Tuesday, February 1, 2011

Lemang Betawi??


Semalam aku beli sejenis kuih yang diaorang katakan 'lemang'.  Tapi setahu aku apabila dikatakan lemang mestilah ia berasal atau dibuat dari beras pulut kan.  Sama gak le dengan ketupat.  Di kampung aku pun nenek ada buat lemang yang mak panggil 'lemang betawi' jugak.  Bezanya dengan lemang biasa, lemang betawi ni lebih pendek dan tidak diletakkan di dalam buluh.  So, bila aku tengok rupanya yang kemetot tu sebijik macam yang mak aku selalu panggil, excited le aku beli sebatang lemang dengan harga rm2 sahaja..hehehehehe.

Sampai je kat umah aku terus le bukak balutan suratkhabar yang membaluti kuih tersebut.  Tapi terus je ternganga,  bukanlah seperti yang aku bayangkan.  Ianya sejenis kuih yang dibuat dengan tepung beras dan gula melaka..dan tidak ada sedikit pun BERAS PULUT.  Takdelah aku frust sangat sebab bila aku potong rasanya sedapppp sangat.  Cuma aku confuse jelah, mana satu lemang betawi ni?  Mak aku yang salah interpretasi ke atau kakak yang jual kuih ni yang bersalah?? 

ku ingatkan beras pulut, rupanya tepung beras..hehehe

nilah rupanya selepas dipotong

Walau macam mana sekalipun rupa 'lemang betawi' ni, si Ieman tetap menjadi penunggu setia aku dengan piringnya mengharapkan bahagiannya akan dihulurkan dengan kadar segera.  Bukannya nak sepotong je, nak beberapa potong..hehehehehe.

Ieman dan habuannya..hehehe..Fakhrie?..mmm..benda yang dia tak pernah tengok ni memang tak masuk pun selera dia.

Anugerah Terindah ^_^

1 comment:

Kakmim said...

setauk kamek lemang betawi lemang biasa juak.. cuma nya dikukus... x ditunok... so nang x berkerak... kmk refer lemang betawi dpd lemang yg ditunok ya..

Related Posts with Thumbnails
Copyright© All Rights Reserved Danishsondblog.blogspot.com