Friday, May 14, 2010

my heroes..


here's the 1st one..born on 18 october 2004 at hospital umum sarawak, Kuching. a little bit like a chinese boy, mungkin mewarisi ibunya kot..okla..ibu dan ayahnya le..hehehe..tapi kalau jalan-jalan memang orang akan tanya kenapa wajahnya seakan-akan cina. Rahsianya, hehehe..rahsia tetap rahsia lah..time pic ni, dia baru berumur 11 bulan. Dialah penghibur hati time ni. Mungkin sebab tu perangai nya memang manja, sampai sekarang. And 1 more thing that make me always proud of him, dia suka mengalah. Aku selalu berkata "macam tulah perangai seorang abang"..dan dia hanya tersenyum.




Danish Fakhri..itulah nama kesayanganku yang pertama ini..sepanjang membesarkannya, memang dia bukan jenis yang banyak kerenah. susun atur rumahku tidak pernah disentuh, apatah lagi hendak melakukan aktiviti panjat memanjat. Aku memang tidak pernah berenggang dengannya. Sebab itulah setiap kali datuk dan neneknya hendak membawanya ke kampung, aku tidak pernah membenarkan. Walaupun susah aku menjaganya tanpa bantuan orang tua, namun aku gagahi kerana aku tahu aku tidak harus bergantung harap kepada orang tuaku selamanya. Dan tanggungjawab itu memang sepatutnya menjadi tanggungjawab aku dan suamiku. Dan sekarang dia telah pun berumur 6 tahun. Walaupun wajahnya sekarang sedikit matang, namun masih tetap sama. Kemanjaan nya terhadap aku dan babahnya tidak pernah kurang.






Haa..inilah wajahnya yang terkini..still maintain cute(puji anak sendiri)..hehe..pic ni aku ambil time bercuti di kuala lumpur baru-baru ni. Walaupun penat, dia masih mampu tersenyum. Biarpun pipinya 'blushing' dalam panas terik kota metropolitan itu, namun dia tidak pernah merengek. Asalkan tekaknya yang haus segera diisi oleh air kegemarannya..RIBENA..










My 2nd one..Danish Ieman. Now dah 1 tahun 4 bulan. Dari wajahnya yang macho tu, dapat tau dah attitude dia macam mana. Memang jauh berbeza dari abangnya. Perhiasan di rumahku sekarang tidak pernah berada di kedudukan yang sama bila aku balik dari kerja. Kusyen-kusyen sofa lorenzoku 'bergelimpangan' di lantai hasil dari idea kreatifnya. Alamariku kini hilang kecantikannya kerana tampalan plaster di tiap-tiap pintunya. Aku sudah tidak dapat menggunakan set kaca akojaya ku kerana aku tidak mahu berputih mata melihatnya pecah kelak. Kadang-kadang terkeluar ayat dari mulut abangnya memberitahuku 'adik minum susu anmum, sebab tu sel-sel otaknya banyak sangat bersambung'..aku terdiam..mungkinkah salahku yang tidak memberikan Ieman susu ibu dalam tempoh yang lama berbanding abangnya? Fakhri aku susukan selama 1 tahun lebih dengan susuku sendiri, tetapi Ieman hanya dapat bertahan selama 2 bulan. Sebab itu aku berikannya susu yang aku rasakan terbaik iaitu Anmum Essential.


Tapi itu adalah anugerah Allah. Mungkin dia dikurniakan dengan sikap yang berbeza dari abangnya. Agresif, nakal, pembuli, itu ciri-cirinya yang dapat aku lihat sekarang. tapi aku sedia maklum, dia kelihatan lebih bijak. Ahhh..mungkin juga sel-sel otaknya banyak bersambung.



Namun, satu perangainya yang amat aku sukai, dia senantiasa menunggu kepulanganku dari kerja setiap petang. Malah dia yang akan berlari-lari membukakan gate tatkala mendengar enjin keretaku. Dan sekali lagi dia akan melakukan perkara yang sama apabila suamiku balik. Apa sahaja yang berada ditanganku waktu itu pasti akan dirampas. Dia senantiasa menantikan habuannya. Itulah tabiat anak bongsuku. Biarpun yang sulung lebih manja denganku, berbeza dengan Ieman. Dia lebih rapat dengan babahnya. Mungkin sebab itu wajahnya sedikit mirip wajah suamiku. Hehehe..




Anugerah Terindah ^_^

No comments:

Related Posts with Thumbnails
Copyright© All Rights Reserved Danishsondblog.blogspot.com