Wednesday, March 23, 2011

Palm Beach Resort


Jeng..jeng..jeng..seperti yang aku janjikan..hahahahaha. Nilah chalet tempat aku dan hubby bawak anak-anak gi menenangkan fikiran selepas penat bekerja.  Chalet yang macam sebuah rumah. Dalamnya 2 tingkat, ada 4 katil.  Cuma frust sikit sebab takde mini fridge.  Yang lain cantik sangat.  Rasa macam kat pantai chenang langkawi je.  Cuma kat chenang banyak gerai-gerai tepi pantai la.  Kat sini hutan je.  Closer to nature..macam iklan botol susu Tommee Tippee pulak.


Ni scenery betul-betul depan chalet aku tu.  Memang dekat ngan pantai sampai aku pulak yang naik takut bila tengok air pasang.  Air sepoi-sepoi laut cina selatan menghembus di wajah kitaorang. Dan aku bersyukur sangat-sangat sebab cuaca time kitaorang pegi tu ok sangat.


Ni bahagian sebelah kiri sikit depan chalet aku tu.  Swimming pool yang menjadi kegilaan Fakhrie dan Ieman. Bayangkan kitaorang check in jam 2 ptg, Fakhrie dah tukar baju nak mandi dalam swimming pool tu sampai petang.  Kalau Fakhrie dah masuk, Ieman apatah lagi.  Sampai berbelang badan kena panas.


Ni bahagian atas chalet tu.  Fakhrie dah awal-awal bagitau dia kat atas.  Takpelah, janji dia happy.  Aku takut Ieman ikut dia naik atas jugak je.  Dan jawapannya..Memang punnnn...


Tengokla aksi babah dan 2 hero aku tu.  Ieman siap belajar berenang lagi.


Tak puas dalam swimming pool, kat shower pun diaorang ni tak lepaskan peluang jugak.  Mmmm....


Dah petang-petang sikit, babah ajak Fakhrie dan Ieman main layang-layang pulak.  Si Ieman sibuk kejar layang-layang tu.  Hehehehehe. Lucu je aku tengok. Aku...duduk kat luar chalet je.  Puteri lilin..tunggu cuaca redup..hahahaha.


Antara aktiviti orang-orang yang datang kat situ petang-petang.  Kalau angin bagus, cantik je 'benda' ni terbang.  Kalau tak, jenuh gak diaorang ni nak jadi burung.


Kalau pegi sematan, tak sah kalau tak singgah kat gerai tepi jalan beli keropok lundu.  Macam-macam perisa ada.  Keropok sotong, ikan parang,udang dan pelbagai lagi makanan lain.  Kitaorang sempat g umah ayah kawan aku beli keropok.  Memang tengah buat keropok diaorang time tu.

Hajat di hati time balik tu nak singgah kat tasik biru, tapi aku tengok semua dah macam keletihan je, so kita balik terus ke umah.  Anyway, aku bersyukur sangat sebab anak-anak aku happy dengan percutian mereka itu walaupun singkat.










Anugerah Terindah ^_^

1 comment:

Unknown said...

alu sunburn muka kamek 3 beranak...

Related Posts with Thumbnails
Copyright© All Rights Reserved Danishsondblog.blogspot.com