Tinggal 8 hari je lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak, bulan yang penuh berkat. Masa tu jugak hawa nafsu dan kesabaran kita akan diuji dengan pelbagai jenis lauk-pauk dan kuih-muih yang memikat selera. Alhamdulillah, aku dapat cuti di awal ramadhan. Dengan harapan aku akan dapat meyediakan juadah berbuka untuk suami dan anak-anak. Fakhrie..mesti dia inginkan roti john dan apambalik. Selepas bertarawih bersama babah, baru dia akan mengadap nasik pulak. Time sahur kadang-kadang dia akan minta aku sediakan 'mee sedapp'..simple je. Hubby aku pulak akan makan apa yang ada, lagi simple. heheheh.
Namun, apa yang aku harap agar kedatangan Ramadhan kali ini akan lebih bermakna, membawa seribu keberkatan pada aku sekeluarga. Moga kami dikurniakan kesihatan dan kemurahan rezeki. Dan sekaligus untuk semua muslimin muslimat. Amin.
My favourite bila tiba bulan puasa..selalunya aku akan buat sendiri sebab pencecah yang dijual kat bazaar tu langsung tak sedap..huhuhhuhuhu..
Dulu aku tak pandai makan kurma, tapi hubby ajar and tiap kali berbuka dia paksa aku dan anak-anak makan kurma dulu. So, sekarang dah ketagih. Bukan bulan puasa pun aku beli untuk makan. Tq sayang!!
p/s: rindu time bulan puasa dulu-dulu, pegi surau nak bertarawih and mengaji dengan kawan-kawan
Anugerah Terindah ^_^