Monday, November 29, 2010

Nasik kerabu mummy


 Taraaa...semalam aku buat nasik kerabu.  Dah lama sangat dah pewarna nasik kerabu tu dalam tupperware aku.  Dan dah berapa kali jugak kawan aku tu tanya bila nak upload pic nasik kerabu aku.  Yelah, penat dia kirim pewarna dari Lahad Datu.  So, semalam time hubby pegi conferen aku buat le nasik ni.  Takde lah susah sangat, cuma yelah..ikut mood gak nak buat suma nie.  Hehehehe.  
Aku carik le sume bahannya kat kedai runcit termasuklah BUDU..wowwww!!! lamanya aku tak makan tu.  Nasib jumpa.  Kalau tak, sekali lagi aku kensel nasik kerabu aku.  Hahahaha.
Buat senang je, cuma perlu masa sikitle.  Fakhria dan Ieman sibuk gak 'menolong'..hehehehe.  Fakhrie siap bertanya boleh ke makan nasik kaler camtu..aku hanya tergelak.  Bila siap, dia orang pertama yang aku suruh rasa.  Sedapppppp!!!! katanya.  Biasala kan, dah namanya air tangan mummy..
So, jom tengok apa yang aku buat sebagai ramuannya..yuhuuuu!!!

 Ni kelapa yang aku buat bersama dengan isis ikan.  Favourite anak-anak aku..sebab tu terpaksa buat kurang pedas.

 Ni sambal santannye..hehehehe

 Ulam-ulaman.  Sebenarnya lagi banyak jenis ulam, lagi best tp aku cuma jumpa daun selom dan bunga kantan je, pastu tauge..

 Telur masin.  Sebijik tu tak lawa sangat.  Macam telur ayam je.  Teringat kat nenek yang sangat pandai membuat telur ni.

 Kari ikan tenggiri.  Aku mesti buat ni kalau nak makan nasik kerabu.  Aih, mana trademarknye?

 Nasik biru..tapi takle biru sangat.  Geli pulak aku tengok nanti.  hehehehe

Jeng-jeng..semuanya aku letak dalam tupperware aku sementara menunggu hubby balik.

Senyum je hubby aku balik tengok menu yang aku sediakan.  Dan senyuman itu yang aku suka kerana ia membuatkan hati semakin berbunga, makan pun berselera..

Anugerah Terindah ^_^

Monday, November 22, 2010

konvokesyen day

uihhh..lamanya tak jenguk blog ni.  Patutle..i cuti. hehehehe.  Balik kampung, tapi yang sadisnyer broadband pulak lupe nak bawak.  Kita bercuti panjang sekaligus cuti raya aji.  
So today kita cerita pasal konvokesyen Fakhrie jelah.  Sehari sebelum aku balik kampung dia konvo.  Teruja aku hari tu sampai aku sempat menempah baju khas untuk konvokesyen dia.  Mana taknye, dia sempat cerita yang dia akan menjadi penyanyi solo untuk persembahan kumpulannya.  Memang mewarisi aku ni..hahahahaha.  Tak percaya, nanti tengok pic dia ye.  Hubby aku tak dapat hadir sebab ada appointment dengan 'si pengembala kambing'..hehehehehe..lucu eh.  Dia pegi amik kambing yang akan dikorbankan untuk hari raya haji tu.

 cutenye dia orang atas stage..hehehehe.

Dialah penyanyi solo..hehehehe..

Aku pun tak tau part mana dia nyanyi solo.  hehehehe.  Bila dia tengok wajah aku kat bawah stage, suaranya makin nyaring dan lantang.  Nak tunjuk kat mummy nya la tu..  Pastu baru diaorang amik sijil.  Yang lucunya, lepas dia dapat je sijil tu, dia terus bagitau aku sijil tu untuk dia mintak keje bila besar nanti.  Hampir terduduk aku mendengarnya. Speechless aku..

 amik sijil dan hadiah

 selepas amik sijil, duduk bersama geng-geng.  entah apa yang diorang cerita aku pun tak tau

nak jugak dia pose agar dia yang menonjol time aku amik pic. hehehehe

Sebenarnya ada pic kambing yang hubby aku sembelih, tapi aku tak sampai hati la tengok kambing tu..takyah le aku cerita pasal raya haji k.  Yang penting, hari raya haji memang meriah bila di kampung.  Menu utama, sudah semestinya kari kambing boer..hehehehe.  Walaupun tak sampai ati tengok kambing disembelih, tapi karinya tetap aku makan.  Siap order roti canai lagi.  Kuang3..

Anugerah Terindah ^_^

Tuesday, November 9, 2010

Ieman dan dragon fruit


Hari ini dapat 'dragon fruit' dari member.  Aku sebenarnya tak reti nak makan buah ni tapi orang dah bagi, aku amik jelah.  Kata orang, rezeki jangan ditolak kan.  Hehehehe.  Aku bawak balik 3 bijik buah naga tu tanpa bayaran pun.  Sampai je kat umah, cousin aku terus kopek n belah isisnya.  Woww!! aku tengok macam menyelerakan jugak le.  So, try seulas..mmm..sedap gak.
Paling suka buah tu Ieman le.  Sebijik tu dia bedal abis dah.  Sampai merah mukanya.  Fakhrie...kurengg sikit..seulas pun tak habis.  So Ieman habiskan le nanti semuanya ye sebab kitaorang tak suke sangat. Hikhikhik.  

 wajah Ieman lepas makan dragon fruit..hehehe.

terliur gak tengok ni..sooo juicy!!

Anugerah Terindah ^_^

Friday, November 5, 2010

Mummy jual karipap


Semalam takde angin takde ribut member opis ni tempah karipap.  Karipap daging lagi tu..  Aduhh..Tap kesian gak tengok muka diaorang yang meraung-raung meminta simpati..hahahahaha...meraung ke?? Takkan le sebab karipap nak meraung kan.

Diaorang nak pagi ni, so petang semalam aku beli le bahan-bahan nye.  Order tu sebanyak rm25 lagi tu.  Aku bukan terrer sangat, so aku tanya hubby kalau dia dapat tolong aku buat.  Dia cakap oraittttttt!!! So, boleh on lah ni.

Aku guna minced beef, kentang, kacang panjang je.  Yelah, dah namanya last minute punya keje.  AKu tunggu hubby balik, dia cakap  masih ada meeting pulak dah.  Tapi cerita 'Chinta' takleh tinggal.  Pas abis cerita tu, baru start buat karipap.  Hehehehehe.  Fakhri n Ieman pun sibuk gak nak buat.  Tapi dah tak macam karipap dah aku tengok apa yang diaorang buat.  Hubby sampai je, terus bertungkus lumus buat karipap tu.  Yelah, aku tak pandai nak lipat tepinya.  Aku serahkan kat dia jelah.  Jam 10.30 malam baru habis masukkan intinya.  Huargggghhhh!! Tak pernah aku tido lewat macam ni.

Pagi tadi bangun awal nak goreng pulak n packing-packing.  Aku bawak panas-panas pegi opis.  Macam singa kelaparan diaorang amik habuan masing-masing.  Alhamdulillah, selesai keje aku...

Anugerah Terindah ^_^

Tuesday, November 2, 2010

Dia ada lagu!!

Ari ni Fakhri bawak balik kertas lagu.  Dia diamanahkan oleh guru sekolahnya untuk membawakan lagu yang berunsurkan islam.  Excited je dia bawak lagu tu sepanjang perjalanan balik dari sekolah. hahahahaha.



 ni le lirik lagunye...hehehehe


Tak sabar pulak aku nak dengar dia menyanyi.  Aku pulak sibuk memanjang dari last week.  Tak sempat nak update blog ni.  Dahla pc buat hal, nak buat SKT(sasaran keja tahunan) lagi, monthly return lagi. adoii..nasib baik ada my blackberry pengisi mas lapang.  Bukak facebook le..hehehehe..dapat release tension jap.  Manalah pegawai IT aku ni??? Dari tadi aku call tak dapat.  Microsoft aku tak jalan oiiii...aku nak buat keje ni..

To my dear son, nyanyi bagus-bagus.  Dapat ikut macam mummy, mewakili sekolah lagi tu..huahuahuahua.  Keep it up boy!!

Anugerah Terindah ^_^

Related Posts with Thumbnails
Copyright© All Rights Reserved Danishsondblog.blogspot.com