Wednesday, March 9, 2011

Ucapan hati..

Teringat kembali saat duduk menikmati sarapan pagi tadi, bersama sahabat2 yang sedari awal pagi telah memanaskan kerusi di hung2. Dalam berborak panjang terselit serba sedikit ayat2 yang tidak manis untuk dikongsi sewaktu menghadap rezeki Allah swt. Terdetik di hati, sukar untuk mengikis naluri untuk memperkatakan suatu yang tidak elok. "Kita hanya manusia biasa" getik hatiku bagi menenangkan perasaan yang masih merungut. Perasaan hasad, dengki, ujub dan riak sememangnya ada di dalam hati manusia seperti kita. Bezanya hanya sehebat mana perasaan tersebut dalam diri individu tersebut. Yang maksum hanya Rasulullah SAW yang telah dicuci hatinya semasa peristiwa Israk dan Mikraj. Sukar untuk kita hindari perasaan ini dari terus menghantui hati.

Teringat tips dari cerita Syeikh Abdul kadir Al Jailani bagaimana untuk sentiasa bersangka baik sesama insan. InsyaAllah, sama-samalah kita berpesan pesan untuk menghindari hati dari terus dicemari perasaan yang tidak sepatutnya.  Harap semoga suatu akan anak2ku baca dan tanamkan di dalam hati masing2 sebagai penduan dalam meneruskan kehidupan.  Antara yang beliau nyatakan:

1. Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan (dalam hatimu) : "Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

2. Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

3. Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

4. Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

5. Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

6. Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Wallahualam..

with luvs from Abbeqs

Anugerah Terindah ^_^

1 comment:

Kakmim said...

ktk di GH kah? kmk pikir ktk di semarahan... hehehhe

Related Posts with Thumbnails
Copyright© All Rights Reserved Danishsondblog.blogspot.com