Sekarang dah darjah dua dah anak bujang aku ni. Semakin banyak cerita bila balik sekolah. Aku tak larat nak jawab dah. Persoalannya mengenai ayat majmukla, flora dan fauna la. Kalau setakat tu, boleh lagi aku nak jawab. Tapi bila timbul subjek arab, aku cuma diam je. Mummy ni aliran sains le dulu Fakhrie ooii, mana tau arab tu. Kena amik kelas arab aku ni. Hahahaha. Kalau aku tak indahkan cerita dia, yang jadi mangsa adalah Ieman. ieman pun dengan selamba angguk-angguk je tiap kali abang dia bercerita. Hahahaha. Kali ni aku cerita pasal hobi si abang je. Hobinya yang aku tidak berapa suka kerana ia berkaitan dengan barang aku. Sampai jammed dibuatnya...
Hahhh..ni hartabenda aku..sampai dia boleh delete memo yang aku copy..huhuhuhuhu..
Ni lagilah..tiap kali masuk dalam keta dia akan pinjam sebab kat umah Ieman ada dah takleh mintak dah. Apalagi, Angry birdla..Sampai sekali tu phone ni takleh on dah walaupun bateri full. Nasib baik ok pastu.
Tapi kalau bab phone abah boleh pulak takut nak pakai. Abahnya pun pandai gak, takde game angry bird dalam tu.
Ieman tak berapa minat benda camni. Lainla kalau aku dan hubby masing-masing bukak labtop buat keja, dia pun akan menyelit gak sambil tekan keyboard..hurmmmm..
Dalam hati aku sebagai ibu, aku sentiasa mendoakan mereka berdua berjaya di dunia dan di akhirat..Amin..
p/s:..tiba-tiba teringat kat galaxy note..hahahahah..
No comments:
Post a Comment