Monday, November 22, 2010

konvokesyen day

uihhh..lamanya tak jenguk blog ni.  Patutle..i cuti. hehehehe.  Balik kampung, tapi yang sadisnyer broadband pulak lupe nak bawak.  Kita bercuti panjang sekaligus cuti raya aji.  
So today kita cerita pasal konvokesyen Fakhrie jelah.  Sehari sebelum aku balik kampung dia konvo.  Teruja aku hari tu sampai aku sempat menempah baju khas untuk konvokesyen dia.  Mana taknye, dia sempat cerita yang dia akan menjadi penyanyi solo untuk persembahan kumpulannya.  Memang mewarisi aku ni..hahahahaha.  Tak percaya, nanti tengok pic dia ye.  Hubby aku tak dapat hadir sebab ada appointment dengan 'si pengembala kambing'..hehehehehe..lucu eh.  Dia pegi amik kambing yang akan dikorbankan untuk hari raya haji tu.

 cutenye dia orang atas stage..hehehehe.

Dialah penyanyi solo..hehehehe..

Aku pun tak tau part mana dia nyanyi solo.  hehehehe.  Bila dia tengok wajah aku kat bawah stage, suaranya makin nyaring dan lantang.  Nak tunjuk kat mummy nya la tu..  Pastu baru diaorang amik sijil.  Yang lucunya, lepas dia dapat je sijil tu, dia terus bagitau aku sijil tu untuk dia mintak keje bila besar nanti.  Hampir terduduk aku mendengarnya. Speechless aku..

 amik sijil dan hadiah

 selepas amik sijil, duduk bersama geng-geng.  entah apa yang diorang cerita aku pun tak tau

nak jugak dia pose agar dia yang menonjol time aku amik pic. hehehehe

Sebenarnya ada pic kambing yang hubby aku sembelih, tapi aku tak sampai hati la tengok kambing tu..takyah le aku cerita pasal raya haji k.  Yang penting, hari raya haji memang meriah bila di kampung.  Menu utama, sudah semestinya kari kambing boer..hehehehe.  Walaupun tak sampai ati tengok kambing disembelih, tapi karinya tetap aku makan.  Siap order roti canai lagi.  Kuang3..

Anugerah Terindah ^_^

No comments:

Related Posts with Thumbnails
Copyright© All Rights Reserved Danishsondblog.blogspot.com