Taraaa...semalam aku buat nasik kerabu. Dah lama sangat dah pewarna nasik kerabu tu dalam tupperware aku. Dan dah berapa kali jugak kawan aku tu tanya bila nak upload pic nasik kerabu aku. Yelah, penat dia kirim pewarna dari Lahad Datu. So, semalam time hubby pegi conferen aku buat le nasik ni. Takde lah susah sangat, cuma yelah..ikut mood gak nak buat suma nie. Hehehehe.
Aku carik le sume bahannya kat kedai runcit termasuklah BUDU..wowwww!!! lamanya aku tak makan tu. Nasib jumpa. Kalau tak, sekali lagi aku kensel nasik kerabu aku. Hahahaha.
Buat senang je, cuma perlu masa sikitle. Fakhria dan Ieman sibuk gak 'menolong'..hehehehe. Fakhrie siap bertanya boleh ke makan nasik kaler camtu..aku hanya tergelak. Bila siap, dia orang pertama yang aku suruh rasa. Sedapppppp!!!! katanya. Biasala kan, dah namanya air tangan mummy..
So, jom tengok apa yang aku buat sebagai ramuannya..yuhuuuu!!!
Ni kelapa yang aku buat bersama dengan isis ikan. Favourite anak-anak aku..sebab tu terpaksa buat kurang pedas.
Ni sambal santannye..hehehehe
Ulam-ulaman. Sebenarnya lagi banyak jenis ulam, lagi best tp aku cuma jumpa daun selom dan bunga kantan je, pastu tauge..
Telur masin. Sebijik tu tak lawa sangat. Macam telur ayam je. Teringat kat nenek yang sangat pandai membuat telur ni.
Kari ikan tenggiri. Aku mesti buat ni kalau nak makan nasik kerabu. Aih, mana trademarknye?
Nasik biru..tapi takle biru sangat. Geli pulak aku tengok nanti. hehehehe
Jeng-jeng..semuanya aku letak dalam tupperware aku sementara menunggu hubby balik.
Senyum je hubby aku balik tengok menu yang aku sediakan. Dan senyuman itu yang aku suka kerana ia membuatkan hati semakin berbunga, makan pun berselera..
No comments:
Post a Comment