Saturday, March 26, 2011

Tukar angin!

Hari tok pegi umah adik di matang. Berambeh semalam. Tukar angin jap. Hehehehe. Kedong sidak mak bapak datang dari kampung, embaknya skali berambeh sia. Dapat rilek-rilek sikboh masak. Turn si adik gik ngasi kakak tersayang. Penuh meja lauk dimasaknya. Nyum-nyum!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Anugerah Terindah ^_^

Thursday, March 24, 2011

Senyummmm!

Dalam hati sudah mula berbunga-bunga. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kalau sorang tak suka dan ejek kita or whateverla, tp kesudahannya beribu-ribu orang sukakan kita..adore kita..best kan. So, SENYUM...
Syukur padaNya. SesungguhNya Dia Maha Adil.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Anugerah Terindah ^_^

Wednesday, March 23, 2011

Palm Beach Resort


Jeng..jeng..jeng..seperti yang aku janjikan..hahahahaha. Nilah chalet tempat aku dan hubby bawak anak-anak gi menenangkan fikiran selepas penat bekerja.  Chalet yang macam sebuah rumah. Dalamnya 2 tingkat, ada 4 katil.  Cuma frust sikit sebab takde mini fridge.  Yang lain cantik sangat.  Rasa macam kat pantai chenang langkawi je.  Cuma kat chenang banyak gerai-gerai tepi pantai la.  Kat sini hutan je.  Closer to nature..macam iklan botol susu Tommee Tippee pulak.


Ni scenery betul-betul depan chalet aku tu.  Memang dekat ngan pantai sampai aku pulak yang naik takut bila tengok air pasang.  Air sepoi-sepoi laut cina selatan menghembus di wajah kitaorang. Dan aku bersyukur sangat-sangat sebab cuaca time kitaorang pegi tu ok sangat.


Ni bahagian sebelah kiri sikit depan chalet aku tu.  Swimming pool yang menjadi kegilaan Fakhrie dan Ieman. Bayangkan kitaorang check in jam 2 ptg, Fakhrie dah tukar baju nak mandi dalam swimming pool tu sampai petang.  Kalau Fakhrie dah masuk, Ieman apatah lagi.  Sampai berbelang badan kena panas.


Ni bahagian atas chalet tu.  Fakhrie dah awal-awal bagitau dia kat atas.  Takpelah, janji dia happy.  Aku takut Ieman ikut dia naik atas jugak je.  Dan jawapannya..Memang punnnn...


Tengokla aksi babah dan 2 hero aku tu.  Ieman siap belajar berenang lagi.


Tak puas dalam swimming pool, kat shower pun diaorang ni tak lepaskan peluang jugak.  Mmmm....


Dah petang-petang sikit, babah ajak Fakhrie dan Ieman main layang-layang pulak.  Si Ieman sibuk kejar layang-layang tu.  Hehehehehe. Lucu je aku tengok. Aku...duduk kat luar chalet je.  Puteri lilin..tunggu cuaca redup..hahahaha.


Antara aktiviti orang-orang yang datang kat situ petang-petang.  Kalau angin bagus, cantik je 'benda' ni terbang.  Kalau tak, jenuh gak diaorang ni nak jadi burung.


Kalau pegi sematan, tak sah kalau tak singgah kat gerai tepi jalan beli keropok lundu.  Macam-macam perisa ada.  Keropok sotong, ikan parang,udang dan pelbagai lagi makanan lain.  Kitaorang sempat g umah ayah kawan aku beli keropok.  Memang tengah buat keropok diaorang time tu.

Hajat di hati time balik tu nak singgah kat tasik biru, tapi aku tengok semua dah macam keletihan je, so kita balik terus ke umah.  Anyway, aku bersyukur sangat sebab anak-anak aku happy dengan percutian mereka itu walaupun singkat.










Anugerah Terindah ^_^

Monday, March 21, 2011

makan lagi!!!

memang pantang aku bila sebut pasal makan nie..nasib je badan tak naik-naik walaupun banyak makan.  okla, ujung minggu ni tadi aku dan hubby bawak si Fakhrie dan Ieman gi berkelah sekejap.  tempatnya takdelah jauh sangat, cuma yang penting dapat lari dari kesibukan kota.  check in semalam kat situ.


so entri kali ni aku cerita pasal makanan kat situ je ye, nanti kita cerita pasal resortnya pulak.  okla untuk dinner.  banyak gak pilihan bagi aku yang suka makan.  aku bloeh duduk kat situ dalam tempoh sejam lebih agar dapat aku menghayati makanannya. hehehehe.  pic menu untuk breakfast aku tak sempat nak amik ye, sebab lupa plak bawak kamera di awal pagi.  ok, jom kite tengok.  Aku tak tau berapa harga untuk makan kat sini sebab kitaorang punya dah include dalam pakej nya.

 ni dia punya point of view..hehehehe.


 antara menu utamanya..

western and local dishes

 ni pulak variety of deserts..yummy!!

puding ni sedap tau..

ok, thats all for now.  Si Ieman tak banyak songeh, bedal je.  Si Fakhrie ni yang ada memilih sikit..macam babahnya kot. hahahaha. sori my dear, mengata u sikit. luv u lahhhh!!

Anugerah Terindah ^_^

Wednesday, March 9, 2011

Ucapan hati..

Teringat kembali saat duduk menikmati sarapan pagi tadi, bersama sahabat2 yang sedari awal pagi telah memanaskan kerusi di hung2. Dalam berborak panjang terselit serba sedikit ayat2 yang tidak manis untuk dikongsi sewaktu menghadap rezeki Allah swt. Terdetik di hati, sukar untuk mengikis naluri untuk memperkatakan suatu yang tidak elok. "Kita hanya manusia biasa" getik hatiku bagi menenangkan perasaan yang masih merungut. Perasaan hasad, dengki, ujub dan riak sememangnya ada di dalam hati manusia seperti kita. Bezanya hanya sehebat mana perasaan tersebut dalam diri individu tersebut. Yang maksum hanya Rasulullah SAW yang telah dicuci hatinya semasa peristiwa Israk dan Mikraj. Sukar untuk kita hindari perasaan ini dari terus menghantui hati.

Teringat tips dari cerita Syeikh Abdul kadir Al Jailani bagaimana untuk sentiasa bersangka baik sesama insan. InsyaAllah, sama-samalah kita berpesan pesan untuk menghindari hati dari terus dicemari perasaan yang tidak sepatutnya.  Harap semoga suatu akan anak2ku baca dan tanamkan di dalam hati masing2 sebagai penduan dalam meneruskan kehidupan.  Antara yang beliau nyatakan:

1. Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan (dalam hatimu) : "Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

2. Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

3. Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

4. Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

5. Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

6. Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Wallahualam..

with luvs from Abbeqs

Anugerah Terindah ^_^

Andai kalian tahu..



putera-puteraku
andainya kalian tau
betapa mummy amat sayang kat kitak orang
walaupun kadang-kadang mummy gaok
sampei ngubit kitak terutamanya si abang
tapi ya sebab mummy sayang
mummy sik maok kitak jadi mancai bila dah besa
ingatlah yang kitak ya abang
bukan juak maksudnya mummy sayangkan adik lebih
mummy pun ada kubit adik
mummy pun ada marah-marah kat adik
mummy tauk adik kitak ya gaok

putera-puteraku
andainya kalian tau
suma yang mummy buat adalah untuk kebaikan kitak
agar kitak jadi orang yang berguna
agar kitak jadi orang yang lebih pandei dari mummy
untuk masa depan kitak orang mpun
agar kitak orang dapat berdiri atas kaki kitak mpun
mun mummy dah tutup mata
agar mummy tenang sebab anak-anak mummy berjaya

putera-puteraku
andainya kalian tau
mummy akan nangis mun tiap kali lepas anok kitak
mummy akan rasa nyesal sebab marah kitak
tapi mummy sik maok kitak jadi manjak
suara mummy salu besar
tapi dalam hati mummy salu merintih sebab anok kitak
nenek kitak salu pesan jangan anok sebab kitak orang gik kecik
tapi mummy rasa dari kecik ya kitak harus dianok
dapat kitak ingat ya sampei bila-bila

suamiku
andainya kau tau
kasih sayang kamek pada kitak dan anak-anak sik pernah pudar
sebab dalam hati kamek
hanya kitak dan putera-putera kita penyeri hidup kamek
mungkin kamek bukan wanita sempurna
sebab memang sikda orang yang sempurna kecuali Nya
tapi kamek harap kamek akan sentiasa sempurna
di mata dan di hati kitak
sebagai isteri yang kitak sayang
sebagai ibu putera-putera kita yang kitak kasih

suami dan putera-puteraku
andainya kalian tau
aku sentiasa berbisik sendiri
agar usia mummy dan abah seiring dengan kesihatan
sentiasa di bawah berkatNya
agar dapat nangga anak-anak mummy berjaya
dan kamek salu berkata
akulah wanita yang paling bertuah
mempunyai kalian di dalam hidup tok
dan doa kamek agar kebahagiaan ini akan menjadi milik kita
hingga akhir hayat


Anugerah Terindah ^_^

Tuesday, March 8, 2011

Monday, March 7, 2011

Blues monday..

Ari ni tengah syok2 buat keje, technician sampai pulak bagitau nak repair mesin. Tapi takpe, boleh gak relaks-relaks kan. Nak tido, takleh sebab diaorang ni sumenya lelaki..gerun gak.hihihihihi.

Ari ni Fakhrie tak gi sekolah. Walaupun nangis-nangis dia nak ke sekolah, tapi aku tak bagi. Sebabnya dia dijangkiti 'measle'. Dah beransur pulih dah. InsyaAllah esok dia g sekolah. Aku sentiasa doakan kesihatan anak-anak aku. Tak lupa gak utk cik abang tersayang..sape lagi..my hubby le. Hihihi. Amin.

So, nak tido ke..nak makan ni..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Anugerah Terindah ^_^

Tuesday, March 1, 2011

for my dearest hubby!!

ari tok mummy jiwang sikit Fakhrie and Ieman ok!! hahahahaha. yalah cuaca redup-redup tok rindu indah ngan hubby. oklah, tanpa banyak bicara aku tujukan lagu tok untuk my hubby tersayang. suka nangga muka annuar zain..tapi sukaaaaa gik nangga muka hubby la..haaaaaahaaaaahaaaaa!



so hubby, suka sik?? ada hadiah tok.  hahahahahahaha..

Anugerah Terindah ^_^

Related Posts with Thumbnails
Copyright© All Rights Reserved Danishsondblog.blogspot.com