Thursday, December 31, 2015

Acel turns 7

 31.12.2015 Danish Ieman bin Hj Hamka genap 7 tahun.  Walaupun nya darjah 2 tahun depan, tapi masih 7 tahun.  Hihihih.  Sapa nyuruh ujung tahun nak??  hihihi.  Anyway, Selamat Ulang Tahun yang ke 7 sayang.  Abah, mami, abang, qaseh doakan kitak sentiasa sihat walafiat, sentiasa dimurahkan rezeki dan berada di bawah lindunganNya.
Muka-muka yang menyambut birthday bulan 12.  Majlis di umah Nek Pah.  Hihihi.  Thank you Haiza for the yummy cake..

Anugerah Terindah ^_^

Sunday, October 18, 2015

Happy Birthday Abang!!!

 Selamat Ulangtahun yang ke 11 anak bujang mami..Danish Fakhri bin Hj Hamka.  Semoga menjadi anak yang soleh, anak yang bijak dan berjaya di dalam hidup.  Itu doa dari mami dan abah.  Asal tiup kek, memamg muka si Zara yang excited.  Hahaahaha.  

Slices cake from secret recipe.  Tapi mami nya yang lebih makan. Sebab abang lebih ke arah chocolate cake. Hihihi. 
 
Birthday paknek yang lepas.  Happy birthday apak. Luv youuuu!!


Anugerah Terindah ^_^

Monday, October 5, 2015

Oktober..

Oktober..
Bulan kelahiran anak bujang aku..Danish Fakhri bin Hj Hamka..
Oktober..
Bulan peperiksaan sekolah anak-anak aku..
Oktober..
Saat aku update blog ini setelah 2 bulan tidak dijengah mahupun diterjah.  Hahaahhaha..

Okkey, what should i prepare for his birthday??  Hurmmm..umur dah 11 tahun, sikkan masih nak buat parti, tiup belon, tiup kek 1kilo dengan design2 kereta semua tu??  

What in my mind is to bring him for a dinner, special dinner and blow a candle on a pieces of cakes.  Only a pieces haaaa..Okkey!!  Will discuss with hubby. Hehehehehe..

Ok, no pic for now.  Malas nak upload.  



Anugerah Terindah ^_^

Tuesday, July 14, 2015

27 Ramadhan..

Hampir sebulan berada di bulan yang penuh keberkatan.  Dengan rasa sedih bulan Ramadhan akan ditinggalkan.  Tiada apa yang mampu kuzahirkan melainkan doa agar segala amalanku di terima oleh Yang Maha Esa.
Dan tika ini, aku  masih lagi di ofis.  Menghabiskan kerja-kerja sebelum bercuti.  Raya di mana tahun ni?  Opkos akan balik di kedua-dua kampung kan.  Hehehe.  
Fakhrie dan Ieman alhamdulillah berpuasa tahun ni.  Kadang-kadang ada sendu bila kulihat wajah yang keletihan balik dari sekolah.  Tapi kedua-duanya berkeras untuk meneruskan ibadah puasa mereka,  kuiringi dengan senyuman di bibir.  Tapi biasalah, lepas setiap kali solat memang akan terbaring di hadapan tv.  anddddd..demanding bila tiba part berbuka.  Nak itu, nak ini..hurrmmm..
Qaseh??  Always dengan aktivitinya. Upin n Ipin.  Aku rasa dah berapa lama aku tak mengadap siaran lain selain dari kartun tersebut.  Program tv kegemaran aku pun terpaksa aku rekodkan untuk tontonan di kemudian hari.
Persiapan raya aku tahun ni simple jer.  Aik, simple ke??? Hihihihi.  Biskut dan kek dah siap.  Aku buat kek lumut je.  Tu pun tiap malam si Ieman mintak potong sebab dia nak makan.  Biskut??  Biskut cincin, biskut makmor, biskut cornflakes, batang buruk, popia, and adalah beberapa yang lain.  Simple kannnn..
Ok la, aku pun jarang nak berblog sekarang ni.  Ada masa nanti i update lagi ye.




Anugerah Terindah ^_^

Friday, May 29, 2015

AIRMATA TUMPAH DI MINA - Part 1

Di hari Jumaat yang barokah ini, terkenang seketika perjalanan Haji tahun lalu.  Tersentuh sekali lagi hati yang dimamah usia ini.  Biarlah rasa ini dikongsikan bersama di laman blog ini.

Kisah terjadi adalah rentetan dari peristiwa di Arafah, semasa mengendalikan klinik untuk khemah Jemaah haji dari Maktab Rehab Janadriah. Seorang wanita 60 an dibawa oleh anaknya kerana masalah kesihatan yang agak serius.  Then she was diagnosed to have pneumonia which make her breathless and need further medical attention(speaking sikit)..

Semasa si ibu menyandar untuk mendapatkan rawatan nebulizer, sempat juga aku berborak dengan si anak muda yang amat kukagumi itu.  Dia awalnya hanyalah pengganti ayahnya sebagai mahram buat ibunya. Ayahnya tidak sempat mengerjakan haji kerana telah meninggal dunia berberapa bulan yang lalu. 

Sepanjang di Arafah, pemuda itu  sentiasa membasahkan lidahnya membaca AlQuran disamping ibunya yang terlantar.  Tiba masa untuk bergerak ke Mudzalifah dan Mina, kami bergerak dengan bas yang terakhir dan hanya singgah sebentar di Mudzalifah untuk mengutip batu dan terus ke Mina. 

Setibanya di Mina, si ibu masih lagi memerlukan rawatan perubatan dengan berbaring di klinik.  Tibalah saat yang amat mengharukan hati ini.  Saat hendak melontar jamrah… Pemuda tersebut menghampiri aku untuk memohon agar dibenarkan ibunya melontar jamrah.

Masih aku ingat dialog antara kami berdua:

Pemuda :   “Doktor(hampir semua petugas lelaki kesihatan akan dipanggil doktor)..”
Aku:          “Ada apa yang boleh saya bantu dik”
Pemuda:    “Emak saya nak melontar hari ni. Boleh tak kami pergi ke Jamrah”
Aku:          “Boleh dik, tapi kena gunakan kerusi roda k, jangan bagi dia kepenatan sangat,  Jauh jamrah tu. Dari sini jika pergi dan balik lebih 7 km.”
Pemuda:    “Takpe doctor, saya boleh dukung mak, Insya Allah”
Aku:          “Laa.. jauh tu dik. Kenapa nak dukung? Kan ada kerusi roda..”
Pemuda:    “Takpe doctor. Mak pernah bawak saya 9 bulan dengan penuh hati hati. Mak pernah kepenatan, kelesuan malah kesakitan selama 9 bulan membawa saya seharian. Apalah sangat nak bawak mak 7 km selama 3 hari. Insya Allah, doctor doakan saya agar perjalanan ke sana dipermudahkan”

Aku hanya mampu mengalihkan pandangan ke sisi, terasa panas aliran air mata menitis.  Ya Allah, betapa aku rasa kerdil dihadapan pemuda ini… Adakah Engkau utuskan dirinya untuk aku muhasabah diri?? 

Pemuda:  “Doktor izinkan tak?
Aku:        “Baiklah tapi saya akan ikut kamu berdua” ujarku sampil menyeka airmata.
Pemuda:  “Terima kasih doctor. Saya minta maaf jika susahkan doctor”
Aku:        “Takpe, memang dah tugas saya dik”
Pemuda:  “Terima kasih doctor.  Semoga doctor dirahmati Allah swt” ujar pemuda tersebut dengan senyum yang tidak penah lekang dari bibirnya.

Aku bergegas, mengemaskan diri dengan batu dan sebotol air zam2 kuletakkan dalam beg sandang. Aku offkan IV line si ibu bagi memudahkan pergerakan mereka ke jamrah. Untuk kecemasan aku masukkan juga IV drip dan IV line dalam beg sandangku.

Pemuda tersebut seakan bersedia dengan sepenuhnya mendukung si ibu. Si ibu didukung bagai anak kecil, dengan dibaluti kain di belakang anaknya.  Kami bertiga memulakan perjalanan itu dengan bacaan doa dari pemuda tersebut.

“Ya Allah yang Maha Mengetahui, Maha Pemurah dan Penyayang.. Permudahkan urusan kami melontar jamrah hari ini. Permudahkan ya Allah. Jika ada dosa kami yang tertanggung menghalang perjalanan kami ini, Ampunkanlah kami ya Allah.  Jika ada khilaf diri kami yang bakal menyukarkan perjalanan ini, Ampunkan kami ya Allah.. Jika engkau redhai perjalanan ini, permudahkanlah ya Allah..”

Bening panas airmata menitis lagi terasa di pipi mendengar luahan pemuda tersebut kepada Sang Pencipta.

Perjalanan sejauh 7 km dengan suhu 43’C ternyata amat memeritkan bagi sesetengah Jemaah.  Aku lihat pemuda memulakan langkah dengan tenang dengan bibir yang sentiasa bertasbih, beristigfar kepada Allah swt. Peluh bercucuran membasahi walau di terowong itu terlindung dari panahan mentari. Si ibu nampak keletihan, pemuda tersebut berhenti seketika, berlari ke pili air zam-zam yang disediakan, menyuap air ke mulut ibunya, membasahi muka si ibu dengan penuh kasih sayang..
Ya Allah, betapa beruntungnya ibu ini… dikurniakan seorang anak soleh yang begitu baik.. Air mataku tumpah lagi… Aku?? Mampukah aku berbuat sedemikian rupa untuk ibuku… Mampukan aku mengendong ibu sepanjang perjalanan itu.. Ya Allah.. Aku terasa malu, kerdil disamping pemuda itu..
Sepanjang perjalanan, kami berhenti di setiap kawasan pili air zam-zam. Seperti biasa, si anak akan menyuap ibunya air zamzam dan membasahi muka ibunya dengan lembut.

Alhamdulillah, perjalanan hari itu disudahi selama 4 jam lebih. Aku kepenatan dengan peluh yang mencurah. Pemuda tersebut apatah lagi namun senyuman tidak lekang dari bibirnya setiap kali melayani ibunya.  Setibanya di khemah klinik, si ibu dibaringkan kembali dan aku teruskan pemberian iv drip kerana bimbang skan dehidrasi akibat panas melampau sepanjang perjalanan tadi.  Pemuda tadi mohon kembali ke khemah untuk mandi dan menukar pakaian. Sebelum bergerak sempat beliau berpesan agar menjenguk ibunya, memohon izin sambil mengucup dahi ibunya yang keletihan.

Ya Allah, aku beredar dari situ dengan genangan airmata.  Aku rindu arwah ibuku…
Meski sekian lama beliau kembali namun kenangan bersama ibu masih segar di ingatanku.  Aku terkebelakang jika dibandingkan dengannya.  Aku menangis semahu-mahunya di sudut khemah penginapan.  Mengenang segala kejahilan, kedegilan, perangai dan segala yang dilakukan semasa arwah masih hidup.. Kenangan lama diimbau untuk kesekian kalinya..

Lontaran jamrah bersama pemuda tersebut diteruskan untuk kali kedua dan ketiga.. still the same feel inside me.. always play with the tears.. Dalam hati ku terdetik, Allah izinkan aku menyaksikan amal soleh seorang anak kepada ibunya yang aku sendiri tidak mampu aku lakukan. 
Hari yang kedua, dengan kuasa Allah yang Maha Kuasa, perjalanan kami dipermudahkan, pemuda tersebut mendukung ibunya dengan pantas dan hanya perlu berhenti 4 kali sepanjang perjalanan tersebut.   Itu pun apabila pemuda tersebut memberi ibunya minum dan membasahi muka ibunya.
Hari ketiga: Perjalanan semakin mudah. Zat Allah bantu kami dengan hembusan angin segar. Aku merasa setiap kali menghampiri pemuda semasa beliau mendukung ibunya, dapat kurasakan angina segar berlegar di sekitarnya.  Perjalanan ke jamrah berjalan lancar tanpa rasa bahang kepanasan di dalam terowong tersebut. 

Usai melontar kali ketiga, di khemah perubatan, semasa rehat, pemuda tersebut menghampiriku.

Pemuda:  “Doktor masih ada ibu?”
Aku:        “Dah meninggal dik. Lama dah. Tapi sempatlah jadi tetamu Allah di sini”
Pemuda tersebut terdiam, “Maafkan saya bertanya.  Alhamdulillah, sempat juga dia kesini.  Sama-samalah kita doakan arwah ibu doctor ya”
Aku:        “Terima kasih dik kerana sudi doakan arwah ibu saya walau tak kenal dengannya”
Pemuda:  “Kita bersaudara doctor. Jangan berterima kasih kepada saya. Ibu saya kata doctor seorang yang baik. Ibu izinkan saya berdoa untuk kebaikan doctor. Ibu cakap selalu tengok doctor menangis.. boleh saya berkongsi kesedihan doctor?”
Aku:        “Xpa dik. Hanya rasa kerdil bila tengok apa yang adik lakukan kepada ibu adik. Saya tidak mampu lakukan apa yang adik buat, adik buat saya terkenang arwah ibu..  Dik, boleh tak adik doakan agar dapat saya berjumpa seketika dengan arwah ibu. Memang mustahil kan, tapi  jika Allah izinkan, tiada yang mustahil kan..”
Pemuda:  “Insya Allah doctor. Sampai ke Mekah nanti, saya akan cuba doakan di hadapan Multazam. Tapi.. doctor kena doakan juga la ek”

Perbualan kami terputus apabila ada kes kecemasan dibawa ke khemah klinik. Sementara menunggu bas terakhir, aku jalankan amanah dengan sebaik mungkin.


Panjang dah cerita… kelaklah aku sambung cerita tuk..

Suasana di Mina

with luv.. abbeqs
#terimbaukenanganlama
#AlFatihahuntukArwahIbuku 



Anugerah Terindah ^_^

Friday, February 20, 2015

2014.. Alhamdulillah

2014 meninggalkan dirinya hampir 2 bulan.. Jejak langkah terlalu indah d tahun 2014, Alhamdulillah ya Allah.. Bermulanya dengan segulung ijazah, disusuli dengan kurniaan anugerah yang terindah, Dhiya Zara dizahirkan ke dunia... lantas di kala penghujungnya disudahi dengan panggilan menjadi tetamu di teratak Allah s.w.t..

Hadirnya tahun 2014, perutusan diterima.. tahniah, anda telah lulus dan dianugerahi segulung ijazah ....... Ya Allah, usahaku selama ini terbalas dengan keputusan yang amat aku nantikan. Its a flying color... wow.. usaha dan penat lelah sepanjang pengajian terasa hilang. Terima kasih ya Allah kerana memberikan aku kesabaran, buah fikiran dan semangat di sepanjang tempoh tersebut. 

2014 melangkah terus.... 
Hadirnya pelengkap seri di kediaman suri, menyinari teratak ayahanda, menghibur hati gundah sang bonda.. Dhiya Zara hadir di saat yang amat dinantikan.. 14 februari 2014.. tangisan si kecil menerjah pagi disambutku dengan penuh kesyukuran(thanks to Dr Philip sbb bg conduct that special delivery). She will be our precious princess.




Anugerah indah...
Walau langkah selalu terjatuh, sumbang namun ternyata Allah masih menyayangi diri ini.. Masih hadir jemputan bertandang ke rumahNya.. Masya Allah, terlalu besar kasihMu padaku yang hina ini ya Rahman...  59 hari bertandang di sana terasa begitu singkat. Bermacam peristiwa semasa bertugas dan beramal kuterima dengan penuh rela hati. Namun yang pasti, cabaran itu sedaya upaya cuba kutempuhi dengan sebaik mungkin.. Kerinduan buat insan yang kurindui dimakbulkan waima hanya dalam mimpi..(duhai bonda, tenanglh disana. Aku tau dirimu bahagia dibawah rahmatNya).  Dalam kesibukan harian, Doaku agar segala amalanku diterimamu ya Allah.. Amin..

Perjalanan rohani 2014



syukur Alhamdulillah.


With luv... 



abbeqs
Kota Samarahan 
Feb20.





Anugerah Terindah ^_^

Saturday, February 14, 2015

My Dhiya Zara turn ONE..

Last year, di pagi Jumaat yang hening u was born.  And yang specialnya, disambut oleh babah sendiri.  Babah yang potong tali uri.  A big thanks to Dr Philip and all Borneo Medical Centre staffs.  Lahirnya seorang puteri menambahkan lagi seri dalam hidup kami.  Thanks Allah..

14 Februari 2014..my pinkish buddyz..

Dan hari ini, u already 1 year.  Mulut dah boleh tahan.  Ada geng mommy.  Hahaahaaha..Mommy, babah and abang-abang doakan kitak dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa di bawah lindungan Allah s.w.t.

Orang secret recipe yang tidak mengikut arahan.  Aku suruh deco, nang sik dipolah nya.  Huhuhu..

 Here you are my princess..baby bawah ketiak babah.  Hihihihi.. We all love u Qaseh..:))


Anugerah Terindah ^_^

Related Posts with Thumbnails
Copyright© All Rights Reserved Danishsondblog.blogspot.com