to you, my cousin for all your love and kindness to my kids.

Anugerah Terindah ^_^

Tuesday, July 20, 2010

salah siapa


Sabtu yang lepas, excited je aku bangun nak kejutkan fakhrie sebab dia awal-awal dah bagitau hari sabtu ada kelas gantian.  Aku dengan tidak semena-mena terus percaya coz dia nie pengingat orangnya.  Lagipun, jadual kelas gantian tu hubby aku dah bakar sekali bersama dengan surat-surat yang dah lama.  Fakhrie siap bagitau cikgu suruh bawak tasbih sebab hari tu nanti cikgu nak ajar sembahyang.  Mmmm..bagus nie, hatiku berkata.

Kali pertama aku kejutkan masih tidak bergerak tubuhnya yang diselimuti comforter buatan auntie lia nya(promo nie..hahaha).  Kali ke 3 aku kejutkan dia barulah dia bangun sambil menggosok mata.  Sekali lagi aku bertanya padanya, betul ke hari ni sekolah.  Dan dia lantas mengangguk.  Sekali lagi dia mengingatkan aku akan tasbih yang akan dibawanya pada hari itu.  Suamiku mempunyai 3 tasbih dan dia memilih tasbih yang diperbuat dari kayu.  Tasbih itu adalah peninggalan arwah datuk suamiku.  Tiba-tiba teringatkan nya..arwah selalu menyuruh Fakhrie menghafal surah tiap kali kami balik ke kampung.  Dan dia akan tersenyum bangga bila anak sulungku itu berjaya menghafal surah Kursi walaupun baru berusia 5 tahun pada ketika itu.

Mmm..terharu bila terkenangkan arwah datuk.. Berbalik pada kisah anakku si Fakhrie ni.  Aku bekalkan dia dengan dua keping roti sandwich berinti tuna kegemarannya, nugget daging dan air jus mangga.  Sambil menyanyi aku dan Fakhrie masuk ke dalam kereta sementara adiknya Ieman masih lena tidur di pangkuan babahnya.
Sepanjang perjalanan ke sekolahnya aku sedikit hairan kerana tidak ada pulak aku bertembung dengan kereta-kereta lain yang menghantar anaknya ke sekolah yang sama dengannya.  Hairan..detik hatiku.  Mungkin aku lewat kot..aku berkata lagi.  Kulihat jam pagi itu menunjukkan pukul 7.45pg.  Patutlah..aku dah terlewat.  Sepatutnya Fakhrie dah masuk ke dalam kelas sembahyang ketika ini.  Aku mempercepatkan kereta(aik, betul ke ayatku ni?) namun sampai je di perkarangan sekolah apa yang kuperhatikan sekolahnya lengang tanpa ada seorang manusia pun di situ.  Pintu-pintu kelas juga tertutup rapat.  Kuperhatikan Fakhrie, dia hanya tertunduk membisu.  Tanpa berkata apa-apa aku memandu kereta balik.  

Aku tidak salahkan Fakhrie.  Kesian dia bangun awal di hujung minggu.  Siapa yang patut aku salahkan?? Hubby aku ke, kerana dia yang gatal-gatal tangan bakar jadual tu. Atau Fakhrie, yang tidak mendengar arahan gurunya betul-betul. Atau...AKU..yang langsung tidak mahu bertanya pada gurunya ataupun kawanku yang mempunyai anak satu sekolah dengan Fakhrie.  Takpe, yang penting sampai je kat umah aku terus goreng mee untuk aku dan Fakhrie makan.  Babah dan Ieman...mmm..masih dibuai mimpi...


Anugerah Terindah ^_^

Thursday, July 15, 2010

sedapnya..


Sedapnye..itu yang akan keluar dari mulut hero-hero aku termasuk hero aku yang sulung. hehe.  Standardla kan..hotel punye variety of foods..
Tapi selera anak-anak aku tetap dengan air tangan aku. Takde satu makanan pun yang sama rasa dengan yang aku buat.  My hubby pun cakap macam tu. Hehehe..bukan nak angkat bakul sendiri, tapi memang itu hakikatnya.
Last year aku pegi hotel Le Meridien..memang superb choice food die.  Tak mampu aku nak menjamah semuanya.  And last week hubby lak pegi.  Dia pun setuju ngan pendapat aku.  Le Meridien Kota Kinabalu..memang best.    



kadazandusun side dishes..tuhau..(kedak tepus bagi org sarawak)





Tapai with vanilla ice cream..yummy.



ni besttt..bambangan.(kalau ada belacan n cili lagi best)





cappucino..my hubby favourite..


tapi kadang-kadang aku belikan gak fast food untuk Fakhri dan Ieman. Untuk mengubah selera mereka kadang-kadang.  Dapat gak merilekskan tangan aku takyah memasak. Hihihi.



Sudah semestinya..pizza hut hawaian chicken cheesy lava




pie and pastries from aloha..sedap sangat!




their favourite from their mum..me lah..hahaha..
ikan goreng masak sos and sambal.

Aku selalu ingat pesan ibu.  Dia berkata "tawanlah hati suami dan anak-anak dengan menawan perut mereka iaitu dengan masakan dari air tangan kamu sendiri".  Kata-kata itu aku pegang sampai bila-bila.  Dan aku tersenyum sendiri kerana sesungguhnya suami dan anak-anakku memang tidak suka makan di luar.  TIADA SELERA, TAK SEDAP kata mereka..diaorang yang cakaple, aku sampaikan aje. hahahaha.

Anugerah Terindah ^_^

Wednesday, July 14, 2010

mamu oh mamu..



Tiap kali balik dari sekolah, aku akan disuruh berhenti di satu gerai di tepi jalan.  Dan dia akan berkata "mamu mami..mamu mami..aaaaaaaa".
Dan inilah gerai idaman hatinya..gerai 'cendol pulut mamu'.  Abang yang jual tu pun akan tersenyum bila melihat keretaku berhenti di hadapan gerainya.  "Biasa aa" katanya selamba.  Kadang2 tanpa segan silu dia memberitahu "esok lusa bayarla".  Rezeki nie..gertak hatiku tapi melihat wajahnya mulus si penjual cendol itu tidak sampai pula hatiku hendak berhutang hanya kerana 2 gelas cendol mamu.



Beginilah cara dia membuat cendol tersebut.  Yang membezakannya, di dalam cendol itu ada segenggam  nasi pulut.  Selain dari rasa pulut yang sedap itu, ia ditambah pula dengan keenakan rasa cendol yang dicampur dengan santan pekat, air gula melaka dan bahan-bahan campurannya yang lain.  Memang berbaloi dengan harganya...rm1.80..hehehehe.



Just see the main ingredients..santan, cendol n air gula..yummy!!! mungkin sebab ini Fakhrie dan Ieman memang tidak pernah jemu walaupun aku membelinya setiap hari.  Kadang-kadang Fakhri akan habiskan cendolnya dahulu sebelum menghadap hidangan tengahari.  



And..tak lama lagi bulan puasa.  Mesti Fakhri merungut tak dapat singgah di gerai mamu balik sekolah.  Tapi takpe, waktu berbuka masih boleh aku mengajaknya pegi ke gerai tersebut.  Just see this cendol..mmmm..tengahari ni aku mesti singgah..MESTI!!



Anugerah Terindah ^_^

Related Posts with Thumbnails
Copyright© All Rights Reserved Danishsondblog.blogspot.com