Wednesday, October 6, 2010

Harga segelas susu.

Sudah berberapa jam si pengembara berjalan kaki memerhatikan pemandangan indah musim bunga di kawasan perkampungan itu, menyaksikan bunga-bunga yang mekar, unggas dan serangga yang berterbangan ke sana ke mari, halaman rumah yang cantik dihiasi kuntuman bunga amat menarik perhatian pengembara muda itu.

Tetapi perjalanan yang jauh dan matahari yang sedang terik menyebabkan pemuda yang cintakan keindahan alam itu mula terasa keletihan.  Tekaknya kering, sedangkan pengembaraannya masih panjang lagi.  

Lantas pemuda itu memutuskan untuk pergi ke sebuah rumah kecil di sebuah ladang di tepi jalan yang sedang disusurinya itu.  Seorang budak perempuan membuka pintu rumah yang diketuknya tadi.  Wajahnya comel sekali.

 Dania Zulaikha: sekadar gambar hiasan

Pemuda itu menceritakan yang dirinya kehausan, dia berharap budak perempuan itu dapat memberikannya segelas air.  Budak perempuan itu bergegas ke dapur dan sebentar kemudian kembali mendapatkan pemuda tersebut.

Dia bukannya membawa segelas air, sebaliknya segelas susu kerana dia tahu pemuda tersebut bukan sekadar dahaga tetapi juga memerlukan tenaga untuk meneruskan pengembaraannya.


"Berapa harga susu ini?" tanya pemuda itu selepas menghabiskan susu tersebut.

"oh, percuma! Tak perlu bayar.  Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa saja kebaikan yang kita lakukan" Jawab budak perempuan itu.

Pengembara muda itu tersentuh hatinya dengan jawapan tersebut.
"Kalau begitu, saya hanya dapat mengucapkan terima kasih sahaja"  kata pemuda berkenaan, disambut dengan senyuman dan anggukan budak perempuan tersebut.

Sifat mulia budak perempuan itu memberikan kesan yang mendalam kepada pemuda tersebut.  Kejujuran dan keengganannya menerima sebarang bayaran, walaupun dirinya sendiri hidup dalam kedaifan sering bermain di fikiran pemuda berkenaan.

Tahun berganti, budak perempuan tersebut kini berusia 20an, diserang oleh penyakit kronik.  Dia dihantar ke sebuah hospital yang terkenal di tengah kota untuk dirawat oleh seorang doktor pakar dan seterusnya menjalani pembedahan.  Seorang doktor dipanggil untuk menangani kes budak tersebut.

Sejurus melihat wajah gadis dan alamat kediamannya, doktor tersebut segera terkenangkan saat dia meneguk segelas susu suatu ketika dahulu.  Tidak lain tidak bukan, inilah budak perempuan yang pernah memberikannya segelas susu dan kemudian berkata "Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa saja kebaikan yang kita lakukan".  Kini masanya untuk membalas jasa.  Doktor tersebut melakukan segala yang terdaya untuk menyelamatkan gadis tersebut.  Si gadis ditempatkan di wad untuk sekian lama.  Pembedahan dijalankan dan penyakit gadis berkenaan berjaya diubati.

Kini bayaran perlu dikenakan kepadanya.  Bil rawatan ditunjukkan kepada doktor berkenaan untuk pengesahan. Doktor tersebut menyelaknya sehelai demi sehelai.  Dia memerhatikan setiap angka yang tercatat pada bil tersebut, kemudian menulis sesuatu di bucu helaian yang terakhirnya.  Setelah itu, bil berkenaan dihantar ke alamat yang tertera, iaitu sebuah rumah kecil di pinggir ladang.

Gadis tersebut menggeletar sebaik menerima bil tersebut.  Helaian demi helaian dibeleknya.  Ternyata jumlahnya terlalu besar.  Tidak mampu untuk dia membayarnya.  Walau si gadis bekerja sepanjang hayat sekalipun, belum tentu dia dapat membayar bil yang dikenakan.

Jumlah-jumlah yang menakutkan terus terpapar, sehinggalah ke helaian yang terakhir apabila si gadis tersebut membaca catatan ringkas di bucunya.  Tulisan tersebut berbunyi...

"Sudah dibayar dengan segelas susu"
-Dr Howard Kelly-


Kisah ini merupakan sebuah kisah benar(diterjemahkan) yang terjadi pada seorang doktor.  Ianya terjadi kepada Dr Howard Kelly (1858-1943) yang merupakan salah seorang pengasas University John Hopkins, United State.  

with luv from abbeqs
Anugerah Terindah ^_^

No comments:

Related Posts with Thumbnails
Copyright© All Rights Reserved Danishsondblog.blogspot.com