Tuesday, January 11, 2011

Ieman jadi superman

suatu petang time cousin aku kemas barang Fakhrie dan Ieman, dia asing-asingkan pakaian yang Fakhrie dah tak pakai dah. Ieman pun sibuk gak la tolong.  Dalam sibuk-sibuk dia tolong tu, dia terpandang sepasang baju tido abangnya yang memang aku pun dah lupa kewujudan baju tu.  "wowww", katanya.."man"..aku hanya memandang dari jauh.  Dengan pantas dia pergi meluru ke arah ku dengan membawa baju tu.  Rupa-rupanya dia bawak baju superman si Fakhrie yang aku belikan sewaktu umur Fakhri 2 tahun.  Memang ngam-ngam dengan umur Ieman sekarang ni.  Dia mula merengek untuk dipakaikan baju tu dan bukak baju yang sudah siap dia pakai.  Aku dan cousin ku hanya tersenyum.  Si Fakhrie pulak terus ketawa melihat telatah adiknya itu.  Fakhrie terus berkata "tok hadiah abang untuknya k"..hahahaha..


Selesai dipakaikan baju tersebut, dia mula menjadi superman.  Ke sana ke mari dia berlari sambil menerbangkan sayap bajunya itu.  Yang paling aku tidak tahan, bila dia suruh aku ambil kamera untuk ambik gambar dia.  Adoii..


Masalah lain jugak timbul bila tiap-tiap petang si Ieman hanya mahu memakai baju tersebut selepas mandi.  Memang baju tu la favourite nya sekarang.  Walau masih di ampaian, dia akan suruh aku ambik jugak baju tu. hahahah.

Anugerah Terindah ^_^

No comments:

Related Posts with Thumbnails
Copyright© All Rights Reserved Danishsondblog.blogspot.com