Monday, January 31, 2011

Ieman dan buku

Suka nangga 'kerajinan' Ieman mengadap buku-bukunya.  Tiap kali abang nak molah kerja umah @ homework yang diberik cikgu, nya akan gago juak mintak carik buku.  Kadang-kadang nya akan mintak buku yang sama macam abangnya.  Adoiii..ya buku teks la sayang...cine mummy nakg ngoleh yang sama camya??

 perasan sik..Ieman dah menunjukkan yang nya lefthanded..macam mummy nya..hahahaha

Ieman sedang 'mengerjakan ' kertas abangnya..lelah abang ngafal lagu sekolah ya..

Bila aku perhatikan, Ieman yang suka ngan buku sama jak ngan anak kawanku sorang gik, blogger juak mira nama ibunya..Iman Madihah anaknya..aih, dekat nak sama juak nama anak kamek duak. hehehehehe.

Anugerah Terindah ^_^

Friday, January 28, 2011

Jumaat dan bunga

 Hari jumaat camni rasa segar pulak mata tengok bunga-bunga kan. hehehehe.  Kat umah aku ada 3 jenis bunga yang ada.  Aku suka 'bangattttt' dengan bunga kristal dan bunga plastik aka tiruan..kuan kuang kuang..tapi hubby lebih gemar bunga-bunga yang fresh..huhuhuhuhu..tapi susah la nak jaga bunga fresah ni..kalau fulus tu banyak untuk beli tiap minggu bolehla kan.  Layan je lah bunga-bunga aku ni..untuk kesegaran mata di pagi jumaat..waallllaaaa!

 ni bunga kristal dari sabah tau..kawan hadiahkan..hehehehe..

yang ni aku gubah sendiri..ada bakat tak?? mari order..ni kos aku gubah rm100 lbh gak walaupun hanya satu pasu kecil yang kiut miut..

 ni murah je..rm3.50 je setangkai..cuma sukakan kaler dia yang pink lembut tu..hubby tak berapa berkenan..hahahahaa..

 ni yang paling aku dan hubby suka..macam real je kan..mm..nice..rm29.90..(promote lagi tu)

favourite hubby..fresh flowers..orchid and roses..tp time aku amik pic ni roses nye dah 'layu'..

aku bukannya jenis yang sukakan bunga sangat dalam rumah, tak macam sesetengah orang yang rumahnya penuh dengan bunga.  Entahla, aku pun tak tau kenapa.  Ada satu pasu besar yang hanya akan muncul di rumahku time raya je. Pas raya, pasu tu pun akan bersembunyi dalam stor.  Hehehe.

Anugerah Terindah ^_^

Thursday, January 27, 2011

chinese new year is coming!

Kalau chinese new year, memang wajib kawan-kawan bagi limau mandarin kan.  Semalam pun hubby bawak balik satu beg, kawan dia bagi.  Thanks Annabella!  Dia siap bagi biskut lagi.  Sedap tau.  Yelah, kite ni time raya je baru nampak biskut camtu, so bila orang bagi time perayaan diaorang, rasa best yang teramat sangat.  Fakhrie borong limau, manakala si Ieman sibuk bawak biskut ke hulu ke hilir.  

cantik je kaler limau ni..nyum nyum..

Fakhrie time tu tengah makan nasik, tengok limau yang babahnya bawak, dia makan berulamkan limau. hehe..geli pulak hati aku tengok.  Satu beg limau tu, dia dapat habiskan sampai setengah beg.  Aku hanya makan 2 ulas je.  Mungkin sebab tu sistem penghadaman dia agak baik kot.  Yelah, suka makan limau.  Si Ieman pulak takleh rapat ngan dia sebab dalam kepala dia kita ni nak amik biskut dia tu.  Sampai penuh mulut dia makan biskut tu.  Biskut tu mula-mula aku tengok macam muka alien, tapi pastu aku tengok betul-betul macam buah peach rupa-rupanya. hihihihi.  Sori frens, silap pentafsiran..Rasanya macam tart nenasla.  Tapi yang ni lebih sedap.  Rasa nak order pulak untuk raya nanti..aik, awalnya kan.  Nak tengok rupa biskut tu?? taraaaa..

inilah biskutnya..macam mata alien kan..tapi sebenarnya buah peachla..hehehehe

Biasanya ieman akan duduk di meja makan bila tiba waktu makan malam, tapi semalam dia sibuk dengan biskut tu je.  Sedap sangat kot.  Anyway, kepada semua rakan-rakan, selamat menyambut Tahun Baru Cina dari kami sekeluarga..lots of love from us..


Anugerah Terindah ^_^

Friday, January 21, 2011

Program Transisi berakhir..

Hari ni berakhirlah program transisi tahun 1 di sekolah anak aku, mungkin juga sama di sekolah lain. Program ni macam program orientasi kita dulu-dulu. Start next week, beratlah beg si Fakhri membawa buku-buku sekolahnya.  Alhamdulillah setakat ni aku tengok dia ok berada di sekolah tu..sekolah agama..mungkin disiplinnya lebih kot.  Memang sesuai le untuk si Fakhri yang 'aktif' ni.  Hahahaa..

Balik je sekolah, dia terus bagitau yang next week diaorang ujian LINUS..untuk IQ diaorang.  Hmmm..Bestle sekolah sekarang ni.  Zaman aku dulu-dulu mana ada semua ni.  Asyik lukis corak je.  Tapi alhamdulillah, berjaya gak aku kan.  SPM pangkat 1 lagi tu..(haaaa...jangan riak, Allah marah kata Fakhri selalu mengingatkan aku)..Aku dulu sebenarnya sekolah sampai form 6 gak, tapi time nak amik STPM, mak suruh berhenti.  Dia konfiden aku dapat gi kolej diagnostik.  Nasib baikle memang dapat, kalau tak, nangis tak berlagu le aku..Tapi best gaklah sebab 2 tahun aku dah keje, member yang sama form 6 baru masuk jadi student nurse..huhuhuhuh..kesian(haaa...riak lagi..hehehehe)

Eh, melelat lak story aku ni.  Camne aku nak suruh Fakhri ulangkaji ujung minggu ni ek?  Babah dia siap ada download game baru pulak kat PSP kesayangannya tu..hmmmmm...Aku larang anak main, babahnya pulak yang jadi raja.  Tapi betul gaklah apa dia bagitau aku, takkan nak suruh budak 24 jam mengadap buku.  Teringat balik time aku(huh.ada lagi kisah aku), mengadap buku hanya time exam je.  Kalau tak exam, buku tu entah ke mana.  Kalau mengadap buku pun, pastu buku yang mengadap aku..hahahaha.
Apa-apapun, aku harap Fakhri dapat jawab soalan ujian nanti.  Aku tak kisah sangat dia dapat masuk kelas mana, yang penting dia tak stress belaja.  bak pepatah aku dulu..'takyah study hard, asal study smart'.  Kan Fakhri kan..
ALL D BEST TO YOU MY DEAREST SON!

Anugerah Terindah ^_^

Wednesday, January 19, 2011

Lempoyang @ halia hutan mampu rawat kanser?

Ni lah gambar lempoyang @ halia hutan yang hangat diperkatakan di dalam buletin utama semalam.  UPM telah menemui teknologi perubatan baru bagi merawat kanser serviks dengan menggunakan tumbuhan ini.  Aku mula terfikir, mana aku pernah tengok tumbuhan ni ye?  Mesti ramai yang tak perasan akan kewujudan tumbuhan herba ni.  Dan sekarang bila dah ada penyelidikan di buat dan telah terbukti berkesan, kita mulalah tercari-cari akan tumbuhan yang sebelum ni tidak diendahkan.  Alangkah indahnya rahmat Tuhan.  Semua benda yang dijadikan ada kegunaannya yang manusia sendiri tidak tahu.  Bahan ni amat stabil sehingga enam bulan di dalam larutan air pada suhu bilik dan mampu dikomersilkan sebagai Douches and Suppository.  Ia mampu membunuh sel kanser sama seperti ubatan antikanser komersil yang lain. 

Bestnye kalau aku jumpa lempoyang ni kan, mungkin boleh dibuat ulam kot.  Aku yang duduk kat kampung ni tak perlulah nak komersilkan tumbuhan ni, asala ada untuk kegunaan diri sendiri dan keluarga, cukuplah.  Kan orang selalu cakap, mencegah adalah lebih baik dari mengubati..Nanti balik kampung, aku nak tanya my parents pernah tak nampak tumbuhan ni.  Kalau ada, aku akan jadikan belakang rumah aku sebagai 'taman lempoyang'.  Mana tau, kawan-kawan nak beli ke.  Hehehehe.   Sekarang ni pun aku jadi si penjual kedondong, sebab kedondong di belakang umah aku tu dah tak terkira banyaknya.  Dah bagi kat jiran-jiran pun masih gak buahnya.  mmmm....korang tau ke apa kedondong ni?..

Anugerah Terindah ^_^

Tuesday, January 11, 2011

Ieman jadi superman

suatu petang time cousin aku kemas barang Fakhrie dan Ieman, dia asing-asingkan pakaian yang Fakhrie dah tak pakai dah. Ieman pun sibuk gak la tolong.  Dalam sibuk-sibuk dia tolong tu, dia terpandang sepasang baju tido abangnya yang memang aku pun dah lupa kewujudan baju tu.  "wowww", katanya.."man"..aku hanya memandang dari jauh.  Dengan pantas dia pergi meluru ke arah ku dengan membawa baju tu.  Rupa-rupanya dia bawak baju superman si Fakhrie yang aku belikan sewaktu umur Fakhri 2 tahun.  Memang ngam-ngam dengan umur Ieman sekarang ni.  Dia mula merengek untuk dipakaikan baju tu dan bukak baju yang sudah siap dia pakai.  Aku dan cousin ku hanya tersenyum.  Si Fakhrie pulak terus ketawa melihat telatah adiknya itu.  Fakhrie terus berkata "tok hadiah abang untuknya k"..hahahaha..


Selesai dipakaikan baju tersebut, dia mula menjadi superman.  Ke sana ke mari dia berlari sambil menerbangkan sayap bajunya itu.  Yang paling aku tidak tahan, bila dia suruh aku ambil kamera untuk ambik gambar dia.  Adoii..


Masalah lain jugak timbul bila tiap-tiap petang si Ieman hanya mahu memakai baju tersebut selepas mandi.  Memang baju tu la favourite nya sekarang.  Walau masih di ampaian, dia akan suruh aku ambik jugak baju tu. hahahah.

Anugerah Terindah ^_^

Monday, January 3, 2011

our photobook

so sweet..tq to mr hubby coz buat photobook 2010.. a lot of memories inside it..tp sape entah yang delete pic-pic dalam photobook aku ni..aduiii..mesti hubby aku punye keja.

 ni lah photobooknye..hehehe.

Menyelit jap..sepanjang tahun ni aku asyik tertanya-tanya berbaloi ke aku buat baju ni?  Kain ni aku beli kat kamdar semeter rm16.50.  Kain chiffon..tapi upah aku buat baju fesyen camni tau berape?...mmm...kelat rasa air liur nak bagitau..rm200 youuuuu!!! Nak tambah manik lagi rm80..tp aku tak sanggup..cukuple setakat tu.  Tapi time pakai, berbunga-bunga hati sebab banyak member tegur cantik..anyway, tq to my tailor la..awak memang tak pernah menghampakan saya..




Anugerah Terindah ^_^

Sunday, January 2, 2011

Ieman birthday

Its Ieman birthday!!! cun pulak PM kita bagi cuti umum..aku plan nak buat 1hb terus diawalkan..hehehehe.  yelah, birthday dia pun 31hb disember kan.

So, pagi tu aku dan hubby bergegas carik bahan untuk buat jamuan birthday dia.  Pegi ke secret recipe nak beli kek favourite tapi dah habis pulak..huhuhuhuhu..durian cheese..so, terpaksa lah beralih arah ke chocolate indulgence pulak..

malam tu buat jamuan simple je.  Aku masak sikit, pastu sempat gak aku merembat pizza..hahahaha..bila aku pikir balik, anak aku ke aku yang nak makan semua ni?..hehehe amik kesempatan dengan duit yang hubby bagi.
Taraaaa...jom tengok pic nye.

 chocolate indulgence..nyum nyum..

 menu of the day..simpe je

 Fakhrie, Ieman and babah

sikit dah tinggal favourite aku ni

Anyway, thanks pada keluarga yang hadir ye.  Ieman seronok sangat.

Anugerah Terindah ^_^

Related Posts with Thumbnails
Copyright© All Rights Reserved Danishsondblog.blogspot.com