Benarlah kata orang penantian itu satu penyeksaan..itulah yang aku dan anak-anak alami selama..9 hari je..hehehe. Tapi yang tak terdaya aku melayan kerenah 2 heroku itu yang lebih rapat dengan babahnya. Tiap hari aku ditanya mengapa babah tak kunjung tiba. Walaupun kuubat kerinduan mereka dengan panggilan telefon agar dapat mereka mendengar suara suamiku tersayang itu namun bila panggilan kuputuskan, tangisan yang akan berkumandang. Pilu hati melihat mereka berdua, namun apakan daya aku..
Kugagahi jua untuk membawa mereka balik ke kampung agar dapat mereka melupakan seketika kerinduan mereka itu namun keadaannya tetap sama. Ieman langsung tidak mahu bermain dengan sepupunya. Bila tidur pun dia akn selalu terjaga dan menangis memanggil babah. Setau aku, bila aku pergi berkursus suamiku tidak akan mengalami masalah seperti ini menjaga mereka berdua.
Dan kini penantian mereka berakhir. Semalam suamiku selamat sampai ke Kuching setelah 9 hari berada di Terengganu menguruskan kontinjen Sarawak dalam sukan KKM. Aku turut merasa lega kerana aku tidak perlu melayan kerenah 2 heroku itu. Biarlah suamiku pula yang mengambil alih. Hmmmm..
Tapi yang nyata, akulah yang lebih merindui suamiku itu. Hehehe..
1 comment:
ooooo... duhal x terkaber njaga nya 2 ya ktk oooo... Ish3..
Anyway, kmk pun rindukan ktk 3 sepanjang di Tganu nun.
Post a Comment