Di hari Jumaat yang barokah ini, terkenang seketika
perjalanan Haji tahun lalu. Tersentuh
sekali lagi hati yang dimamah usia ini.
Biarlah rasa ini dikongsikan bersama di laman blog ini.
Kisah terjadi adalah rentetan dari peristiwa di Arafah,
semasa mengendalikan klinik untuk khemah Jemaah haji dari Maktab Rehab
Janadriah. Seorang wanita 60 an dibawa oleh anaknya kerana masalah kesihatan
yang agak serius. Then she was diagnosed
to have pneumonia which make her breathless and need further medical
attention(speaking sikit)..
Semasa si ibu menyandar untuk mendapatkan rawatan nebulizer,
sempat juga aku berborak dengan si anak muda yang amat kukagumi itu. Dia awalnya hanyalah pengganti ayahnya
sebagai mahram buat ibunya. Ayahnya tidak sempat mengerjakan haji kerana telah
meninggal dunia berberapa bulan yang lalu.
Sepanjang di Arafah, pemuda itu sentiasa membasahkan lidahnya membaca AlQuran
disamping ibunya yang terlantar. Tiba
masa untuk bergerak ke Mudzalifah dan Mina, kami bergerak dengan bas yang
terakhir dan hanya singgah sebentar di Mudzalifah untuk mengutip batu dan terus
ke Mina.
Setibanya di Mina, si ibu masih lagi memerlukan rawatan
perubatan dengan berbaring di klinik.
Tibalah saat yang amat mengharukan hati ini. Saat hendak melontar jamrah… Pemuda tersebut
menghampiri aku untuk memohon agar dibenarkan ibunya melontar jamrah.
Masih aku ingat dialog antara kami berdua:
Pemuda : “Doktor(hampir semua petugas lelaki kesihatan akan
dipanggil doktor)..”
Aku: “Ada apa yang
boleh saya bantu dik”
Pemuda: “Emak saya
nak melontar hari ni. Boleh tak kami pergi ke Jamrah”
Aku: “Boleh dik, tapi
kena gunakan kerusi roda k, jangan bagi dia kepenatan sangat, Jauh jamrah tu. Dari sini jika pergi dan
balik lebih 7 km.”
Pemuda: “Takpe
doctor, saya boleh dukung mak, Insya Allah”
Aku: “Laa.. jauh tu dik. Kenapa nak dukung? Kan ada kerusi
roda..”
Pemuda: “Takpe doctor. Mak pernah bawak saya 9 bulan dengan
penuh hati hati. Mak pernah kepenatan, kelesuan malah kesakitan selama 9 bulan
membawa saya seharian. Apalah sangat nak bawak mak 7 km selama 3 hari. Insya
Allah, doctor doakan saya agar perjalanan ke sana dipermudahkan”
Aku hanya mampu mengalihkan pandangan ke sisi, terasa panas
aliran air mata menitis. Ya Allah,
betapa aku rasa kerdil dihadapan pemuda ini… Adakah Engkau utuskan dirinya
untuk aku muhasabah diri??
Pemuda: “Doktor
izinkan tak?
Aku: “Baiklah tapi saya akan ikut kamu berdua” ujarku sampil
menyeka airmata.
Pemuda: “Terima kasih doctor. Saya minta maaf jika susahkan
doctor”
Aku: “Takpe, memang
dah tugas saya dik”
Pemuda: “Terima kasih doctor. Semoga doctor dirahmati Allah swt” ujar
pemuda tersebut dengan senyum yang tidak penah lekang dari bibirnya.
Aku bergegas, mengemaskan diri dengan batu dan sebotol air
zam2 kuletakkan dalam beg sandang. Aku offkan IV line si ibu bagi memudahkan
pergerakan mereka ke jamrah. Untuk kecemasan aku masukkan juga IV drip dan IV
line dalam beg sandangku.
Pemuda tersebut seakan bersedia dengan sepenuhnya mendukung
si ibu. Si ibu didukung bagai anak kecil, dengan dibaluti kain di belakang
anaknya. Kami bertiga memulakan
perjalanan itu dengan bacaan doa dari pemuda tersebut.
“Ya Allah yang Maha Mengetahui, Maha Pemurah dan Penyayang..
Permudahkan urusan kami melontar jamrah hari ini. Permudahkan ya Allah. Jika
ada dosa kami yang tertanggung menghalang perjalanan kami ini, Ampunkanlah kami
ya Allah. Jika ada khilaf diri kami yang
bakal menyukarkan perjalanan ini, Ampunkan kami ya Allah.. Jika engkau redhai
perjalanan ini, permudahkanlah ya Allah..”
Bening panas airmata menitis lagi terasa di pipi mendengar
luahan pemuda tersebut kepada Sang Pencipta.
Perjalanan sejauh 7 km dengan suhu 43’C ternyata amat
memeritkan bagi sesetengah Jemaah. Aku
lihat pemuda memulakan langkah dengan tenang dengan bibir yang sentiasa
bertasbih, beristigfar kepada Allah swt. Peluh bercucuran membasahi walau di
terowong itu terlindung dari panahan mentari. Si ibu nampak keletihan, pemuda
tersebut berhenti seketika, berlari ke pili air zam-zam yang disediakan,
menyuap air ke mulut ibunya, membasahi muka si ibu dengan penuh kasih sayang..
Ya Allah, betapa beruntungnya ibu ini… dikurniakan seorang
anak soleh yang begitu baik.. Air mataku tumpah lagi… Aku?? Mampukah aku
berbuat sedemikian rupa untuk ibuku… Mampukan aku mengendong ibu sepanjang
perjalanan itu.. Ya Allah.. Aku terasa malu, kerdil disamping pemuda itu..
Sepanjang perjalanan, kami berhenti di setiap kawasan pili
air zam-zam. Seperti biasa, si anak akan menyuap ibunya air zamzam dan
membasahi muka ibunya dengan lembut.
Alhamdulillah, perjalanan hari itu disudahi selama 4 jam
lebih. Aku kepenatan dengan peluh yang mencurah. Pemuda tersebut apatah lagi
namun senyuman tidak lekang dari bibirnya setiap kali melayani ibunya. Setibanya di khemah klinik, si ibu
dibaringkan kembali dan aku teruskan pemberian iv drip kerana bimbang skan
dehidrasi akibat panas melampau sepanjang perjalanan tadi. Pemuda tadi mohon kembali ke khemah untuk
mandi dan menukar pakaian. Sebelum bergerak sempat beliau berpesan agar menjenguk
ibunya, memohon izin sambil mengucup dahi ibunya yang keletihan.
Ya Allah, aku beredar dari situ dengan genangan
airmata. Aku rindu arwah ibuku…
Meski sekian lama beliau kembali namun kenangan bersama ibu
masih segar di ingatanku. Aku terkebelakang
jika dibandingkan dengannya. Aku
menangis semahu-mahunya di sudut khemah penginapan. Mengenang segala kejahilan, kedegilan,
perangai dan segala yang dilakukan semasa arwah masih hidup.. Kenangan lama
diimbau untuk kesekian kalinya..
Lontaran jamrah bersama pemuda tersebut diteruskan untuk
kali kedua dan ketiga.. still the same feel inside me.. always play with the
tears.. Dalam hati ku terdetik, Allah izinkan aku menyaksikan amal soleh
seorang anak kepada ibunya yang aku sendiri tidak mampu aku lakukan.
Hari yang kedua, dengan kuasa Allah yang Maha Kuasa,
perjalanan kami dipermudahkan, pemuda tersebut mendukung ibunya dengan pantas
dan hanya perlu berhenti 4 kali sepanjang perjalanan tersebut. Itu pun apabila pemuda tersebut memberi
ibunya minum dan membasahi muka ibunya.
Hari ketiga: Perjalanan semakin mudah. Zat Allah bantu kami
dengan hembusan angin segar. Aku merasa setiap kali menghampiri pemuda semasa
beliau mendukung ibunya, dapat kurasakan angina segar berlegar di
sekitarnya. Perjalanan ke jamrah
berjalan lancar tanpa rasa bahang kepanasan di dalam terowong tersebut.
Usai melontar kali ketiga, di khemah perubatan, semasa
rehat, pemuda tersebut menghampiriku.
Pemuda: “Doktor masih
ada ibu?”
Aku: “Dah meninggal
dik. Lama dah. Tapi sempatlah jadi tetamu Allah di sini”
Pemuda tersebut terdiam, “Maafkan saya bertanya. Alhamdulillah, sempat juga dia kesini. Sama-samalah kita doakan arwah ibu doctor ya”
Aku: “Terima kasih dik kerana sudi doakan arwah ibu saya
walau tak kenal dengannya”
Pemuda: “Kita bersaudara doctor. Jangan berterima kasih
kepada saya. Ibu saya kata doctor seorang yang baik. Ibu izinkan saya berdoa
untuk kebaikan doctor. Ibu cakap selalu tengok doctor menangis.. boleh saya
berkongsi kesedihan doctor?”
Aku: “Xpa dik. Hanya rasa kerdil bila tengok apa yang adik
lakukan kepada ibu adik. Saya tidak mampu lakukan apa yang adik buat, adik buat
saya terkenang arwah ibu.. Dik, boleh tak adik doakan agar dapat saya berjumpa
seketika dengan arwah ibu. Memang mustahil kan, tapi jika Allah izinkan, tiada yang mustahil kan..”
Pemuda: “Insya Allah
doctor. Sampai ke Mekah nanti, saya akan cuba doakan di hadapan Multazam. Tapi.. doctor kena doakan juga la ek”
Perbualan kami terputus apabila ada kes kecemasan dibawa ke
khemah klinik. Sementara menunggu bas terakhir, aku jalankan amanah dengan
sebaik mungkin.
Panjang dah cerita… kelaklah aku sambung cerita tuk..
Suasana di Mina |
with luv.. abbeqs
#terimbaukenanganlama
#AlFatihahuntukArwahIbuku
1 comment:
im follow plz..
Post a Comment