Tuesday, September 28, 2010

Tak Bergambar...

Takde pic nak upload.  Masih dalam kamera, malas nak edit.  Ni suma keje laki aku le..

Nak cerita dia jadi gak buat open house untuk kawan-kawan dia.  Mula-mula nak guna katering.  Aku tanya le nak menu apa, dia kata macam biasa...kari kambing, kari ayam, sayur,..bla bla bla.  So akucadangkan tak payah guna katering, biar aku yang masak.  Matanya terus je membulat..(dapat bayangkan tak? hehehe)..aku tau tu, dia tak confident kebolehan aku memasak ni.  Aku bagitau le yang aku nak buat soto jugak.  So menu aku soto, kari kambing, kari daging, mushroom oyster sauce, nasik hujan panas, sate dan kuah sate.  Dia ternganga dah.  aku hanya tersenyum.

Sehari sebelum nak buat tu, dia belikan semua bahan-bahan yang aku perlukan.  
Aku siap import mak dari kampung untuk menolong.  Aku pernah buat nasik hujan panas time student dulu, so takde yang susah sangat.  Soto tu aku mintak resepi dari kakak angkat aku.  Thankzzzz yaaa!!!...cuma bahan dia aku ubah sikit.  Soto tu nama dia soto banjar.  Bukan setakat guna nasik himpit je, siap guna, isi ayam, tauhu goreng, telur rebus, kentang goreng , bergedil(aku tak sempat buat)..kicapnye, pergghhh..pedassss...tu yang best tu.  Sup nya sudah semestinya rahsia aku dan kakak angkat aku tu.

Nasik tu cantik je kaler aku buat...isshhh..maner gambar ni...
Hari yang hubby aku tunggu pun tiba.  Dia siap berdiri di depan pintu menunggu tetamu.  Bukannya tak pernah buat openhouse, cuma kali ni dia excited sikit.  Start 11pagi-5ptg dia jemput kawan-kawan dia.  Nak tau, kami berdua dah sempat nak duduk melayan tetamu.  Makan pun tak sempat.  Terlalu ramai orang yang datang hingga aku tak menang tangan.  Huuhhhh..yang sempat aku dengar, kawan-kawan dia bagitau lauk pauk yang tersedia sedap.  Hubby melirik sambil tersenyum memandang aku.  They all likes the soto....yahooo.. bolehle aku buat bisnes katering lepas ni..

Anyway, thanks pada kawan-kawan hubby aku yang datang and sorry pada kawan-kawan aku..tak sempat nak jemput..tu pun lauk aku licinnnn..aku dan hubby hanya semapt rasa kuah sup je..hehehehehe


Anugerah Terindah ^_^

No comments:

Related Posts with Thumbnails
Copyright© All Rights Reserved Danishsondblog.blogspot.com