Tuesday, February 14, 2012

vALenTIne??!!

Hari tok hari apa?  Hari selasa kata anak ku..hihihihi..nangga tarikh tek paduhal hari tok Hari Valentine.  Tapi perluka diingat tarikh 14.2 tok?  Hubby madah bagus gik ingat hari yang lebih penting seperti anniversary wedding kita ka, and of course our birthday! hehehehe.  Nang sik pernah celebrate pun valentine day tok.  Time bercintan cintun pun sik pernah.  Sebab tiap-tiap hari  adalah hari kasih sayang bagi aku.  And now lagikla, hari kasih sayang yang semakin bertambah bila bertambahnya rakyat.  Hihihihi..  Anniversary pun dah celebrate ria, lagila bermakna nak..THANKS SAYANG..UMMMMPHHHH!!
Anugerah Terindah ^_^

Wednesday, February 1, 2012

Hati-hati Bila Berkata..


Anak-anakku..
Hati-hati bila berkata..
Itu yang aku selalu pesan..
Kerana walau manis bagi kita..
Tapi mungkin tidak bagi yang mendengarnya.

Begitu juga bagi aku..
Bila mendengar kata-kata..
Yang mungkin mencuit rasa dan raga..
Tapi itu lidah dan bibir mereka..
Tak mungkin aku dapat menghalangnya.

Anak-anakku..
Hati-hati bila berkata..
Terutamanya pada yang lebih tua..
Kerana sekali mereka terasa..
Takkan kau mampu mengubatnya dengan kata-kata.

Anak-anakku..
Aku selalu bercerita..
Bahawa sejak azali..
Kita tidak mampu memilih..
Siapa ibu dan bapa kita..
Namun jika kita mensikapi mereka dengan baik..
Allah akan menjanjikan kebaikan utk kita.

Anak-anakku..
Sesungguhnya aku berbangga mempunyai kamu..
Yang sentiasa ingat akan pesanku..
Dan sentiasa mengingatkan aku..
HATI-HATI BILA BERKATA







Anugerah Terindah ^_^

Related Posts with Thumbnails
Copyright© All Rights Reserved Danishsondblog.blogspot.com