Wednesday, September 29, 2010

gambar yang tertinggal

inilah gambar openhouse yang aku baru upload..hehehe

 sebelum tetamu datang..elok lagi tersusun..

 my biscuits and cakes..hehehe

haaa..nasik hujan panas, kari kambing, mushroom oyster, sate, soto with it ingredients

 Ieman..with is girlfriends..hahahaha
Fakhrie..dengan dunia legonya.

Anugerah Terindah ^_^

Tuesday, September 28, 2010

saje je..


Aku camni ke..hehehehe..

Anugerah Terindah ^_^

Tak Bergambar...

Takde pic nak upload.  Masih dalam kamera, malas nak edit.  Ni suma keje laki aku le..

Nak cerita dia jadi gak buat open house untuk kawan-kawan dia.  Mula-mula nak guna katering.  Aku tanya le nak menu apa, dia kata macam biasa...kari kambing, kari ayam, sayur,..bla bla bla.  So akucadangkan tak payah guna katering, biar aku yang masak.  Matanya terus je membulat..(dapat bayangkan tak? hehehe)..aku tau tu, dia tak confident kebolehan aku memasak ni.  Aku bagitau le yang aku nak buat soto jugak.  So menu aku soto, kari kambing, kari daging, mushroom oyster sauce, nasik hujan panas, sate dan kuah sate.  Dia ternganga dah.  aku hanya tersenyum.

Sehari sebelum nak buat tu, dia belikan semua bahan-bahan yang aku perlukan.  
Aku siap import mak dari kampung untuk menolong.  Aku pernah buat nasik hujan panas time student dulu, so takde yang susah sangat.  Soto tu aku mintak resepi dari kakak angkat aku.  Thankzzzz yaaa!!!...cuma bahan dia aku ubah sikit.  Soto tu nama dia soto banjar.  Bukan setakat guna nasik himpit je, siap guna, isi ayam, tauhu goreng, telur rebus, kentang goreng , bergedil(aku tak sempat buat)..kicapnye, pergghhh..pedassss...tu yang best tu.  Sup nya sudah semestinya rahsia aku dan kakak angkat aku tu.

Nasik tu cantik je kaler aku buat...isshhh..maner gambar ni...
Hari yang hubby aku tunggu pun tiba.  Dia siap berdiri di depan pintu menunggu tetamu.  Bukannya tak pernah buat openhouse, cuma kali ni dia excited sikit.  Start 11pagi-5ptg dia jemput kawan-kawan dia.  Nak tau, kami berdua dah sempat nak duduk melayan tetamu.  Makan pun tak sempat.  Terlalu ramai orang yang datang hingga aku tak menang tangan.  Huuhhhh..yang sempat aku dengar, kawan-kawan dia bagitau lauk pauk yang tersedia sedap.  Hubby melirik sambil tersenyum memandang aku.  They all likes the soto....yahooo.. bolehle aku buat bisnes katering lepas ni..

Anyway, thanks pada kawan-kawan hubby aku yang datang and sorry pada kawan-kawan aku..tak sempat nak jemput..tu pun lauk aku licinnnn..aku dan hubby hanya semapt rasa kuah sup je..hehehehehe


Anugerah Terindah ^_^

Wednesday, September 22, 2010

Penghujung raya

Ari ni dah 12 syawal..aku pun dah masuk keja.  Tapi bahang raya masih terasa kat mana-mana.  Openhouse sana, openhouse sini.  Hubby aku pun sama turut berbisik kat aku yang dia nak buat openhouse.  Aku tersenyum je..dah paham dah tu..

Raya tahun ni aku rasa meriah sikit.  Ramai saudara, sahabat handai datang ke rumah.  Mungkin sebab cuti aku panjang kot, so langkah aku pun dapat panjang gak.  Fakhrie dan Ieman pun seronok beraya sakan.  Penuh jugak poket babah diaorang sebagai tabung untuk duit raya.  Biasanya pas abis raya aku akan simpan duit tu masuk akaun diaorang.  Aku tak suka nak membelanjakan duit tu untuk diaorang beli barang yang diaorang nak.  Bagi aku, simpan lagi bagus.  Ada jugak untuk kegunaan diaorang sendiri di kemudian hari.

Balik kampung mertua pun sama jugak kemeriahannya.  Orang-orang kampung masih segak bergaya dengan baju melayu beserta sampin dan yang perempuannya berbaju kurung.  Kalau tahun-tahun lepas aku perhatikan raya ke 3 orang dah berbaju t-shirt je.  Takde dah baju melayu tu.  Alhamdulillah..terasa kemeriahannya.  So, kat sini aku tunjukkan je lah pic-pic Fakhrie dan Ieman time beraya..

 Fakhrie dan Ieman beserta sepupu mereka bergambar bersama nenek dan datuk.  Ieman tengah meragam..

Fakhrie bersama sepupunya yang paling rapat..teman seperjuangan. hehehehe. Awg Dzukran Zahiruddin.

on the way nak g umah atuk aku sebelah mak. ponat adoii..bawak Ieman dengan kasut hill di atas jalan batu..




kalau Fakhri rapat ngan abangnya, ieman pulak rapat ngan adiknya..Dyg Dania Zulaikha



Ieman di buaian milik auntie nya..

Anugerah Terindah ^_^

Friday, September 10, 2010

menjelang raya..

Dah dekat nak tengah malam ni tapi aku masih lagi sibuk menyediakan persiapan menjelaang raya esok hari.  Walaupun hujan turun dengan lebat tadi, tapi kemeriahan yang bakal tiba esok hari masih terasa dengan dentuman mercun dan kilauan bunga api yang terang benderang di langit. Tadi aku seterika baju Ieman da  Fakhri.  Seronoknye Fakhrie bila melihat baju melayu baru yang akan dipakainya esok.  Ieman..mana-mana jelah..mungkin itu yang bermain di benak fikirannya.

ni scenery luar umah aku di malam hari..ceria dengan warna warni..

Malam raya ni biasanya kami ada tugas masing-masing, kalau tak mak akan bising.  Biasala le..Aku beraya  di rumah kedua orang tuaku pada raya pertama hingga ketiga dan akan balik ke ruamah mertua pada petang raya ketiga.  Masa ni fakhrie dan Iemanle yang paling seronok dapat pergi dua tempat sekaligus.

wajah hero-hero aku bertemu sepupu mereka..

Banyak menu yang mak aku sediakan tahun ni.  Semuanya atas permintaan anak menantu.  Ada yang nak kari ayam, ada yang nak kari daging, nak sate manakala aku dan hubby sudah semestinya mahu mak sediakan kari kambing dan lemang.  Yummmyyyy!!!


kari kambing..nyumm!!


ni pulak kari daging dan sate ayam..request by my sisters..

lemang buatan ayahanda..hehehehe

Di samping tu, tak kurang pulak kesibukan di ruang tamu.  Tapi tu semua aku serahkan pada adikku menguruskannya.  Yelah, kalau orang lain buat ade je yang tak kena.  So, baik dia sendiri yang uruskan.  Sambil dibantu oleh anak-anak saudaranya dan tidak terkecuali anak-anak aku, kesibukan memang jelas terasa.

Fakhrie turut menyumbangkan baktinya..

satu deko yang sangat aku minat this year..langsir ni cute lah..rugi tak pesan adik aku beli untuk umah aku.

Jam dah pukul berapa entah.  Mata aku pun dah mengantuk ni.  Harap-harap lepas ni takde dah bunyi mercun.  Sakit gak telinga aku nak tido mendengarnya.  Apatah lagi si Ieman yang pantang mendengar bunyi bising.  So, apa-apapun aku  and family ucapkan selamat hai raya le..hehehehe. 0-0 ekk..salam..

Anugerah Terindah ^_^

Saturday, September 4, 2010

Aurora Court pulak..

Semalam, aku ubah selera pulak..ari tu dah pegi kat The banquet, aku masih teringat kt ABC kat situ tapi hubby tak nak dah sebab dah merasa buffet kat situ.  So dia cadangkan tempat lain pulak.  Aku nyatakan hasrat yang aku nak makanan buffet lagi tapi tak nak le kalau pilihan dia tempat yang mahal-mahal. Hari nak raya ni..hehehehe. 
Aku mula lah check kat internet dan mula terpandang pada hotel yang aku tak pernah masuk walaupun kat Sarawak iaitu Merdeka Palace.  Hubby cakap kat situ pun makanannya sedap.  Aku terdiam.  Dia mula mencadangkan Harbour View pulak.  Aku bagitau yang aku selalu rasa buffet kat situ.  So kami berdua sama-sama bersetuju memilih lokasi berbuka puasa kat...jeng..jeng..jeng..

Aurora Court Merdeka Palace le..hehehehe.

Price dia reasonable gak..rm52++ per person.  Kids 5-12 yrs 50%.  Mahal sikit le dari Banquet, tapi tak salah mencuba.  Masih murah dari hotel-hotel lain kan.  Aku mula mencari ABC tapi takde..huhuhuhu..takpelah.  Kita cuba yang lain lak kan.

wajah macho hero-hero aku sementara menunggu waktu berbuka.hehehehe

Ni makanan pertama aku yang hubby amik..sea cucumber soup..sodapp

Kat sini lagi banyak station dia.  Dengan dia punya grilled, steam, chinese food, japanese food, traditional food dan tak ketinggalan juga indian food.  Aku suka roti papadam..mestila aku suka indian food.  Pilihan salad nya pun banyak.  Aku dah tak terkata dah.  Tak lupa gak ulam-ulaman dan kuih muihnya tak kira yang tradisional mahupun yang moden.  Western food pun ada, so berbaloi le dengan dia punya price kan.

ni station ulam-ulaman dan macam-macam benda kerabu.  Ada yang aku tak pandai makan. bukan selera aku kot. hehehe.

chef yang tengah memotong lamb..

ni le indian and arabic station..sedap tau makanan indian kat sini. 

carving station. Ikan pun ada gak. hehehehe. tapi my choice tetap lamb.  Hubby pun..

indian food yang aku minatttt sangat.  But not my hubby.  Dia membebel aku asyik bertambah je amik keropok ni.  keropok ni rasanya macam keropok yang aku suka makan masa kecik-kecik dulu.

Tak sempat nak amik pic Fakhri dan Ieman sebab seronok sangat aku mencekik.  Hahaha.  Anyway, diaorang berdua seronok di bawak makan kat situ.  fakhri siap bertanya bila dapat makan kat situ lagi.  Mmmmm..tunggule mummy ni bukak hotel Fakri sayang oi..kita orang balik dalam perut yang kenyang.  Ieman siap tido lagi dalam kereta sepanjang perjalanan pulang..

Anugerah Terindah ^_^

The Banquet

Hari tu sempat gak aku and family g berbuka kat sau tempat ni.  Murah je..kira okle dengan selera aku yang cepat kenyang ni. heheheehe.  Mula-mula aku ajak hubby berbuka kat secret recipe, tapi dia menolak.  Katanya tak banyak pilihan.  Baik carik tempat yang ada buffet.  Teringat lagi last year kitaorang berbuka kat Hotel Margherita..memang macam-macam ade..tapi aku ni tak pelahap sangat.  Hehehe.  rasa membazir je duit kat situ tapi aku tak rasa semua makanannya.  Yelah, buffet dia dari jam 6pm sampai 10pm tapi takkanle aku nak duduk kat situ sampai 10pm gak semata-mata nak merasa semua menu nya..
Hubby aku lagila berperut kecil..cukup dia merasa satu dua lauk je.. pastu dah.  So aku tak nak dah kejadian tu berlaku.  Aku serahkan pada dia untuk memilih tempat berbuka.  Dengan selamba je dia menelefon dan booking.  Aih..kataku..
Jalan punya jalan kami menuju ke satu tempat..The Banquet..Mmm..Aku selalu je merungut sebab hubby selalu dinner kat situ tapi aku tak pernah.  Dia tersenyum..Berbaloi kat sini katanya.


Ni dia punya entrance..macam menarik je.. Bila aku masuk kat dalam tu, aku tersenyum.  Mataku tertarik pada ABC yang disediakan.  Memang banyak pilihan.  Dari cendol hinggalah ke buah laici nya uiii..memang mengiurkan aku.  Terdapat gak hidangan western nya.  Steak, dim sum, sumanya ada.  Dan juga kegemaran Fakhri juga ada, aiskrim..tapi aku tak boleh nak bagitau dulu kehadiran aiskrim tu takut nanti Fakhri tak menjamah makanan yang lain kalau dia tau kat situ ada aiskrim.  Aku turut tertarik pada garlic bread yang memang aku suka makan.  mushroom soup nya pun..wowww!!!!


Lihat je ape benda yang aku ambil.  Meriah meja aku.  Hahahaha. Ada steak lagi tu..wah..wah..


Ni pulak aneka jenis grilled food.  Ada sotong, ayam daging dan ikan.


Wajah Fakhri yang tersenyum puas setelah aku berikan aiskrim padanya.  Siap bertambah-tambah lagi aiskrim dia.  Aku..tak minat aiskrim.

.
Ieman..biasal le..dengan 'permainan' nya sendiri..  Standard sikit permainannya kali ni,



Ni le aneka jenis campuran ABC nye..hehehehe.  Masih terkenang-kenang aku saat ini.  Rasa santan dan gula melakanya..mmmm..
Anyway, thank you to my hubby sebab bawak aku ke THE BANQUET..lupa lak.  Rm40 je for adult..and kids below 6year free..free le Fakhri dan Ieman..hehehehe.  Selamat duit..

Anugerah Terindah ^_^

Related Posts with Thumbnails
Copyright© All Rights Reserved Danishsondblog.blogspot.com