Tuesday, October 19, 2010

Happy Birthday to you!!




Happy birthday to you...itulah ungkapan dari dari kami sekeluarga untuk putera kesayanganku, Danish Fakhri.  Semalam, genaplah umurnya 6 tahun.  Cepatnye masa berlalu, dalam tak sedar anak aku dah bujang dah.  heheheheehe.


So, aku ngan my hubby amik kesempatan gak buat simple birthday party for him.  Mula-mula nak tempah kek from secret recipe, pastu hubby tukar fikiran pulak.  Katanya budak-budak bukannya peduli sangat kat kek, yang penting hadiahnya.  Dalam hati aku sedikit mengeluh.  Yelah, mak budak yang nak makan kek tu, bukannya budak.  So, hubby beli kek kat kedai kek kawannya, ada diskaun le.  Mango cheese flavour.  Sedappp!!!


Ieman pun sibuk gak nak tiup lilin tu.  Berkali-kali babahnya pasangkan api lilin tu nak bagi dia tiup.  Abangnya mengalah je..mmm..sampai kitaorang lapar nak makan barulah Ieman berhenti dengan aktiviitnya tu.  Datuknya dari kampung pun datang gak nak memeriahkan parti tu.  Aku turut gembira kerana tersa kemeriahannya.  Itulah kebiasaannya.  Datuk dan neneknya pasti akan datang tiap kali tiba hari ulangtahun mereka.  Tq mum and dad!

wajah happy putere-putera aku

Fakhrie pun tersenyum lebar je bila babahnya membawa kotak hadiah yang sungguh besar.  Dia terus tidak menghiraukan menu yang aku buat.  Ieman turut mengekori dari belakang.  Wrapper Ben10 menghiasi hadiahnya itu.  Fakhrie tersenyum je sambil membuka hadiahnya.  Wowwwwwww!!! Aku turut terkejut bila suaranya amat nyaring menjerit kegembiraan.  Sebuah remote control sport car di depan matanya.  Kereta yang dia selalu inginkan bila berada di pasaraya akhirnya menjadi miliknya.  Ciuman diberikan kepada aku dan babahnya.  Ieman turut menjerit kegembiraan.  Entah apa yang bermain di fikirannya aku pun tidak tahu.  Namun dia hanya sekadar memandang.  Mungkin tahu itu bukan miliknya.  Namun si abang lantas menarik tangan adiknya untuk melihat bersama hadiah tersebut.

tersenyum simpul Fakhrie bersama hadiahnya.

Menu petang tu aku masak simple je.  Aku buat mushroom bihun, grilled honey chicken, caramel puding, selebihnya aku goreng je fries, rebus kacang n buah.  Biasalah menu untuk budak-budak.  Nak buat laksa sarawak, pedas..nak buat laksa penag pun pedas gak..so ikutle selera budak-budak kan..

Fries segera..hehehehe


takkan tak tau ni kot..watermelon..


caramel pudding..yummy!!


kacang kuda.


simple dishes for my boys..

Aik, mana pic bihun and grilled chicken aku ni??  Sapa punya keja yang kacau canon aku.. Fakhrie!!!..




Anugerah Terindah ^_^

2 comments:

eida said...

tak terasa masa berlalu bila melihat anak-anak dah besar. moga anak-anakku sentiasa beroleh kejayaan dan diberkatiNya.

Unknown said...

cute nye...

Related Posts with Thumbnails
Copyright© All Rights Reserved Danishsondblog.blogspot.com