Saturday, September 4, 2010

Aurora Court pulak..

Semalam, aku ubah selera pulak..ari tu dah pegi kat The banquet, aku masih teringat kt ABC kat situ tapi hubby tak nak dah sebab dah merasa buffet kat situ.  So dia cadangkan tempat lain pulak.  Aku nyatakan hasrat yang aku nak makanan buffet lagi tapi tak nak le kalau pilihan dia tempat yang mahal-mahal. Hari nak raya ni..hehehehe. 
Aku mula lah check kat internet dan mula terpandang pada hotel yang aku tak pernah masuk walaupun kat Sarawak iaitu Merdeka Palace.  Hubby cakap kat situ pun makanannya sedap.  Aku terdiam.  Dia mula mencadangkan Harbour View pulak.  Aku bagitau yang aku selalu rasa buffet kat situ.  So kami berdua sama-sama bersetuju memilih lokasi berbuka puasa kat...jeng..jeng..jeng..

Aurora Court Merdeka Palace le..hehehehe.

Price dia reasonable gak..rm52++ per person.  Kids 5-12 yrs 50%.  Mahal sikit le dari Banquet, tapi tak salah mencuba.  Masih murah dari hotel-hotel lain kan.  Aku mula mencari ABC tapi takde..huhuhuhu..takpelah.  Kita cuba yang lain lak kan.

wajah macho hero-hero aku sementara menunggu waktu berbuka.hehehehe

Ni makanan pertama aku yang hubby amik..sea cucumber soup..sodapp

Kat sini lagi banyak station dia.  Dengan dia punya grilled, steam, chinese food, japanese food, traditional food dan tak ketinggalan juga indian food.  Aku suka roti papadam..mestila aku suka indian food.  Pilihan salad nya pun banyak.  Aku dah tak terkata dah.  Tak lupa gak ulam-ulaman dan kuih muihnya tak kira yang tradisional mahupun yang moden.  Western food pun ada, so berbaloi le dengan dia punya price kan.

ni station ulam-ulaman dan macam-macam benda kerabu.  Ada yang aku tak pandai makan. bukan selera aku kot. hehehe.

chef yang tengah memotong lamb..

ni le indian and arabic station..sedap tau makanan indian kat sini. 

carving station. Ikan pun ada gak. hehehehe. tapi my choice tetap lamb.  Hubby pun..

indian food yang aku minatttt sangat.  But not my hubby.  Dia membebel aku asyik bertambah je amik keropok ni.  keropok ni rasanya macam keropok yang aku suka makan masa kecik-kecik dulu.

Tak sempat nak amik pic Fakhri dan Ieman sebab seronok sangat aku mencekik.  Hahaha.  Anyway, diaorang berdua seronok di bawak makan kat situ.  fakhri siap bertanya bila dapat makan kat situ lagi.  Mmmmm..tunggule mummy ni bukak hotel Fakri sayang oi..kita orang balik dalam perut yang kenyang.  Ieman siap tido lagi dalam kereta sepanjang perjalanan pulang..

Anugerah Terindah ^_^

1 comment:

eida said...

seronok melayan kerenah anak-anak kalau makan kat tempat macam ni..bapak budak pun sama.hikhikhik.

Related Posts with Thumbnails
Copyright© All Rights Reserved Danishsondblog.blogspot.com