Tuesday, October 5, 2010

Qualification test

Semalam Fakhrie kena menduduki ujian bagi membolehkan dia ditawarkan masuk ke sekolah agama tahun hadapan.  Aku yang seawal 6 pagi telah bangun kerana beria-ia hendak menghantarnya menduduki ujian tersebut.  Yang selalu aku banggakan, dia pun bangun awal walaupun hujung minggu.  Pasal sekolah, aku memang tidak pernah risaukan Fakhrie kerana dia tidak akan meninggalkan sekolah walaupun demam.

Fakhrie di hari peperiksaan

SKA Ibnu Qhaldun..Tempat Fakhrie menghadapi peperiksaan selama satu jam setengah.  Tersenyum dirinya apabila keretaku memasuki perkarangan sekolah tersebut.  Sekolah itu masih baru, dibuka pada tahun 2006 dan menempatkan pelajar dari tahun 1 hingga tahun 5 sahaja.  Jika Fakhrie terpilih memasuki sekolah tersebut, aku bersyukur.  Namun andainya dia tidak berjaya, aku tidak harus meletakkan silap dan salah dibahunya kerana dia telah berusaha sedaya upaya.  Masih banyak lagi sekolah-sekolah lain yang sama bagus seperti sekolah itu cuma mungkin bukan sekolah agama.
Selama satu jam setengah jugalah kami para ibu bapa mendengar taklimat dari guru besar sekolah tersebut bagi mengelakkan kami berdiri di pintu kelas memerhatikan anak-anak yang sedang menjawab soalan.  

wajah confident anak aku..hehehehe.

Setelah habis masa yang ditetapkan, Fakhri lantas keluar dari kelas.  Aku yang gelisah dari tadi betanya bagaimana soalan ujiannya.  Dengan tersenyum dia menjawayang soalannya dapat dia selesaikan dalam masa yang telah diberi tanpa meninggalkan satu soalan tanpa jawapan pun.  Aduhhh...Antara percaya atau tidak aku tersenyum.  Macam-macam aku soal padanya sewaktu kami berlalu dari sekolah itu tapi dengan selamba dia berkata..."jangan risau mummy, dapat jawab semuanya"..tidak sepatah jawapan yang mampu keluar dari mulut mongel aku ni.  hehehe

Apa yang aku harapkan, dia benar-benar dapat menjawab soalan itu dengan betul agar dapat terpilih memasuki sekolah tersebut walaupun namanya sudah sedia tersenarai di 2 buah sekolah lain untuk tahun hadapan.

Anugerah Terindah ^_^

No comments:

Related Posts with Thumbnails
Copyright© All Rights Reserved Danishsondblog.blogspot.com