Dah dekat nak tengah malam ni tapi aku masih lagi sibuk menyediakan persiapan menjelaang raya esok hari. Walaupun hujan turun dengan lebat tadi, tapi kemeriahan yang bakal tiba esok hari masih terasa dengan dentuman mercun dan kilauan bunga api yang terang benderang di langit. Tadi aku seterika baju Ieman da Fakhri. Seronoknye Fakhrie bila melihat baju melayu baru yang akan dipakainya esok. Ieman..mana-mana jelah..mungkin itu yang bermain di benak fikirannya.
ni scenery luar umah aku di malam hari..ceria dengan warna warni..
Malam raya ni biasanya kami ada tugas masing-masing, kalau tak mak akan bising. Biasala le..Aku beraya di rumah kedua orang tuaku pada raya pertama hingga ketiga dan akan balik ke ruamah mertua pada petang raya ketiga. Masa ni fakhrie dan Iemanle yang paling seronok dapat pergi dua tempat sekaligus.
wajah hero-hero aku bertemu sepupu mereka..
Banyak menu yang mak aku sediakan tahun ni. Semuanya atas permintaan anak menantu. Ada yang nak kari ayam, ada yang nak kari daging, nak sate manakala aku dan hubby sudah semestinya mahu mak sediakan kari kambing dan lemang. Yummmyyyy!!!
kari kambing..nyumm!!
ni pulak kari daging dan sate ayam..request by my sisters..
lemang buatan ayahanda..hehehehe
Di samping tu, tak kurang pulak kesibukan di ruang tamu. Tapi tu semua aku serahkan pada adikku menguruskannya. Yelah, kalau orang lain buat ade je yang tak kena. So, baik dia sendiri yang uruskan. Sambil dibantu oleh anak-anak saudaranya dan tidak terkecuali anak-anak aku, kesibukan memang jelas terasa.
Fakhrie turut menyumbangkan baktinya..
satu deko yang sangat aku minat this year..langsir ni cute lah..rugi tak pesan adik aku beli untuk umah aku.
Jam dah pukul berapa entah. Mata aku pun dah mengantuk ni. Harap-harap lepas ni takde dah bunyi mercun. Sakit gak telinga aku nak tido mendengarnya. Apatah lagi si Ieman yang pantang mendengar bunyi bising. So, apa-apapun aku and family ucapkan selamat hai raya le..hehehehe. 0-0 ekk..salam..
No comments:
Post a Comment