Wednesday, February 23, 2011

simple from mummy


Semalam dalam kebuntuan aku nak carik idea untuk buat sarapan pagi, last-last jumpa mi ni.  Yelah, selalu aku beli mihun, kueteow, mee kolok, mee pok tapi kali ni aku ubah selera sikit.  Tak pernah cuba mee ni, tu yang aku try tu.


Bahan-bahannya senang je.  Aku cincang bawang merah dan bawang putih je.  Fakhrie dan Ieman tak suka pedas.  Ieman okle sikit, tapi si Fakhrie memang takleh jumpa benda yang pedas.  Aku tumis guna bahan ni je.  Takde letak sos, takde letak lada.  Cuma aku letak kicap maggi.  Haaaa...tu Fakhrie suka.  Mee tu aku celur di dalam air panas dulu, kemudian aku tumis bawang merah dan minyak untuk aku gaulkan di dalam mee supaya dia tak melekat bila dah sejuk.


Kalau kicap maggi dah favourite Fakhrie, ni pulak favourite Ieman.  Adil kan.  Hehehehe.  Fakhrie tak suka mee yang berhias-hias ni.  Kalau boleh dia nak mi yang kosong je, taknak ayam, taknak daging atau whatever lah bahan penghias yang kita nak letak dalam tu, dia memang akan reject.


Nilah hasilnya...hahahaha.  Aku dan hubby makan ni mesti letak kicap pedas.  Kalau ada sup lagi sedap.

Anugerah Terindah ^_^

Monday, February 21, 2011

Their weekend at McD!

Semalam, tak tau apa nak buat, kami 4 beranak merayau-rayau je kat pasar.  Yelah, dah tengah bulan kan.  Nak shopping pun tak best.  So aku plan nak singgah gi amik katalog kat akojaya.  Tapi yang tak bestnye katalog abis pulak...cehhh...penat jer pegi situ.  
Tiba-tiba si Fakhrie ni boleh tajam pulak mata tengok kat Mc Donald tu.  Aku paling tak suka pegi Mc Donald. Yelah, dahle mahal takde nasik pulak tu.  Jam time tu dahle pukul 12 tengahhari.  Aku cuba suggest kan tempat lain, tapi si Fakhrie terus merengek.  Siap ajak adiknya si Ieman ikut merengek macam dia.  Isshhh..Last-last menurut jugak le kehendak anak-anak.

 tengok le rupa si Fakhrie..macam tak makan 3 hari..hehehehe.

 Ieman pun buat perangai jugak..mmmmm...

 Nilah yang aku order..macam atak berbaloi..rm38..makanan sikit je, dahla aku tak kenyang. hahaha.

 kenape ek, prosperity kat sarawak ni berbeza sangat ngan time aku kat JB dulu? Dari dulu lagi dah aku rasa McD kat sarawak ni tak best. Bun dia tak best, daging pun kureng..

Favourite Fakhrie..nanti mummy beli lagi ye...

Pas pegi kat situ, kitaorang terus balik rumah..dengan perut aku yang masih lapar..dan takde window shopping..huhuhuhuhuh..

Anugerah Terindah ^_^

Friday, February 18, 2011

Ieman oh Ieman


Ari tok entri aku k bahasa sarawak jak k.  Kepak mulut kelaka melaya.  Ok, straight to the point..petang marek bila aku balit dari keja, terkejut ndengar suara Ieman terkiak-kaong dari dalam umah.  Paduhal urang nak ngeso ngan aku yang nya ndekik penjan.  Aduyaiiii...Mun aku sikpa, tapi mun babahnya nangga lakgi, gerenti kenak anok ya.

Nang masin mulut aku, keluar jak aku dari kereta, hubby aku gik sampei.  Haaaaa..terus nya nangga anaknya tengah jadi 'spiderman' kat penjan ya.  Bila babahnya yang buka suara(walaupun suara sik berapa nak besa), cepat gilak effectnya.  Dari muka ya tek, berubah ke muka lain.  Tapi cute juak mukanya nangis nak? hahahaha.


 Mun nya dah nangis camya, sapa yang ngentamnya nangis, urang ya juak yang mesti mujuknya.  Hubby aku senyum jak.  Tapi sik lamak ya, pasya reda tangisannya.  Tapi pasnya mandik, ada sigek gik aktiviti yang mesti dipolahnya...aduiiii...


 Kemestian..nya akan nyelongkar barang dak tupperware aku, giacomo apatah agik sampei abis pecah dah gelas aku walaupun dah aku tukar ke barangan melamin.  Nasib tapak opal aku memang aku simpan di tempat yang ya sikpat amik.  Mun sik, malasssss nak madah.  Lom gik nya ngeluar dak periuk belanga aku tok.  nang sik dapat aku nak makei barang kaca dah.


Nak tauk apa dimasaknya?  Nyalah penyuk ya...siap engkah dalam season serve tupperware ya gik.  Ditutup, pasya dihidangnya atas meja makan.  penyu ya ada 2, sigek gik kecik tapi sik tauk dah sine nya ngengkah yang kecik ya.  Lelah hubby aku angkut ya dari terengganu, jadi camya tedah penyuk.  Ya tempat asal penyuk ya, kat fridge tapi setiap kali nak 'masak', nya mintak penyuk ya pakei nya menu masakannya. 

 Nang berbeza sekali perangei dari si abang waktu kecik dolok.  Terhias cantik jak umah aku entam abang waktunya gik kecik dolok.  Tapi nektok, almari suma dah berikat ngan tali dan getah.
Tapi sikpa, almari dapat dibeli nak, yang penting anak-anakla sumber kebahagiaan dalam hidup aku.  Dalam hati aku senantiasa jak berdoa agaar anak-anak aku berjaya dalam hidup dan sentiasa berada di landasanNya.  Amin.

Anugerah Terindah ^_^

Thursday, February 17, 2011

Thru my blackberry!!

Setelah sekian lama aku menggunakan bb ni, tak pernah sekalipun cuba nak update blog thru my bb..tak pernah tanya pun camne nak buat.
Takdelah nk cerita apa2 pun, saje je..di dalam 'kemengantukan' ni, aku bebel je apa yang patut.
Dah penat mata melayan 'online shopping' di tengah bulan ni..hebat kan..survey je lah..
Anyway, a big thanks to my friends mira for the info..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Anugerah Terindah ^_^

25 perkara tentang mummy danishs



sila baca rahan tag:
once you've been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, habits or goals about you.  At the end, choose 25 people to be tagged.  You have to tag the person that tagged you.
If i tagged you, it is because i want to know more about you.

First time entri pic mummy nya..hihihi. Dah lamak dah mira tagged kmk tok, tapi mala jak sik ingat nak jawab. Mun sik percayak, coba tengok ctok.  So, di kesempatan ini, i jawab ye mira.


25 perkara tentang mummy danishs:
  1. nama sebenar mummy danishs ialah nor haida
  2. bergelar isteri pada usia 25tahun. ok kan? hehehe
  3. anak ketiga dari 6 adik beradik
  4. lulusan diploma dari kolej radiografi johor bahru dan sudah semestinya menjawat jawatan sebagai juru xray
  5. melahirkan putera sulung yang diberi nama Danish Fakhri pada 18.10.2004 secara normal
  6. melahirkan putera kedua yang bernama Danish Ieman pada 31.12.2008 juga secara normal(sikit gik nak caeser disebabkan kebodohan mo yang bertugas ya)
  7. harta pertama adalah kereta kancil yang kini menjadi milik ayah tersayang
  8. hadiah pertama ulangtahun hari lahir setelah bergelar isteri adalah seutas gelang emas. woww..dan semenjak itu ketagih mendapat hadiah yang sama pada setiap tahun. hahaha
  9. berkulit agak cerah dan akan kelihatan 'blushing' bila panas terik
  10. tidak suka make up. rasa macam topeng
  11. amat minat online shopping..pssssttt!
  12. terlalu 'gila' dengan barangan tupperware sampai terselit gak dalam almari anak sebab almari pinggan mangkuk dah tak cukup
  13. tak pandai makan peria, eyakk! pahit yang tak terkata
  14. pencinta durian terutamanya yang ada rasa pahit-pahit tu, sungguh berbeza dengan pahitnya peria
  15. tak suka bila tengok budak sekolah yang suka merayap kat shopping complex, yang pakai legging & skinny jeans.  kecik-kecik dah macam tu.aduhhhh..
  16. percaya tak, i tak minat coklat. hehehe.
  17. suka memasak dan cuba resepi dari buku
  18. agak pendiam jika first time berjumpa, tapi bila dah kenal, tak kering gusi
  19. mempunyai family yang amat suka berjenaka terutama sekali adik lelaki yang wajahnya iras-iras kamal adli, tapi perangai macam johan raja lawak
  20. tak pandai minum kopi, pening kepala kalau minum gak
  21. tak suka makan ubat, walau demam macam mana pun
  22. gemarkan fesyen, baju kebanyakannya kurung fesyen sampai geng suruh bukak butik
  23. i'm lefthanded ye..hehehehe. orang kata orang kidal ni kreatif
  24. suka sangat beli handbag, bila dah beli handbag mesti beli wedges
  25. suka sangat ikan masin sebab tu bila time pregnant kolesterol sampai 10. wowww..tak berani dah
ok, dah 25 dah. sekarang nak tag sape? 
  1. mira
  2. ijot
  3. aida
  4. wawa
  5. mok
  6. aida syakilla
  7. najib
  8. besah
  9. aman
  10. adek
  11. ..
  12. ..
  13. ..
  14. ..
  15. ..
  16. ..
  17. ..
  18. ..
  19. ..
  20. ..
  21. ..
  22. ..
  23. ..
  24. ..
  25. ..
sape-sape je yang nak jawab tag. dah tak tau nak tag sape dah. ok gak bila jawab tag kan,dapat flash back tentang diri kita sendiri.
okla, pada yang aku tag tu, sudi-sudilah menjawab ye.


Anugerah Terindah ^_^

Wednesday, February 16, 2011

Fakhrie N Avatar


Perasan tak ni pic sape?  Tengok betul-betul..hihihihihi. Fakhrie siap menangis bila babahnya tunjukkan pic ni.  Mana taknye, sape tak kenal pic dia sendiri.  Dia sampai mengadu kat aku kenapa babah buat pic dia camtu.  Tapi pastu dia gelak pulak.  Berkali-kali dia tatap pic ni, tanya camne babah buat wajah dia sampai jadi camtu.  

Si Ieman pulak menangis dan terkejut tengok pic ni.  Hihihiihi.  Time hubby send pic ni kat blackberry aku, aku tengah dalam bilik gelap proses filem.  Korang bayangkan jelah aku bukak pic ni dalam gelap.  Menjerit aku dalam kegelapan.  Ishh..hubby aku ni. Salah aku jugak, sapa suruh bukak hp dalam gelap kan.

Dah takde keje lah hubby aku ni sampai 'mengerjakan' pic anak aku camni.  Jangan nanti buat pic aku dahla..

Anugerah Terindah ^_^

Friday, February 11, 2011

Nice song..


My dearest sons,

Money is not everything in these world.... 



with luv from abbeqs
Anugerah Terindah ^_^

Thursday, February 10, 2011

Red Hot!..Frenz 4eva..

Entri nya mesti la pic anak-anak aku. hihihihi. Tema baju sedondon dengan udaknya. Tak boleh tidak.  Si Ieman mesti bersongkok, mengalahkan abang yang songkoknya hilang entah ke mana time tu.
Ni lah baju persandingn adik aku di hari perkahwinannya.Cantik kan.  Sekali lagi aku bagitau, i love red! hahahaha.

bersama suami tersayang..seyes muka adik iparku tok. hahaha

her best friends..

Gembira bila best friends dia ni dapat datang..dari jauh..miri.  Aku pun kenal rapat gak ngan kawan dia ni sejak di student bersama ngan adik aku lagi.  Pernah tidur sebantal di atas katil single.  Bayangkan time tu, kami bertiga tidur di atas katil yang sekecil itu.  Mesti time tu tengah slim le kan.  Nak tau, dia ni jugakle yang menjadi pengapit sewaktu majlis persandingan adikku itu.  So cute kan.  From deepest of my heart..thanks alot ijot,muaahhhhh! kmk orang suma sayang ngan kitak..

ni pulak geng-geng lelaki adikku.  Rakan sekolah, sekampung dari sekolah rendah lagi kot, aku pun tak perasan.  Diaorang ni kalau time raya, memang meriah umah family aku dengan celoteh yang tak putus-putus.  Dulu sil sikitle aku tengok, sekarang ni sume dah 'tembemmm'.  Still available ni.  Nak ingatkan korang ek, raya tahun ni datang le macam selalu.  Janganlah disebabkan adik aku tu dah bersuami taknak datang pulak. Remember that ok!

Hari tu publish dalam fb, ni kat blog pulak sebab aku memang sangat sukakan post ni.  Thanks also to their photographer, hubby akulah..Paymentnya bila pulak pengantin oi?? hahahahaha.


Anugerah Terindah ^_^

Wednesday, February 9, 2011

For Him


Aku suka sangat ngan kaler merah.  Sebab tu rasa jealous sikit bila adik aku pilih tema perkahwinan dia kaler merah dan putih.  Hantaran dia pun merah.  Dia yang gubah sendiri dulang-dulang hantaran tu..tanpa pertolongan sesiapa pun.  Aku awal-awal dah warning suruh dia siapkan awal dulang-dulangnya sebelum hero-hero aku balik kampung.  Kalau tak, entah jadi apa hantaran dia nanti terutamanya bila si Ieman 'campur tangan'.  Alhamdulillah, siap gak.  Simple, tapi cantik di mata aku.  Si Fakhrie tersenyum je melihat dulang-dulang hantaran udak kesayangannya. Dulang ni dihantar sewaktu majlis akad nikah berlangsung.  Ni pun hanya beberapa dulang yang aku sempat amik pic nye.  Pic entry tu, cincin kahwin untuk si suami. hihihihi.

 Dulang yang menjadi rebuatan si kecil..siapa yang tak nak coklat kan.

 ni ape ek?...oo..sejadah..

 from bodyshop..

 buah-buahan tempatan..hahahaha..campuran la..

sepatu untuk si jejaka.



Anugerah Terindah ^_^

Monday, February 7, 2011

udak's wedding



semalam adik aku kawin. Anak aku si Fakhrie siap nangis lagi.  Bukan apa, sebab dia dan Ieman memang rapat dengan adik aku tu.  Emo plak si Fakhrie ni.  Hehehe.  Pastu dia siap warning taknak panggil husband adik aku tu 'udak' gak, dia nak panggil 'uncle' je.  Aik..suka hatilah Fakhrie, asalkan hati engko gumbira.
Reception buat kat umah mak aku, so meriahle sikit sebab kat kampung kan.  I like their theme..red an white..jom kita layan pic-pic yang hubby aku amik ni..intro je ni..time akad nikah.  Selebihnya tunggu ye..hehehe.  Ni pun hubby marah aku curi pic dia sebab dia belum edit lagi. Tq for nazib for all your encouragement..i love the dias..cantik bangetttt...

 buah tangan untuk keluarga dan sahabat handai..red again.

 i like this one..ala-ala vantage..hehehehe.

 Fakhrie and Ieman and their 'udak'.  Sedih je muka Fakhrie..

 her best girlfriends yang sempat hadir.

geng-geng lelaki nya pulak.  

special pic for all of u..

tunggu ye......
for my lovely sis..congrats! moga jodoh berpanjangan hingga ke akhir hayat.  Cepat2 dapat baby. hikhikhik.


Anugerah Terindah ^_^

Tuesday, February 1, 2011

Lemang Betawi??


Semalam aku beli sejenis kuih yang diaorang katakan 'lemang'.  Tapi setahu aku apabila dikatakan lemang mestilah ia berasal atau dibuat dari beras pulut kan.  Sama gak le dengan ketupat.  Di kampung aku pun nenek ada buat lemang yang mak panggil 'lemang betawi' jugak.  Bezanya dengan lemang biasa, lemang betawi ni lebih pendek dan tidak diletakkan di dalam buluh.  So, bila aku tengok rupanya yang kemetot tu sebijik macam yang mak aku selalu panggil, excited le aku beli sebatang lemang dengan harga rm2 sahaja..hehehehehe.

Sampai je kat umah aku terus le bukak balutan suratkhabar yang membaluti kuih tersebut.  Tapi terus je ternganga,  bukanlah seperti yang aku bayangkan.  Ianya sejenis kuih yang dibuat dengan tepung beras dan gula melaka..dan tidak ada sedikit pun BERAS PULUT.  Takdelah aku frust sangat sebab bila aku potong rasanya sedapppp sangat.  Cuma aku confuse jelah, mana satu lemang betawi ni?  Mak aku yang salah interpretasi ke atau kakak yang jual kuih ni yang bersalah?? 

ku ingatkan beras pulut, rupanya tepung beras..hehehe

nilah rupanya selepas dipotong

Walau macam mana sekalipun rupa 'lemang betawi' ni, si Ieman tetap menjadi penunggu setia aku dengan piringnya mengharapkan bahagiannya akan dihulurkan dengan kadar segera.  Bukannya nak sepotong je, nak beberapa potong..hehehehehe.

Ieman dan habuannya..hehehe..Fakhrie?..mmm..benda yang dia tak pernah tengok ni memang tak masuk pun selera dia.

Anugerah Terindah ^_^

Related Posts with Thumbnails
Copyright© All Rights Reserved Danishsondblog.blogspot.com