Wednesday, February 1, 2012

Hati-hati Bila Berkata..


Anak-anakku..
Hati-hati bila berkata..
Itu yang aku selalu pesan..
Kerana walau manis bagi kita..
Tapi mungkin tidak bagi yang mendengarnya.

Begitu juga bagi aku..
Bila mendengar kata-kata..
Yang mungkin mencuit rasa dan raga..
Tapi itu lidah dan bibir mereka..
Tak mungkin aku dapat menghalangnya.

Anak-anakku..
Hati-hati bila berkata..
Terutamanya pada yang lebih tua..
Kerana sekali mereka terasa..
Takkan kau mampu mengubatnya dengan kata-kata.

Anak-anakku..
Aku selalu bercerita..
Bahawa sejak azali..
Kita tidak mampu memilih..
Siapa ibu dan bapa kita..
Namun jika kita mensikapi mereka dengan baik..
Allah akan menjanjikan kebaikan utk kita.

Anak-anakku..
Sesungguhnya aku berbangga mempunyai kamu..
Yang sentiasa ingat akan pesanku..
Dan sentiasa mengingatkan aku..
HATI-HATI BILA BERKATA







Anugerah Terindah ^_^

No comments:

Related Posts with Thumbnails
Copyright© All Rights Reserved Danishsondblog.blogspot.com