Wednesday, June 23, 2010

Nasihat Luqman Kepada Anaknya.

Aku terbaca sebuah diari Islam hari ini. Moga apa yang aku paparkan dapat kita kongsi bersama sebagai panduan dalam mendidik anak-anak kita. Di dalam al Quran terdapat sebuah surah yang dinamakan surah Luqman, iaitu surah yang ke 31..menceritakan perihalnya mengajar anaknya, seperti berikut:
  • Dan tatkala Luqman berkata kepada anaknya, sewaktu dia memberi nasihat: Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah, kerana sesungguhnya perbuatan syirik itu satu kesalahan yang amat besar.(ayat 13)
  • Dan Kami wasiatkan kepada manusia terhadap kedua ibubapanya. Ibunya mengandungnya dengan menanggung kelemahan, demi kelemahan, dan menyusuinya. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; kepada Akulah jua tempat kembali.(ayat 14)
  • Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara baik, dan turutlah jalan orang-orang yang kembali kepadaKu. Kemudian, kepada Akulah tempat kamu semua kembali, maka Aku akan menerangkan kepadamu segala yang telah kamu kerjakan.(ayat 15)
  • Wahai anakku! sesungguhnya jika ada sesuatu sebesar biji sawi sekalipun, di dalam batu besar atau di langit ataupun di bumi, nescaya akan didatangkan oleh Allah, kerana sesungguhnya Allah Amat Halus pengetahuanNya lagi Amat Meliputi.(ayat 16)
  • Wahai anakku! Dirikanlah sembahyang dan suruhlah berbuat kebaikan serta laranglah perbuatan mungkar, dan bersabarlah atas bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara yang sangat penting.(ayat 17)
  • Dan janganlah kamu palingkan mukamu dari manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong dan membangga diri.(ayat 18)
  • Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.(ayat 19)
Demikianlah antara maksud surah tersebut. Semoga kita mampu memberi nasihat yang berguna kepada anak-anak harapan kita sepertimana Luqman menasihati anaknya..

Anugerah Terindah ^_^

1 comment:

eida said...

very like this surah when i was pregnant..hehehe

Related Posts with Thumbnails
Copyright© All Rights Reserved Danishsondblog.blogspot.com