Thursday, May 20, 2010

exam day..

Harapanku agar masa depan anak-anakku bersinar seperti mentari yang tidak pernah jemu memancarkan surianya, seperti lilin yang sentiasa cuba untuk memberi cahaya kepada mereka yang berada di dalam kegelapan. Biarpun aku sebagai ibu belum tahu ke mana arah tuju minat dan kecenderungan anak-anakku tapi aku senantiasa berharap agar mereka berjaya di samping tidak melupakan tanggungjawab mereka sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Semoga aku sekeluarga senantiasa dilindungi olehNya.


Hari ini adalah hari ketiga anak sulungku Fakhri menduduki peperiksaan. Dihatiku sedikit berdetik risau kerana dia bukanlah jenis seorang yang ulat buku. Mungkin juga mewarisi aku yang hanya akan menelaah buku disaat hari peperiksaan. Fakhri..asyik dengan psp nya..tiada cara lain yang dapat aku lakukan selain menyembunyikan permainan kesayangannya itu. Aku ajar dan berikannya latihan mengira sebab hari ini dia akan menduduki kertas matematik dan pra jawi. Mujurlah aku membeli bahan dari Grolier satu masa dulu. Memang memberi manfaat. Terkejut aku melihat kerana dia tahu membuat latihan yang aku berikan walaupun aku tidak pernah melihatnya memegang buku ketika berada di rumah. Alhamdulillah.
Selesai menduduki ujian, aku bertanyakan padanya bagaimana soalan ujian tersebut. Jawapannya hanyalah..'KACANG!!!'..uhh..aku tersenyum. Maksudnya bolehla nie..
Dan hari ini, dia menduduki kertas Bahasa English dan Sains. aku tiadak sabar hanedak menjemputnya balik sekolah nanti dan berharap dia akan menjawab 'kacang' juga bila aku bertanya bagaimana soalan ujian..
Anugerah Terindah ^_^

1 comment:

Unknown said...

perghhhh... kacanglah mun the questions given too simple.

Related Posts with Thumbnails
Copyright© All Rights Reserved Danishsondblog.blogspot.com