Wednesday, November 16, 2011

La Tahzan (Jangan Bersedih)

Dalam kesibukan hari ini, terbukak laman ini, terpaku seketika... One of the best pendakwah i have ever know: Dr Mohd Asri Zainul Abidin.  Ringkas namun amat mendalam.. Subhanallah..



Jika Allah uruskan urusan kita
dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita walaupun sekelip mata..
Dunia dan manusia boleh berbuat apa apa
tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah..
Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas
Kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah SWT
Apa yang orang rasa rugi
Allah akan memberikan keuntungan yang mana.. jalan jalan manusia tidak sangka…
Tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan..
“Lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat-Nya.” (Hamka)
Dan kita pun lupa kadang-kadang untuk bersyukur
di atas pelbagai ranjau hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya
Masihkan kita teringat akan nikmat yg Allah berikan selama ini?
Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru
dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini…
suatu nikmat yang besar
“Yang ada ini sudah harapan kita.” (Hamka)
Bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada
tetapi jangan lupa yang telah ada…
Bersyukurlah wahai diri ini
Ramai orang terpaksa sabar
tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur…
“Ya Allah apa sahaja yang aku alami
daripada nikmat-Mu, daripada kurniaan, daripada sesiapa di kalangan hamba-Mu…
Tidak ada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan
bagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran…”

Kadang-kadang kita lalai... untuk renungan dan iktibar..

With love from abbeqs
Anugerah Terindah ^_^

Tuesday, November 15, 2011

Kelmarin..

Coretan ini kutulis setelah tumpang bersedih atas pemergian seorang anak sahabat, teman seperjuangan, sekampung semalam.  Kematian yang tragis anaknya turut meruntun jiwaku.  Anak yang ditatang bagai minyak yang penuh hilang sekelip mata.  Walau bagaimanapun, ianya ketentuan Illahi, tidak terlewat dan terawal walau sesaatpun. 

Sebagaimana kelahiran, keluar dari jalan lahir rahim suci, sendirian, maka kematian pun ‘terbang’ sendirian, tidak ditemani harta benda yang kita kumpulkan bersusah payah, tak dapat ditemani anak, istri, ayah, bunda, sahabat, dan sebagainya, melainkan hanya berteman amalan-amalan selama di dunia.

Memang kematian kita semua adalah hal yang pasti, ketetapan-Nya yang tidak bisa diganggu gugat, berita tentang sakaratul maut merupakan berita lama, bukan diadakan atau tiba-tiba. Namun peristiwa yang mendahului hal itu, detik dan minitnya serta tempat terjadinya perkara tersebut merupakan misteri-Nya yang memang terjadi tanpa disangka-sangka.  Betapa kecil dan lemahnya kita di hadapan Allah Ta’ala, setiap hari harus melalui beragam peristiwa senario-Nya yang misteri. Ketika ‘panggilan’ ke ribaan-Nya datang, tanpa mengira tatkala sedang tidur, sedang makan, sedang dalam perjalanan, sedang sholat, sedang bersukan, sedang duduk santai, sedang bermain di pantai,  memasak, dan lain sebagainya, detik dipanggil-Nya langsung membuat sang malaikat petugas pencabut nyawa melaksanakan tugas.

Allah mengingatkan kita dalam ayat-Nya, “Katakanlah : ‘Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.“ (QS. Al-Jumu’ah : 8)


 
Ini bukanlah inti yang ingin kukupas di sini... Terlihat wajah sayu sahabat merenung wajah anaknya yang terbujur kaku, aku rasa amat sayu.  Sememangnya aku mampu rasakan apa yang dirasakannya.  Kurenung setiap tingkahnya, terasa semuanya serba tidak menjadi..

Kurasa...
Nalurinya berbisik...

Anakku..
Air mata ini pernah mengalir...
saat kau dilahirkan...
tidak rela aku ianya tumpah lagi di kala kematianmu...

Anakku..
Suara ini dulunya yang mengazankan telingamu..
baru tadi...
aku cuma mampu lafazkan kalimah syahadah di telingamu

Anakku...
Tanganmu yang sering kupimpin dan kutatih
baru tadi...
kurapatkan di dadamu buat kali yang terakhir..

Anakku..
Rambutmu sering ku belai..
dan kau akan merenung mataku
kini...
kau hanya mampu kaku tanpa membalas walau dengan gerak matamu..

Anakku..
Impianku dahulu...
agar kau menjadi anak yang soleh
Ku harapkan aku penggantimu menghadapNya dahulu
Agar engkau yang akan mendoakan aku saat aku pergi mendahuluimu..
Kini doaku menemanimu...

Anakku...
pergilah ke hadapNya..
Aku redha..
Enggan ku menangis lagi
Hanya mampu berbisik di telingamu sekali lagi..
Kuampunkan segala kesalahanmu dunia akhirat..
Kuhalalkan segala yang kuberikan buatmu..

Ya Allah berikan kami bimbingan setiap saat.
Ya Allah, semoga kami berada dalam cahaya Islam ketika hari itu datang, dalam detik-detik taubatan nasuha, dalam keadaan terbaik penutup usia, amiin.
Yaa Allah biha Yaa Allah biha Yaa Allah Bi khusnil khotimah, Allahumma amiin.

Anugerah Terindah ^_^

Monday, November 14, 2011

Bina Peribadi Sewaktu Makan

Bina Peribadi Waktu Makan..

Pakar motivasi bebas Ustaz Sobri Abd. Rani menyarankan agar ibu bapa menjadikan waktu makan sekeluarga sebagai waktu untuk membetulkan kehidupan atau membina peribadi anak-anak. Kerana waktu makan adalah program bersahaja yang besar impaknya dalam hidup. Antara didikan yang boleh diterapkan kepada anak-anak pada waktu makan:

1. Tunggu orang yang paling tua
... "Kalau ada ayah, suapan pertama hendaklah dimulakan oleh ayah. Kalau tidak ada ayah, emak dulu. Rahsia di sebaliknya, bila dikekalkan begituselama tiga bulan, akan tumbuh di hati anak rasa hormat kepada yangl ebih tua walaupun di luar pandangan kita. Jadi kalau kita hendak tahumacam mana anak kita di luar pandangan kita, tengok waktu makan."

2. Baca basmalah dan guna tangan kanan
"Anak kita tidak akan sanggup untuk memasukkan makanan kemulut atau memegang sesuatu yang bukan haknya. Yang biasa dia ambil masuk ke mulut dengan nama Allah dan biasa memegang yang halal dengan tangan kanan.Melalui amalan yang mudah ini, roh kita dimonitor oleh syariat.Amalan ini tak perlu pada tenaga dan wang ringgit yang banyak tapi perlu pada kesabaran dan istiqamah."

3. Ambil lauk terdekat dulu
"Bagi cubitan lauk yang pertama, ambil yang paling dekat. Kenapa? Melatih sabar. Kali kedua jika hendak ambil yang jauh tak mengapa, itu dikira usaha ikhtiar untuk dapat yang lebih baik.Ia mempengaruhi corak kehidupan dan corak kita bekerja. "Kalau ayah atau ibu hendak membina sifat penyayang, ambil lauk yang pertama letak di pinggan anak. Memang anak akan rasa lain. Kalau dia tak mahu lauk itu tak mengapa tapi kita memberi tu yang mustahak. Kalau kita buat macam itu, dia juga akan jadi macam itu pada orang lain. Kita sudah bina masyarakat penyayang di dalam rumah kita. Malah untuk latih anak cintapada saudaranya yang lain, itulah waktunya."

4. Kawal suapan
"Bila ambil makanan untuk suap ke mulut, jangan diangkat suapan seterusnya selagi di dalam mulut itu belum ditelan.Sesudah ditelan, baru angkat suapan seterusnya masuk ke mulut. Untuk apa? Melatih jangan tamak dan bersifat qanaah ? mencukupi apa yang ada.Atau lebih tepat, melatih syukur terhadap apa yang Allah kurniakan."Ustaz Sobri berkata, "Perkara ini kalau dilatih betul-betul, ia akan menumbuhkan sifat-sifat mulia di dalam diri. Sebab makan adalah perkara yang kita benar-benar buat dengan hati, sebab itu ia mempengaruhi roh."
 
Taken from Jom Berdakwah Di FB.

Anugerah Terindah ^_^

Thursday, November 10, 2011

Hati Abah....Anak-anak tak tahu....

Terasa malas pula bekerja hari ini.  Yalah, dekat-dekat nak hujung tahun ni yang paling malas aku buat adalah SKT.. Bukan apa, nak menilai kakitangan bawahan merupakan sesuatu yang aku rimas nak buat.  Tapi apabila dah dipertanggungjawabkan, terpaksalah jugak dilakukan.  Biarlah... aku buat penilaian atas apa yang mereka berikan dalam memastikan semua yang dipertanggungjawabkan terhadap mereka berjalan dengan lancar.  Dalam melakukan penilaian, aku terasa nak share sumting yang aku lupa, sering lupa nak jelaskan kat anak-anak aku....APA YANG ANAK-ANAK AKU TAK TAHU TENTANG APA YANG AKU RASAKAN SEBAGAI SEORANG AYAH.  Jua untuk kita selaku anak kepada seorang ayah.. cer baca...
  
Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya abahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja abah pulang bekerja dengan wajah yang letih abahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian.......
 
Saat kita sakit@demam, abah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".  Tapi tahukah kamu bahawa abah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Abah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa abah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi abah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka abah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,abah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, abah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Abah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Abah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari abah..Abah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat abah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..abah pun tersenyum bahagia..
Apa kita tahu,bahawa abah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Abah menangis kerana abah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu abah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..
Terasa my cute son still masih seperti dulu.... still small n baby..
with luv from Abbeqs..

Anugerah Terindah ^_^

Related Posts with Thumbnails
Copyright© All Rights Reserved Danishsondblog.blogspot.com