Friday, February 20, 2015

2014.. Alhamdulillah

2014 meninggalkan dirinya hampir 2 bulan.. Jejak langkah terlalu indah d tahun 2014, Alhamdulillah ya Allah.. Bermulanya dengan segulung ijazah, disusuli dengan kurniaan anugerah yang terindah, Dhiya Zara dizahirkan ke dunia... lantas di kala penghujungnya disudahi dengan panggilan menjadi tetamu di teratak Allah s.w.t..

Hadirnya tahun 2014, perutusan diterima.. tahniah, anda telah lulus dan dianugerahi segulung ijazah ....... Ya Allah, usahaku selama ini terbalas dengan keputusan yang amat aku nantikan. Its a flying color... wow.. usaha dan penat lelah sepanjang pengajian terasa hilang. Terima kasih ya Allah kerana memberikan aku kesabaran, buah fikiran dan semangat di sepanjang tempoh tersebut. 

2014 melangkah terus.... 
Hadirnya pelengkap seri di kediaman suri, menyinari teratak ayahanda, menghibur hati gundah sang bonda.. Dhiya Zara hadir di saat yang amat dinantikan.. 14 februari 2014.. tangisan si kecil menerjah pagi disambutku dengan penuh kesyukuran(thanks to Dr Philip sbb bg conduct that special delivery). She will be our precious princess.




Anugerah indah...
Walau langkah selalu terjatuh, sumbang namun ternyata Allah masih menyayangi diri ini.. Masih hadir jemputan bertandang ke rumahNya.. Masya Allah, terlalu besar kasihMu padaku yang hina ini ya Rahman...  59 hari bertandang di sana terasa begitu singkat. Bermacam peristiwa semasa bertugas dan beramal kuterima dengan penuh rela hati. Namun yang pasti, cabaran itu sedaya upaya cuba kutempuhi dengan sebaik mungkin.. Kerinduan buat insan yang kurindui dimakbulkan waima hanya dalam mimpi..(duhai bonda, tenanglh disana. Aku tau dirimu bahagia dibawah rahmatNya).  Dalam kesibukan harian, Doaku agar segala amalanku diterimamu ya Allah.. Amin..

Perjalanan rohani 2014



syukur Alhamdulillah.


With luv... 



abbeqs
Kota Samarahan 
Feb20.





Anugerah Terindah ^_^

No comments:

Related Posts with Thumbnails
Copyright© All Rights Reserved Danishsondblog.blogspot.com